Nabi itulah, dia yang terlalu menyayangi, Dan menginginkan keselamatan untuk ku,Dan membimbangkan kecelakaan menimpaku, Sanggup menangis 1000 tahun untuk nasib baiknya diriku.-------Untuk Tempahan Membuat Blog,Hubungi 011-2881 1726 atau Pin BB:7F2ED589

Tuesday, September 27, 2016

Mempromosi Kebudayaan Islam di Politeknik Sultan Salahuddin Shah Alam

Assalamualaikum w.b.t..Sekian lamanya tidak update blog.Berhabuk dah blog ni ye.Setelah lama ditarbiah oleh Allah s.w.t, kini alhamdulillah Allah membuka jalan untuk terus meneruskan semangat perjuangan.Kni hamba menjadi jurulatih di sebuah politeknik di Shah Alam yaitu Politeknik Sultan Salahuddin Abd Aziz.Diberi kepercayaan untuk mengajar kompang untuk setiap semester.Terima kasih Tuhan,terima kasih Nabi,Moga dapat mempromosi Allah, Rasul & perjuangan di tengah masyarakat melalui platform 'jurulatih kompang' ini .Moga ujian itu melonjakkan kami...Aminn


Bersama Pelajar Semester Empat








Bersama Pelajar Semester Tiga





Friday, February 26, 2016

Perutusan dari Abuya kepada Pemimpin UMNO

16 April 2008
Analisa Pilihanraya Raya ke-12.
Surat terbuka untuk UMNO.




Wahai UMNO! 
Kamu sudah berada di hujung perjuangan. Terimalah kenyataan bahawa kamu akan berakhir bila-bila masa dari sekarang. Surat ini meminta kamu meredhai kematianmu dan bersiap sedialah, jangan kecewa. 

Patah tumbuh hilang berganti. Penggantimu adalah sesiapa yang sebenarnya yang akan memajukan dan menguatkan Negara ini. Dia jauh lebih baik dari mu, dia mampu menjadikan Melayu dan Malaysia semuanya jadi kuat dan menguatkan. Di tangannya Melayu akan menerajui empayar timur menggantikan empayar barat. 

Akan kejadian ini wahai UMNO, kamu tidak bersalah dan sesiapa pun tidak bersalah.Usahlah menyalahkan sesiapa mengenai nasib yang sedang dan bakal menimpamu. 

Sudah kukatakan sebelum ini bila kamu melihat ekonomi sesebuah bangsa itu dijatuhkan Tuhan dengan sebab-sebab tertentu, maka tunggulah tidak lama lagi pasti akan digoncangkan kuasa politiknya dan akan jatuh berguguranlah orang-orang politiknya, seperti bergelimpangannya orang kaya kerana kejatuhan kewangan mereka. 

Ini watak dunia yang disifatkan Tuhan sejak azali lagi. Watak itu sedang berulang di bumi kecil Malaysia ke atas etnik Melayu UMNO. Sedangkan dia sudah berwatak demikian kepada seluruh kaum-kaum yang pernah menumpang di muka bumi Tuhan ini. Kaum Ad dan Kaum Tsamud adalah julung-julung kali ditimpa nasib malangitu dengan keadaan yang lebih mengerikan menurut paparan Al Quran. Kita umat Muhammad, Tuhan jatuhkan dengan penuh sopan itu pun adalah untuk diselamatkan sebenarnya.

Wahai UMNO,
Baguslah kalau mahu membaiki diri dan menguatkan kembali. Tapi tidak untuk naik lagi bukan? Kamu tidak mungkin boleh naik lagi. Jangan kamu kira tangan yang menjatuhkan ini akan berhenti di sini dan akan membiarkan kamu naik lagi. Tidak UMNO! Tidak! 

Kamu hanya sedang diberi masa untuk bertaubat sebenarnya sebelum kamu semua diranapkan seranap-ranapnya. Kuasa Tuhan itu tidak akan mampu dikalahkan. Melainkan kamulah yang akan kalah. Percayalah. Bahawa siapa yang akan selamat hanyalah mereka yang bertaubat. 

Bertaubatlah wahai UMNO. Kembalilah kepada Tuhan dan bersetujulah dengan Dia perihal nasib yang menimpa. Kamu sudah cukup lalai dan durhaka padaNya. Lalu Tuhan pun dengan kasih sayang memberi 
peringatan keras bahawa kuasa sebenarnya di tangan Dia. Kalau mahu selamat tunduklah kepada kehendak-Nya. Nanti Dia akan selamatkan kamu dengan iman dan Islam. 

Sesudah kejatuhan ini wahai UMNO dan sesudah kamu bertaubat, kamu akan menerima hadiah yang istimewa dari nabi mu Muhammad SAW, iaitu kamu akan menjadi muslim yang cintakan Tuhan. 

Tuhan juga akan cintakan kamu, lalu kamu akan direzekikan kebahagian dunia dan akhirat. Waktu itu kamu akan berkata terima kasih Tuhan. Kerana menjatuhkan dan menaikkan. Walhal kata-kata seperti itu kamu tidak tahu mengungkapkannya, sebelum ini.

Wahai UMNO,
Perihal Anwar Ibrahim, janganlah kamu salahkan dia. Dia tidak tahu menahu pun akan apa yang bakal dan telah menimpa kamu ini. Dia pun orang yang sedang terkejut dan tidak tahu hala tuju sebenarnya gelombang-gelombang yang sedang melanda ini. Dia terundang untuk masuk gelanggang semula sesudah jatuh yang seteruk-teruknya. 

Dia pun tak tahu siapakah yang memberikan peluang ini semula. Yang membuatkan rindunya kepada kerusi PM berbunga semula setelah terkulai sekian lama. Lalu dia pun mencubalah untuk menggapainya walau pun dia dalam keadaan yang lemah dan lemah sebenarnya. 

Ketahuilah wahai UMNO, sebenarnya tujuan Anwar Ibrahim itu dinaikkan semula kegelanggang pertarungan ialah agar dia tahu, bahawa bukan sahaja dengan Tun Mahathir dia tidak mampu, bahkan dengan Pak Lah yang lemah itu pun dia tak berupaya.

Dia tidak layak sebenarnya. Dia bukan orangnya sebenarnya. Orang yang berlakon dan berpura-pura dengan Tuhan, nescayalah Tuhan akan permain-mainkan dia semahu-mahunya. Nescaya dia akan hancur sehancurnya wahai UMNO. Berdoalah dan bertaubat jugalah untuknya mudah-mudahan Tuhan akan ringankannya. 

Wahai UMNO,
Tentang Tuanku Yang diPertuan Agung, kamu janganlah salah faham. Kalau Yahudi tahulah yang dia ialah Agung yang akan merubah Malaysia, nescayalah baginda akan dirosakkan juga Islamnya seperti dirosakkan raja-raja lain. 

Tuhan merahsiakannya dari musuh hatta dari keluarganya sekalipun bahawa baginda akan bernasib baik menjadi Raja Muda yang cintakan Tuhan. Hasil dididik di Istana Hinggap sahaja! 

Baginda Tuanku, sepertilah rakyatMalaysia yang lain yang ditukar hati dari cinta dunia kepada cinta Islam, mengalami perubahan oleh gelombang dakwah yang melanda. Maka Istana Negara pun berubah watak, dari secular kepada Islam. Bahkan Baginda bercita-cita untuk Islamkan Malaysia, sebenarnya.

Baginda mengembalikan kuasa raja kepada raja-raja yang sekian lamanya dijadikan boneka oleh kuasa politik. Sebelum penjajah raja-raja sebenarnya mempunyai kuasa melantik pemimpin. Tapi kerajaan beraja sudah dikuburkan oleh adanya kuasa politik yang diasaskan oleh penjajah. 

Lalu oleh Yang di Pertuan Agung yang ini, baginda rasa bertanggungjawab untuk mencatur Negara politik yang sudah teruk! Lalu hiduplah semula kuasa raja. Memang adillah Tuhan mentakdirkan ini, sebab Malaysia amat-amat memerlukan campur tangan banyak pihak untuk diselamatkan dari masalah-masalah yang kian membesar.

Tuesday, November 10, 2015

Lirik Mubaroqah dan Fathiyyah


Mendengar tangisanmu, menghiburkan aku
Apatah lagi mendegar gelak tawamu
Melihat mukamu gembira selalu
Adakalanya hatiku sayu dan pilu
Telatah kemanjaanmu
Membuatku terharu
Kecomotan mukamu buat kau cantik
Pada pandanganku
Susah rasanya mau berpisah lama denganmu
Ketiadaanmu dirasakan kehilangan sesuatu

Rinduku padamu bertambah mendalam
Itulah dia anakku
Mubarokah dan  Fathiyyah
Engkau berdua menempa sejarah
Yang tidak boleh kulupakan sampai bila
Tapi engkau tak tau
Kau tetap gembira selalu
Tapi aku sayu
Lebih lebih lagi Ibumu
Mubarokah Fathiyyah
Moga panjang umurmu
Agar kau dapat membaca sejarah hidupmu
Bersama Ayah Ibumu
Apabila Ayah mati,
Sambungla perjuanganku ini
Inilah perjuangan Nabi
Yang Ayah pusakai
Engkau warisilah wahai anakku
Bersama kakak kakak
Dan Abang abangmu

Friday, November 6, 2015

Lirik Takkan Pernah Tahu


Wahai Allah
Balasilah, ganjarilah
Segala jasa dan penat lelah Bonda yang tidak kenal erti jerih dan payah
Syurga yang tertinggi kepadanya berikanlah

Apa sebenarnya di hatimu
Aku takkan pernah tahu
Apa yang sedang di fikiranmu
Aku takkan pernah tahu
Kau memikul segunung beban di bahumu
Seberat apakah itu
Siapalah yang tahu

Air matamu yang mengalir
Manakan sama dengan seluruh
air mata di dunia
Cinta dan kasihmu sukarnya
Diterjemah dikalbukan dengan hati yang benar-benar mulia

Mengasihi yang membenci
Mendoakan yang memusuhi
Aku bahkan tidak pernah mengerti

Mustahil aku pernah memberi apa-apa
Kepada dia yang memberi semuanya
Sekalipun terpaksa memerah keringat untuk selamanya

Air matamu yang mengalir
Manakan sama dengan seluruh
air mata di dunia
Cinta dan kasihmu sukarnya
Diterjemah dikalbukan dengan hati yang benar-benar mulia

Mengasihi yang membenci
Mendoakan yang memusuhi
Aku bahkan tidak pernah mengerti
Oh bonda tercinta.......

Saban hari doaku
Andai bukan gembira yang ku cipta untukmu
Tapi jangan derita yangku ukir dihatimu
Jangan oh jangan.....

Andai saja aku punya kuasa
Merubah segala dosa
Memadam seluruh luka
Sungguh mana pernahku bisa
Sungguh mana pernahku bisa

Munajatku tolong dengari
Pintaku tolong penuhi
Agar beban itu segera Kau cabut dari bahunya
Bonda yang ku cinta....

Air matamu yang mengalir
Manakan sama dengan seluruh
air mata di dunia
Cinta dan kasihmu sukarnya
Diterjemah dikalbukan dengan hati yang benar-benar mulia


Mengasihi yang membenci
Mendoakan yang memusuhi
Aku bahkan tidak pernah mengerti (ulang)



 








Friday, September 18, 2015

10 SEBAB KENAPA WAHABI DIKATAKAN PEROSAK AGAMA

10 SEBAB KENAPA WAHABI DIKATAKAN PEROSAK AGAMA

*SEBAB 1*

Menatap dan merenung isi buku yang disebarkan oleh pejuang-pejuang Wahabi
di Mekah dan di seluruh dunia Islam, kita akan jadi tertanya-tanya
siapakah orang-orangnya yang begitu mendalam agamanya, tulus hati dengan
Islam? lnginnya hati nak melihat peribadi-peribadi itu, keluarga mereka
dan masyarakat disekitarnya yang tentu sangat halus pengalaman agama yang
dipertahankan dalam seluruh kehidupan mereka.

Mencarilah sekian lamanya namun tidak juga berjumpa, dengar beritanya pun
tiada juga, maka akhirnya kesempatan tingga di Mekah itulah peluangnya. Di
sini agaknya Agama itu benar-benar direalitikan oleh pejuang-pejuangnya? Di
Mekah, Madinahlah tentunya model kehidupan Islam boleh disaksikan!

Tapi alangkah terkejutnya hati ini kerana Haramain sesungguhnya sudah
rosak binasa Agamanya, Allah sudah tidak diagungkan Nabi sudah tidak diikut
sunnahnya. Budaya yang diamalkan di Haramain nampaknya budaya Yahudi.
Rasanya tiada, akhlak sudah jauh dan roh sudah putus dari Allah dan Rasul.
Bezanya dengan Haramain ketika di tangan Rasulullah SAW dan Para Sahabat.

*SEBAB 2*

Di depan Rumah Allah di Ummul Qura kita sangkakan tempat paling tenang,
syahdu dan khusyuk dengan Allah, sepertilah di masjid-masjid atau di
Rumah Raja-raja dunia ketika upacara mengadap!Tapi bahkan kita merasa
macam berada di pasar borong,untuk mengucup Hajar Aswad kita kena bertarung
separuh mati. Untuk dapat pegang Kaabah kita kena tolak menolak yang amat
menakutkan

Terkenangkan di Zoo atau Safari pun boleh didisiplin, mengapa tiada disiplin
di Masjidil haram? Penjaga Masjid Haram boleh rasa puas hati dengan
suasana yang demikian itu? Dan seluruh pemimpin Islam sedunia merasakan
itukah yang terbaik yang patut dibiarkan sekian lamanya menguasa Kaabah?
Kaabah bahagiakah diperlakukan begitu? Tidak menangiskan Baginda
Rasulullah SAW disakiti begitu sekali? Ketahuilah bahawa sebesar-besar
kejahatan Wahabi ialah memisahkan Rasul dengan Umatnya. Dengan cara putuskan
hubungan roh mereka.

*SEBAB 3*

Di Shopping-shopping Complex kita merasai di layan baik
olepenyambut-penyambut tetamu, tapi di Kampung Allah yakni Tanah Haram
dan di rumah Allah di dalam Masjid Haram tiada seorang pun penyambut
tetamu yang akan pandu kita untuk selamat dan,tenang di sana.

Di Lapangan terbang ada pengumuman yang dapat didengar dari masa ke semasa
sebagai panduan,tapi di Rumah Allah keadaan sunyi sepi, apa pn nak jadi
jadilah, susah senang tanggung sendiri. Salah silap, betul benar itu semua
pandai-pandailah bawa diri. Betul ke orang kafir tiada di Haramain? Siapa
boleh buktikan sebab tiada satu pemeriksaan atau peraturan yang dibuat untuk
memastikannya? Siapa dan apa pun bolos saja masuk ke rumah Raja bagi segala
Raja sedangkan nak masuk ke rumah Raja dunia pun berpagar? Betul ke orang
kafir tiada di Haramain? Siapa boleh buktikan sebab tiada satu pemeriksaan
atau peraturan yang dibuat untuk memastikannya? Siapa dan apa pun bolos saja
masuk ke rumah Raja bagi segala Raja sedangkan nak masuk ke rumah Raja dunia
pun berpagar?

*SEBAB 4*

Agama Islam menetapkan waktu sembahyang berjemaah saf perempuan di belakang
lelaki.Tidak pula di sebut kekecualian berlaku di Mekah. Yakni sembahyang
boleh langkah-langkah, lalu didepan, saf lelaki perempuan tiada perlu
diambil kira! Apa sebab orang terlalu ramai,disiplin tidak boleh
dilaksanakan. Jadi kalau itu pun tidak boleh dilaksanakan disetiap waktu
sembahyang dengan alasan orang terlalu ramai, tak mungkin boleh
didisiplinkan mengikut disiplin Islam,untuk apa anda bermati-matian menolak
bidaah dikertas-kertas tulisan anda?

Katakan sahaja Agama ini tidak praktikal, cantik tiorinya sahaja. Bidaah itu
di tolak dikertas sahaja,tapi di depan Kaabahlah paling teruk orang buat
bidaah! Agama anda ini tak mampu dipraktikan oleh anda sendiri. Sekalipun
cuma di Kaabah di tanah sekangkang kera keluasannya itu? Atau anda hanya
akan bertanggung jawab perihal Agama diatas kertas? Bukankah itu lebih-lebih
lagi bidaah kerana menyatakan Islam itu bukan cara hidup?

Islam ialah A Complete Way Of Life (sesempurna cara hidup). lanya sangat
praktikal. Setiap waktu orang begitu ramai di airport. Maka dibuatlah satu
sistem yang nampaknya keadaan begitu terurus sekali. Masakanlah untuk Masjid
Nabi dan Masjid Haram Allah tidak ilhamkan sistem untuk buatkan rumahnya itu
jadi cukup mulia dan indah?

*SEBAB 5*

Bukanlah sedikit ceritanya perihal orang-orang lelaki warga Saudi di
Haramain yang kelaparan seks lalu menjadikan wanita-wanita asing sebagai
mangsa.Rupa-rupanya di Arab Saudi ini nak kahwin susah sangat. Walaupun
buruh kasar wajib menyediakan 100 ribu riyal untuk dapatkan seorang isteri.
Islam ke ajarannya itu yang diamalkan oleh Negara pujaan anda ini?
Rasulullah SAW itu hanya sembelih seekor kambing untuk satu pernikahan.Tapi
menurut Agama Wahabi,Allah dan Rasul menyusahkan perkahwinan orang Islam.

Allah dan Rasul mengikut anda cukup kejam kerana menyiksa hamba-hambaNya
sampai begitu sekali? Maka berleluasalah zina. Atau kalau bukan begitu,
andalah yang kejam kerana ikut terlibat dengan kekejaman itu! Apakah
kejam itu bukan bidaah? Bukankah anda termasuk pembuat-pembuat bidaah?
Sedangkan setiap bidaah adalah sesat mengikut kata buku anda? Percayalah
bahawa penipuan besar oleh Wahabi kepada orang Islam ialah menuduh Umat
membuat bidaah padahal sebenarnya Wahabi itulah (Mubtadi'ah) yakni pembuat
bidaah. Umpama ahli sihir yang telah menuduh orang lain mensihirkannya
padahal dialah tukang sihir itu. Atau pencuri yang buat cerita kononnya
orang lain mencuri.

*SEBAB 6*

Di Mekah,tentulah kita mencari Rasulullah SAW. Pergi pun atas
pimpinannya.Kalau Baginda Rasul tiada, Rumah Allah itu dipenuhi
berhala-berhala sahaja. Walaupun sudah wafat tapi Allah telah menamakan
Rasulullah Nabi kepada Umat yang datang selepas kewafatan Baginda. Ertinya
dia sedang menjadi Nabi kita.Tiada Nabi lain lagi,melainkan Muhammadlah Nabi
kita.Wahabi tentulah alim sangat tentang hal-hal ini,menolak kenabian
Muhammad selepas kewafatannya adalah bidaah sebesar-besarnya. Tapi mana dia
Rasulullah SAW di Kampung Kelahirannya itu? Mana dia wahai Wahabi? Aku
menangis di sini untuk pengatahuan Mu!

Sedihnya hati kami kerana:

i) Datang ke Kaabah, Muhammad SAW Nabi kami itu tidak disebut-sebut
orang. Tidak kedengaran orang berselawat sebelum sembahyang. Pada sembahyang
tanpa selawat umpama bunga tiada wanginya.

ii) Rumah tempat lahirnya, rumahnya bersama Siti Khadijah dan
anak-anaknya dan lain-lain kesan peninggalannya, tiada lagi. Ditutup dan
dilarang membesar-besarkan atas alasan bidaah. Dihalaulah siapa-siapa yang
ingin melepas rindu dan berdoa untuk tempat-tempat yang agung itu.
Padahal Tugu Negara dipuja orang, patung-patung pemimpin dunia ribuan tahun
dulu dibesarkan orang.Tak mungkin tentang Rasulullah SAW orang boleh
melupakannya. Sampai begitu sekali Umat Islam dibodohkan oleh Wahabi.
Bidaahkah
seseorang merindui nabi, orang yang paling berjasa dalam hidupnya? Bidaahkah
sejarah Islam dibanggakan?Tidak bidaahkah orang- orang yang memisahkan Nabi
dari kampungnya dan dari Umatnya? Jangan berbohong lagi wahai Wahabi,
bahawa sesungguhnya Allah dan Rasul telah kau kuburkan di Kampung Halaman
mereka.Islam sudah kau tukar sama sekali keasliannya atas nama AIQuran dan
Hadis.

Kebencian mu kepada Islam kepada Allah dan Rasul sudah cukup terserlah di
tanah tempat lahirnya mereka itu. Sudah kau corak tanah tumpah darahnya itu
dengan sesuatu yang cukup menyakitkan kami wahai Wahabi!

Orang Islam mencari Allah dan Rasul di Kaabah. Walhal di Kaabah mana ada
lagi semua itu.Yang ada ialah Tanah Perkuburan Islam yang di penuhi oleh
penipu-penipu dan para penzina! Maka tunggulah saja detiknya yang pasti tiba
untuk kamu menerima hukuman atas kesalahan yang sangat besar ini. Janji
Allah kepada mu pasti berlaku.

*SEBAB 7*

Di Madinah, memang ada Masjid Nabi yang hebat binaannya dan Maqam Baginda
Rasulullah SAW yang cukup besar.Tahniah dan terima kasih kerana membesarkan
tempat kecintaan kami. Tapi masjid itu telah dilacurkan,maqam itu telah kau
hinakan. Ertinya kau hadiah kereta kepada kami untuk kehormatan anak
perempuan kami kau binasakan. ltulah bandingan kebaikan mu itu ya Wahabi.

Sakitnya hati sepanjang berada di Madinah, di kedua-dua tempat mulia. Tentu
kau tahu mengapa dan untuk apa? Cukuplah sudah pembohongan keatas Umat Islam
yang kau buat sekian lamanya itu. Cukup dan cukup. Masa utk pembebasan
Haramain sudah tidak dapat dielakan lagi. Allah pasti menghantar
orang-orang Nya untuk Futuh Mekah kedua.

*SEBAB 8*

Rumahtangga orang Islam adalah syurga mereka di dunia ini. Yakni orang
Islam yang benar-benar meniru Sunnah Nabi dalam tatacara berkeluarga. lsteri
taat, suami bertanggungjawab, Allah dan akhirat menjadi matlamat perjuangan
rumahtangga mereka.

Disinilah yakni diMadinah dan diMekah Tanah Haram,disekitar Masjid Nabi dan
MasjidilHaram inilah Nabi dan Para Sahabat praktis poligami indah didalam
keluarga mereka. Menyebabkan seluruh etnik Arab menyerahkan kepimpinan
kepada Nabi dan Para Sahabat sambil berkata: Poligami sesuatu yang bagi kami
terlalu sukar,sekalipun hanya dalam bentuk kata-kata,tapi bagi kamu ia
berjalan dengan begitu indah sekali wahaiMuhammad,maka kepadamu lah kami
serahkan Negara ini dan bangsa ini untuk kau pimpin dan selamatkan: Maka
dengan kata-kata itulah warga Mekah telah menerima kepulangan Baginda ke
Mekah serta menyerahkan kepimpinan kepada Islam.ltulah rahsia Futuh Mekah.

Siapa kata poligami terpencil. lalah penentu apakah benar Islam itu
penyelamat. Kami adalah orang-orang yang telah selesai membina poligami
indah dikalangan 313 orang lelaki bersama 1,000 orang isteri-isteri mereka
dan 10,000 anak yang sudah dan sedang membesar.

Demikianlah Islam yang datang dari Allah dan Rasul itu dapat
dibuktikan perlaksanaannya oleh pejuang-pejuangnya. Kamu bagaimana Wahabi?

Mekah dan Madinah sekarang di dalam perintahmu, adakah sudah berulang
sejarah AI Quran dan Hadis tanpa bidaah itu? Atau sedang berlangsungnya
bidaah sebesar-besarnya di Mekah dan Madinah, dikalangan masyarakat
wahabiini, dalam hal rumahtangga mereka,yakni gelanggang tempat berpestanya
penentang poligami? Taat dan patuhkah isteri-isteri kepada suami mereka?
Atau tendang terajangkah mereka semua di rumahtangga mereka? Kau jawablah
wahaiWahabi reality dari AI Quran dan Hadis tanpa bidaah yang kau
perjuangkan di Haramain ini?

*SEBAB 9*

Hudaibiyah adalah tempat sejarah yang pasti dilawati oleh sesiapa yang ke
Mekah.Kejadian yang merupakan strategi paling licik oleh Allah dan Rasul
keatas para penentangNya. Perjanjian yang dibuat untuk menipu Allah dan
Rasul akhirnya menjadi senjata makan tuan. Islam menang besar hasil
menandatangani perjanjian Hudaibiyah oleh Rasulullah SAW terhadap Kafir
Quraisy. Sedangkan sejarah Ashabul Kahfi pun masih dibesarkan orang di
Amman,inilah pula Hudaibiyah.

Sepatutnya tentulah sebuah muzium besar yang cukup gah dibangunkan di
sekitar tempat kejadian terutama perigi dimana Rasulullah SAW meludah
kepadanya hingga keluar air!

Tapi kenapakah Wahabi telah biarkan tempat itu menjadi tempat bakar sampah
sahaja.Tulisan kecil pun tiada menunjukan itulah tempatnya. Alasan apakah
yang boleh mengubat luka hati kami ini wahai Wahabi terhadap perbuatan mu
kepada nabi kami? Kenapa kamu benci sangat kepadanya?

*SEBAB 10*

* *

Merenung semula tulisan kamu yang begitu besarkan AI Quran dan Hadis, kami
merasakan ada sesuatu muslihat didalamnya wahai Wahabi! Kau ada kereta mewah
cantik dan baru.Tapi kereta itu sudah tenggelam dalam banjir, enjin sudah
dimasuki air. Kau pun tak mahulah kereta itu. Maka kau jual sahaja kereta
itu. Aku pun hairan kenapa kereta ini dijual murah? Ku bawalah ke tempat
pemeriksaan kereta dengan computer. Maka tahulah aku masalah kamu.
Maksudnya: Kau dapat Haramain bumi yang mewah, cantik dan menguntungkan.Tapi
bumi ini kau benci kerana ia memusuhi mu. Maka kau pun mencari jalan
bagaimana untuk menipu tentangnya. Maka kau juallah bodynya,isinya kau
rosakkan. Kau jaja kehebatan body yang enjinnya sudah kau rosakan, Islam
kulit tanpa roh. Tuan punya Haramain sendiri yang beritahu aku rahsiamu ini
wahai Wahabi.

Bahawa Roh Agama ialah Taqwa. Hanya orang yang dapat cintakan Allah dan
rindukan Rasulullah SAW yang mampu hidupkan Agama Islam. Tapi orang yahudi
yang bencikan Agama Islam menggunakan AI Quran dan Hadis untuk menghentam
Allah dan Rasul. Konon tiada hubungan dengan Alam Ghaib. Konon tiada lagi
kepimpinan selepas kewafatan Nabi dan kesempurnaan AI Quran, kebangkitan
Islam tiada.

Wahabi ialah ajaran yan ditaja oleh Yahudi untuk merosakan Agama atas nama
Agama. Ulama-ulamanya adalah kelahiran-kelahiran yang sudah dirancang dan
dibeli oleh Yahudi. Pembawa Islam teori tanpa rohnya lagi. Wahai Umat Islam
mari, kita kebumikan bangkai ini bersama Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim.
Supaya Islam sebenar akan mengembalikan Haramain kepada Allah dan Rasul.

Friday, July 3, 2015

Misteri Teknologi Zaman Nabi Nuh Yang Disorok...!!!!

FRIDAY, 26 JUNE 2015

SUBHANALLAH !!! Terbongkarnya Misteri Zaman Teknologi Nabi Nuh Yang Disorok !!!!

Misteri Teknologi Zaman Nabi Nuh Yang Disorok...!!!!

Misteri Teknologi Zaman Nabi Nuh Yang Disorok...!!!!

Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahanFiraun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untukDAPAT dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.

GambaranKERJA pembinaan piramid [filem 10 000 BC]

Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakanbintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.

Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa ‘profesion’ Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.

Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.

Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.

Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif

Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.

Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.

Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria

Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenagaelektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.

Masih lagi tak percaya? anda boleh ke web ini

http://www.ancientmysteries.eu/gallery%20pictures%20UK.html 

Web yang mengumpulkan misteri yang tak terungkai disebabkan kita yang percaya kitalah masyarakat paling moden.

 Carkera padat purba yang ditemui di China

Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.

Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.

Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran:

Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.


Qs.Al-An’am: 6


Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.

Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu sudut dalam bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula ialah bahan besi yang diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh as yang terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki.

sumber: zharifalimin.blogspot.com

Monday, June 15, 2015

Business Kini: Dato Ibu Hatijah Aam Perkasa Ekonomi GISB Holdings ke Peringkat Global



Pengerusi Eksekutif GISB Holding Sdn Bhd
Yang Bahagia  Dato’ Nimas Ayu  Pembayun Hatijah Binti Aam D.P.M.P, Pengerusi Eksekutif GISB Holding Sdn Bhd, Beliau merupakan balu kepada pengasas Al-Arqam yang suatu ketika dulu dikatakan mempunyai pelbagai kontrolversi tersendiri. Namun atas berkat ketabahan dan kesabaran beliau dalam menangani pelbagai kontroversi serta redha dalam ketentuan Allah yang tercatat dalam sejarah hidupnya, telah mengubah persepsi corak dan cara hidup  beliau kepada  wanita pembangunan ekonomi GISB Holding Sdn Bhd yang kini mempunyai rantaian perniagaan tersendiri  sehingga keseluruh pelusuk dunia.
Menurut Dato’ Hatijah, beliau sedar akan kesilapan yang pernah dilakukan bersama pengikut-pengikutnya sewaktu ketika dahulu, selepas menyerah diri kepada (JAIS) Jabatan Agama Islam Selangor dan melafazkan taubat atas kerana melanggar arahan Mufti Selangor. Beliau dan pengikutnya kini kembali kepanggal jalan dan seterusnya sedia mengikut arus perdana dalam transformasi pemerintahan yang sedia ada.
Dalam meneruskan kerjaya dan kehidupan sebagai insan biasa yang berpegang teguh kepada ajaran agama yang kukuh dan taat kepada Allah. Dato’ Hadijah mengubah persepsi tradisi keluarga dengan membangunkan ekonomi menerusi produk-produk keluaran syarikat GISBH yang kini melebar ke seluruh negara seterusnya sehingga keperingkt antarabangsa.




Produk-produk keluaran syarikat G
“Perjuangan saya sekarang lebih kepada meningkatkan ekonomi GISB Hoding mengikut tuntutan dalam Islam. Seperti mengeluarkan produk pemakanan Halal, produk kesihatan dan kebudayaan, mengikut sunnah Al-quran. Kami juga mengeluarkan pelbagai produk pemakanan halal yang menjadi tuntutan ekonomi halal masa kini. Alhamdullilah semua yang ada adalah rezeki dari Allah, “amanah ini yang saya galas, bagi memastikan produk pemakanan untuk masyarakat orang Islam itu halal dari segi tuntutan agama”. Terang Dato’ Halijah yang telah dinobatkan sebagai Ibu perjuang yang dipanggil Ummu Jah.
Bermautautin di Jordan.
Menurut  Dato’ Ummu Jah buat untuk ketika ini beliau bermautautin di Jordan bagi menguruskan perniagaan  Ladang seluas seratus hektar. Katanya, ia merupakan rezeki yang di anugerahkan Allah bagi membangun dan membina empayar ekonomi GISBH lebih besar lagi sehingga ke peringkat antarabangsa. Buat pada masa ini beliau mahu menetap di Jordan  bagi memastikan pengurusan perniagaan ladang yang sedang diusahakan beliau berjaya.  Ladang ternak yang diuruskan beliau berupa, ladang Lembu, kambing, unta dan kuda.  Yang mana ladang ternakkan tersebut mampu mengeluarkan produk susu segar dan daging segar untuk pasaran disekitar Jordan dan negara-negara arab bersatu.Dalam masa yang sama beliau juga turut mengusahakan ladang Kurma dan ladang Zaiton  sebagai produk terbaru dalam GISB Holding di masa depan.
Katanya, semua itu merupakan rezeki yang dikurniakan Allah atas tawakal dan sabar dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dari Allah SWT.  Dato  Hatijah atau lebih diikenaali sebagai Ummu Jah dilihat  berjaya membina rantaian perniagaan yang begitu hebat dalam membangunkan ekonomi baru GISBH sehingga ke peringkat global. Di tanya Apakah rahsia dan bagaimana beliau boleh berjaya hingga ke peringkat tersebut!
Katanya, semua itu merupakan rezeki yang dikurniakan Allah atas tawakal dan sabar dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dari Allah SWT.  Dato  Hatijah atau lebih diikenaali sebagai Ummu Jah dilihat  berjaya membina rantaian perniagaan yang begitu hebat dalam membangunkan ekonomi baru GISBH sehingga ke peringkat global. Di tanya Apakah rahsia dan bagaimana beliau boleh berjaya hingga ke peringkat tersebut!
Menurut beliau, kejayaan tersebut datang dari  Allah, yang hebat itu Rasulullah. Kita ini hamba berbuat agar mendapat takut kepada Allah, rindu Nabi untuk dapat redha Tuhan Allah. Hamba berbuat sebagai hamba. Hamba juga berharap sebagai hamba. Itu yang semangat yang ditanamkan pada semua staf GISBH. Selebihnya serah kepada  Allah. Berjaya atau tidak itu kerja Allah. Semuanya saya serah pada ketentuan Allah yang maha esa.
Beliau juga turut menyarankan agar semua staf GISBH di Malaysia mahupun di seluruh dunia diminta untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh demi kerana Allah penuh keikhlasan dan iltizam yang tinggi bagi membangun dan meningkatkan ekonomi baru dalam setiap perniagaan yang diusahakan. Dengan berbuat begitu mereka akan dapat merasakan sesuatu pekerjaan dan perniagaan yang dilakukan itu mendapat barakah dan rahmat dari Allah. Yang mana ia mampu menghasilkan rezeki yang dapat membangunkan ekonomi yang lebih kuat dan mantap.
“Segalanya saya serah dan kembalikan kepada Allah, malah dalam apa keadaan sekali pun hanya ketentuan Allah yang telah membawa kejayaan besar kepada pembangunan ekonomi yang kami bina di dalam GISBH ini “ . ujar beliau dengan penuh rasa kesyukuran.
Ujar beliau, “Untuk bela Islam, untuk perkenalkan Islam yang maha indah. Islam itu cukup indah tapi Islam jadi hina, jadi tak indah, malah orang takut dengan Islam kerana orang Islam sendiri tak kembali pada Islam. Lupa  Allah , lupa Nabi”.




Rantaian perniagaan GISBH.
Menurut Dato Ummu Jah, buat pada masa kini GISBH telah mempunyai rantaian perniagaan tersendiri di mana terdapat sebanyak 10 anak syarikat yang ada di dalamnya. Yang mana ia banyak mengeluarkan produk-produk pemakanan yang terjamin kesusian dan halalnya. Produk-produk tersebut dipasarkan dalam dan luar negara. Malah kalau boleh katanya, GISBH akan perbesarkan lagi perniagaan yang sedia ada.
“Kami berniaga bukan hanya untuk mengira untung semata-mata, tetapi adalah sebagai tuntutan dalam Islam, bagi melahirkan produk yang suci dan halal. Ia bertujuan bagi menjaga kepentingan hati dan akidah umat Islam agar tidak terpesong daripada landasan kerana memakan makanan yang di buat oleh orang bukan Islam. Hati jadi rosak bila makan benda haram. Apa yang berlaku sekarang jelas dalam masyarakat Islam terdapat banyak sangat yang telah rosak. Maksiat di mana-mana, bersenketa disana sini. Sepatutnya umat Islam bukan berbunuhan, bukan berperang. Sepatutnya umat Islam bersaing nak keluarkan sebanyak mungkin produk Islam, bukan bersaing beli senjata. Tetapi bersaing untuk membuat sebanyak mungkin produk pemakanan Islam yang suci dan halal agar hati-hati umat Islam di era zaman moden ini selamat”. Terang Dato’ Ummu Jah yang merasai begitu besar tanggungan dan tanggungjawab beliau kepada masyarakat Islam masa kini.
Diplomatik
Dalam menjalin hubungan luar dalam urusan perniagaan di luar negara, menurut Dato’ Ummu Jah, hubungan diplomatik diluar negara, sememangnya telah lama dilakukan oleh arwah suami beliau Abuya.Termasuk yang ada di dalam negara. “Kami hanya menyambung cita-cita utama Abuya nak bela Islam. Apa yang ada di dalam negara di bawa keluar negara. Umat Islam di mana-mana mahukan Islam. Di luar negara sangat mendapat sambutan. Kami bukan melihat yang utama adalah sambutan lahir sahaja. Kami sangat mengambil kira sambutan terhadap sama-sama untuk membela Islam. Sama-sama nak buktikan Islam itu indah, indahnya hingga orang bukan Islam pun dapat bersama merasakan sama keindahannya. Siapa lagi nak bela Islam kalau bukan umat Islam itu sendiri. Islam yang indah akan menyatukan semua. Untuk itu perlu sangat diusahakan agar mereka merasa takutkan Allah, rindu Nabi. Baru akan lahir dalam hati Islam itu indah.”
“Bagi melahirkan Islam itu indah dan kuat. Umat Islam hendaklah membina strustur pembangunan ekonominya. Dengan adanya ekonomi yang kukuh, Islam itu sendiri akan menjadi kukuh dan kuat. Inilah perjuangan Abuya yang kami teruskan sehingga keperingkat antarabangsa,”. Terang Dato’Ummu Jah yang mensyukuri segala nikmat yang Allah kurniakan kepada beliau dan GISBH.
Katanya, segala pengurusan syarikat di dalam Negara termasuk diluar negara diuruskan oleh anak menantu beliau Tuan Lokman Hakim bin Abdul Rahim. Beliaulah yang bertanggungjawab dalam setiap pengurusan perniagaan GISBH dimana-mana.
GISBH DIRANTAU ASIA
Menurut Tuan Lokman Hakim Pengarah Urusan Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd. GISBH adalah sebuah penjenamaan baru merupakan sebuah syarikat bumiputera muslim yang memperjuangkan Islam melalui perniagaan menerusi rangkaian anak-anak syarikat yang ada di dalamnga dengan pelbagai bidang pembuatan dan perkhidmatan. GISB Holding bukan sahaja mempunyai rantaian perniagaan di seluruh Malaysia malah ia juga melebarkan jaringan perniangaannya dirantau Asia Tenggara seperti di Negeri China, Australia, Timur Tengah dan Eropah.
Katanya, GISBH. ditubuhkan dengan matlamatnya yang tersendiri iaitu menjalankan perniagaan sebagai wadah mendekatkan diri dengan Allah dan mendapat keredhaan-Nya. Keuntungan duniawi bukan matlamat utama tetapi yang lebih penting ialah dapat menegakkan pelbagai syariat Allah seperti mana yang disuruh menerusi Al-Quran.
“Islam dan kehidupan tidak dapat dipisahkan malah Islam menuntut kepelbagaian keperluan untuk masyarakat orang Islam terutama dalam penyediaan makanan dan minuman yang halal. Namun di alaf ini 85% daripada pemakanan yang sedia ada di buat oleh orang bukan Islam. Ramai masyarakat orang Islam itu sendiri tidak menyedari pemakanan yang mereka makan itu dikuatiri akan halal dan haramnya”.
“Menyedari keperluan dan tuntutan dalam islam itu perlu ada kesedaran dalam menyediakan pemakanan yang halal. Adalah menjadi tanggungjawab kepada pihak GISB Holding Sdn Bhd untuk mengubah persepsi penyediaan makanan halal untuk masyarakat Islam. Penubuhan GISB Holding bukanlah semata-mata untuk mendapat keuntungan tetapi matlamat kami adalah sebagai wadah mendekatkan diri dengan Allah dan mendapat keredhaan-Nya.”
“Keuntungan duniawi bukan matlamat utama kami, tetapi yang lebih penting ialah dapat menegakkan pelbagai syariat Allah melalui pendekatan dengan menyediakan pelbagai keperluan untuk masyarakat orang Islam di mana jua,” terang Tuan Lokman Hakim mengenai perjuangan mereka di GISBH
Anak-anak syarikat di bawah GISB Holdings Sdn Bhd




Produk GIHBH
Antara produk makanan yang dihasilkan oleh GISBH seperti mee kuning, mee tiau, bihun, sosej, fish cake, fish ball, air soya, tauhu, aneka roti dan biskut, kicap, sos cili, sos tiram, cuka, air berkarbonat dan air alkali. Barang-barang kegunaan harian pula seperti sabun mandi, sabun basuh, syampu, ubat gigi, pencuci wanita, produk ubatan seperti ubat resdung, minyak urut, balm, produk herba dan lain-lain.
Selain daripada itu GISBH Juga mengeluarkan produk hiburan Islam seperti album nasyid, drama, filem dalam bentuk CD, VCD yang dihasilkan oleh Kumpulan Generasi Harapan yang merupakan gabungan 16 orang adik beradik. Dimana album nasyid, drama dan filem dalam bentuk nasyid keluaran GISBH mendapat tempat dan perhatian menerusi TV9 dan TV Al-Hijrah. Kumpulan Nasyid Generasi Harapan ini juga begitu mendapat sambutan yang mana mereka sering diundang mengadakan persembahan nasyid di negara luar seperti di Indonesia dan negara-negara Arab bersatu.
Selain daripada itu,GISBH juga menyediakan pakej Haji dan Umrah menerusi Imarah Travel dan Tours Sdn Berhad dengan pakej yang amat berpatutan. GISBH juga memiliki beberapa pusat penyembelihan ayam (slaughter house) bertempat di ….. yang mana ia mampu menampung keperluan untuk masyarakat Islam dari segi pemakanan halal yang terjamin halalnya.
“Ini merupakan antara produk yang GISBH keluarkan untuk pasaran di dalam Negara mahu pun diluar Negara,” terang Tuan lokman mengenai perkembangan yang di capai oleh GISBH Holding.
Katanya, semua ini terbina adalah atas tuntutan di mana orang Islam itu patut menyediakan pemakanan untuk orang Islam itu sendiri untuk keperluan asas yang halal.
“Kelebihannya, kami dapat menjalinkan hubungan persahabatan di antara penjual dan pembeli seterusnya dapat menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat. Dalam menjalinkan bekerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain. Kami juga  belajar untuk bertolak ansur dan mengalah dengan orang lain. Ujian di dalam perniagaan dapat melatih diri kami untuk sabar dan berharap mendapat keradhaan daripada  Allah.Melatih diri untuk berlapang dada dan memaafkan orang dalam menghadapi kerenah pelanggan. Seterusnya kami dapat  menyediakan peluang pekerjaan kepada orang lain. Bagi membantu masyarakat orang Islam itu mendapatkan rezeki yang halal. Seterusnya dapat menghindari mereka daripada terjebak kepada perkara perkara yang tidak baik disebabkan kerana tiada pekerjaan. Seterusnya kami dapat  membantu memasarkan barangan orang Islam yang lain melalui rangkaian perniagaan yang diwujudkan. Inilah perjuangan kami  dapat menegakkan syiar Islam melalui kemajuan yang dibangunkan melalui perniagaan. Seterusnya  membantu fakir miskin serta orang yang memerlukan.menerusi menunaikan kewajiban zakat.” Terang Tuan Lokman.
Katanya, rezeki itu ada dimana-mana, hanya rajin bijak  serta sabar dalam mengahadapi pelbagai cabaran dan dugaan Allah akan pasti mendapat ganjarannya. Atas usaha yang tidak pernah jenu atau bersunggut kepada Allah, telah memberi ganjaran kepada GISBH melebarkan sayap perniagaan mereka sehingga ke negara  Asia.
GISB Holdings ini kini berada di kebanyakan Negara-negara di dunia, atas nama Melayu Islam yang berdikari tanpa berhutang dengan bank dan tanpa berhutang dengan sesiapa juga! Kenapa? Sebab Allah dan Rasul itulah pemodal! Merekalah modal untuk apa juga urusan hidup. Dalam keperluan politik, sosial, kebudayaan, ekonomi, kesihatan, kebajikan, kekeluargaan, sukan, pentadbiran, kewangan, perhubungan dan lain-lain serba-serbi kehidupan! Allah dan Rasul melalui Al-Quran dan Hadis telah berjanji bahawa di tangan merekalah kemenangan untuk umat Islam akan berlaku! Sedangkan umat bukan Islam, Allah dan Rasul tidak menjanjikan apa-apa untuk dunia dan akhirat, melainkan kecelakaan! Lihat dunia dalam tangan orang bukan Islam, mana ada keamanan dan kemakmuran! Cuma kesenangan dunia yang menipu daya yang mereka perolehi.
GISB Holdings Sdn Bhd sempena tahun baru ini berazam untuk terus menambah takut dan rindu pada Allah dan Rasul supaya segala-gala yang Allah janjikan untuk orang bertaqwa itu kami akan kecapi. Terang Tuan Lokman mengenai pernuangan beliau dalam GISBH.


- See more at: http://businesskini.com/2015/06/15/dato-hatijah-aam-perkasa-ekonomi-gisb-holding-ke-peringkat-global/#sthash.JmPmSxv3.dpuf