Nabi itulah, dia yang terlalu menyayangi, Dan menginginkan keselamatan untuk ku,Dan membimbangkan kecelakaan menimpaku, Sanggup menangis 1000 tahun untuk nasib baiknya diriku.-------Untuk Tempahan Membuat Blog,Hubungi 011-2881 1726 atau Pin BB:7F2ED589

Tuesday, June 14, 2011

KTS: 'Hina sangatkah pelacur tu, Dato' Mashitah?'

Bertemu lagi, cuaca di Jerash ni berubah mendadak. Dah beberapa hari panas, tiba-tiba suhu turun mendadak di musim panas ini. Sejuk. Pergerakan pun macam sejuk juga. Kalau di Malaysia, boleh pekena roti canai dan teh tarik. Baca paper. Jordan ni tak dapat paper, tengok internet version je la. Isu paling hangat sekarang, lebih dari lain-lain isu...Kelab Taat Suami. Asalnya malas aku nak ulas tentang Mashitah ni, sebab dia dah tak popular, tak ada isu dari dia. Cuma menumpang isu orang. Tapi bila baca komen pembaca Berita Harian on line yang banyak respon, nak tumpang sekaki. Salahkah KTS membuat perumpamaan dengan kehebatan taatnya isteri di ranjang seperti pelacur 1st class? Islam membenarkan perumpamaan walaupun dengan binatang. Anjing dikaitkan dengan kesetiaan, keldai dikaitkan dengan kesabaran, berani seperti singa, cerdik seperti kancil, pembelit seperti ular, tak de salah apa pun... KTS bukan kata isteri-isteri itu pelacur. Sama dengan kita tak bermaksud mengatakan sifat kesetiaan seseorang dengan anjing, bahawa orang itu anjing... Tidak sama sekali. Aduh, apalah Dato' Mashitah ni(aku tak pasti Dato' ke Datuk, yang pasti bila isteri dapat Dato', suami tak dapat datin)? Ada masalah ke dengan ketaatan isteri kepada suami ni? Cuba cari ayat quran, hadis atau pendapat ulama mazhab yang menentangnya... Sepakat semua mazhab, isteri wajib taatkan suami. Pastu, hina sangatkah pelacur ni?, sampai semua orang melenting, tak terima, mengata-ngata tanpa usul periksa. Apa usaha kita mengembalikan mereka kepada jalan yang benar? Bukankah dalam pengetahuan JPM aktiviti pelacuran di Malaysia? Jangan pandai mengata je. Dulu Mashitah juga yang ber'fatwa', kalau darurat, wanita boleh melacurkan diri. Hari ini Mashitah rasakan sangat hina menyamakan skill isteri yang taat dalam melayan suami di ranjang seperti pelacur 1st class. Wahai Mashitah, hina-hina pelacur pun Rasulullah saw ada sebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra : 'Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu.' Soheh Al Bukhari Tak pernah pula aku membaca hadis menyebutkan menteri atau timbalan menteri masuk syurga dengan apa-apa amalan pun. Tak tau la kalau pembaca pernah terjumpa. Bukan niat aku nak menghina Dato' Mashitah, tapi sebagai figure di tengah masyarakat kena bersedia mendengar komen rakyat seperti aku ni. Hina sangatkah pelacur? Mereka perlu diselamatkan. Anjing pun ada masuk syurga, Qitmir. Kita belum tentu. Aku belum tentu, Mashitah pun belum tentu. Tapi lakukan perkara-perkara haram boleh mengundang kemurkaan Tuhan. Boleh masuk neraka kalau tak bertaubat atau bertaubat tidak sempurna hingga Allah tidak terima. Antara perkara haram ialah, bergaduh dengan jiran. Sabda Rasulullah saw: عن أبي هريرة – رضي الله عنه – أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((من كان يؤمن بالله واليوم الاخر فلا يؤذ جاره ....)) (رواه البخاري ومسلم) Rasulullah saw kaitkan berbaik dengan jiran dengan beriman dengan Allah dan hari akhirat. Imam Ahmad pernah sangat menjaga jirannya yang beragama yahudi hingga jirannya masuk islam. Salafus soleh zaman dahulu sangat menjunjung kata-kata Rasul, bukan saman menyaman jiran. Macam tak beriman je...ni Hadis soheh ni... Antara perkara yang haram, tapi ada orang yang sanggup lakukan walaupun berlatar belakangkan pendidikan Islam ialah, ubah ciptaan Tuhan. Supaya lebih cantik kononnya. Cabut atau cukur bulu kening. Haram tu, dato' tak tau ke? Pastu haram bila tutup aurat hanya atas tuntutan fesyen. Tutup tapi tak sempurna. Pakai tudung tapi dada tak dilindung. Sedangkan dada perempuan termasuk bentuk tubuh yang sangat dituntut untuk ditutup. Ada ayat quran lagi tentang itu. Entahlah Dato', cakap saya ni Dato' nak dengar ke tak? Quran Hadis cakap Dato' buat tak kesah je. Tapi Fauziah Ariffin cakap, Dato' macam geram je.... Suruh siasat pendaftaranlah. Bekas Arqamlah... Cari popularitilah... Macam dengki je. Kalau Dato' tak nak taat suami 100%, janganlah libatkan orang lain. Janganlah api-apikan, ada-adakan kemungkinan itu dan ini. Biarlah orang popular, masa kita dah berakhir. Bukankah Dato' kalah dalam pilihan raya lepas. Naik hanya belas ehsan PM. KTS tengah popular, tengoklah undian kewajaran tubuhkan KTS atau tak di BH, 98% sokong, 2% je tak. Entahlah... Mashitah zaman Firaun ahli syurga... Mudah-mudahan Mashitah akhir zaman tak sebabkan ramai orang masuk neraka. Ok, nak pekena nasi lemak Kak Sal Wak Nasoha di tepi kolam renang Mat'am Qasr Lubnan. Tak dapat roti canai Sungai Kerang, dapat nasi lemak jadila.... Tepi Kolam Renang, Mat'am Qasr Lubnan, Jerash, Jordan. 11.17pm Jun 14, 2011(anjangmuor.wordpress.com)

Sunday, June 12, 2011

'Pantau ajaran sesat di internet'

Isnin , 13 Jun 2011
JAKIM tubuh pasukan kesan penyebaran aktiviti tidak betul guna media baru ‘Pantau ajaran sesat di internet’

PUTRAJAYA: Bahagian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini menubuhkan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan bagi mengesan kegiatan individu atau kumpulan tertentu yang dikatakan menggunakan blog, laman sosial Facebook dan Twitter untuk menyebarkan ajaran sesat, fahaman ekstremis dan pluralisme di kalangan umat Islam di negara ini.
Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, berkata langkah ini perlu kerana JAKIM tidak menolak kemungkinan ada kumpulan ajaran sesat yang cuba menggunakan kemudahan media baru seperti blog, Facebook dan Twitter bagi merekrut ahli baru serta mengelak kegiatan haram mereka dihidu pihak berkuasa.
“Tidak dinafikan kumpulan ajaran sesat pada hari ini sentiasa memanipulasi segala kekuatan dan kemudahan teknologi untuk mengembangkan fahaman menyeleweng dan mencari ahli baru.

“Ini kerana penggunaan teknologi maklumat (IT) termasuk blog, Facebook dan Twitter bukan saja menyebabkan pihak berkuasa agama negeri dan JAKIM sukar mengesan kedudukan sebenar markas mereka, malah membolehkan kumpulan ajaran sesat terbabit merekrut lebih ramai ahli dalam masa singkat,” katanya kepada Berita Harian.

Sebelum ini, Berita Harian melaporkan 10 kumpulan ajaran sesat yang pernah difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri dipercayai masih bergiat aktif di seluruh negara termasuk merekrut pengikut baru.

Antara kumpulan ajaran sesat terbabit termasuk Syiah yang ekstrem; bekas kumpulan al-Arqam yang dikaitkan Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd (Rufaqa) atau Global Ikhwan Sdn Bhd; Islam Jemaah; Ajaran Azhar Wahab (Pengasas al-Mansor Holding Sdn Bhd), Tarikat Naqsyabandiah Khalidiah; Pemuda Kahfi, Tarikat Naqsyabandiah Khalidiah Sheikh Nazim; Qadiani/Ahmadiah; Tarikat Naqsyabandiah Kadirun Yahya dan ajaran Aurad Islamiah.
Mereka adalah sebahagian daripada 95 kumpulan yang difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam dan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah sama ada oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri di seluruh negara dalam tempoh 20 tahun lalu. Sebahagian besar kumpulan lain sudah ‘mati’ dan tidak ada pengikut lagi.

Pada masa sama, beliau berkata JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri juga sedang memantau cubaan pihak tertentu menyebarkan pelbagai fahaman baru seperti pluralisme dan fahaman berbentuk ekstremis dengan memperalatkan golongan pelajar dan tenaga pengajar institusi pengajian tinggi di negara ini.

Bagaimanapun, Othman berkata JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri menghadapi pelbagai masalah dalam menangani ajaran sesat berikutan ketiadaan penyeragaman undang-undang Syariah pada peringkat negeri dan salah faham umat Islam terhadap isu akidah termasuk ilmu tarikat dan tasawuf.

Berikutan itu, beliau berkata JAKIM sentiasa mengambil langkah proaktif termasuk meminta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri melakukan kajian dan menyelaras keputusan berhubungan fatwa pengharaman sesuatu kumpulan ajaran sesat terbabit.

“Pada masa sama, JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri juga mengadakan ceramah dan kaunseling bagi meningkat kefahaman umat Islam mengenai pelbagai kumpulan ajaran sesat yang menyeleweng daripada akidah Islam dan ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah,” katanya.

"Kita juga menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Menangani Ajaran Sesat Peringkat Nasional (JAPAS) dan Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam Peringkat Kebangsaan (JAPPIS) bagi meningkatkan pemantauan dan mendapatkan maklumat terkini mengenai kegiatan penyebaran ajaran sesat di seluruh negara," katanya.      


Sumber dari Berita Harian

Friday, June 10, 2011

Tak Pakai Kopiah Jadi Fasiq?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhkcsELKg65AsvrvwfLyHckZQojOBqGfFMdWUjeQRZjcxTOlCdZadsOOvEuPYEAHO-Mzckw3ByNYtpgT7q_9SgfuW8pJTk6qobhlwxJMi1cJzDTJb8k86PQdDYMQOFtdRc6HjjNL-9AL9YY/s1600/KopiahPutih.jpg
Apa Salahnya berkopiah?Ia kan sunnah nabi?Kenapa bila pakai kopiah sahaje rase terasing?Kenapa kita perlu cara pemakaian orang2 barat?Tapi yang peliknya,mereka yang nak mengatakan tentang islam ni,kopiah pun tak pakai,tapi cukup menghentam orang sekeliling dengan hujah2nya..Disini kami sertakan klip video ceramah tentang tidak memakai kopiah..

Saturday, June 4, 2011

Malaysia Indah



Malaysia Indah




Malaysia Indah Tanah Air Tercinta
Tanah Tempat Tumpahnya darahku
Tempatku diasuh dan menerima ilmu
Negara di mana perjuanganku diasaskan

Kini Malayisa nun jauh dimata tapi
dekat dihati kerna tempat lahirnya cita
Ia akan jadi tapak ummah kedua
Ia pasti jadi kerna telah disabdakan (ulang rangkap 1 n 2)

Biar Abuya merantau dahulu
Terbang bagai burung membawa cita
Timba pengalaman dengan sebanyaknya
Sampai masanya abuya pulang jua
Bila abuya dijadualkan pulang
Ia perantauan,pejuang pasti pulang (ulang rangkap 1 n 2)

Bila abuya dijadualkan pulang
Diwaktu itu tak siapa menghalang
Kerna zaman itu zaman kemenangan
Kemenangan yang gemilang
Anak abuya sabarlah menunggu,
Biarlah abuya merantau dahulu (ulang rangkap 1 n 2)

Memang sunnah orang berjuang
Terbuang dahulu baru pulang
Kepulangannya dengan kemenangan
Masa pulangnnya sudah hampir tiba
Cuma masanya yang belum tepat
Bila sampai nanti semua terperanjat (ulang rangkap 1 n 2)




Zaman itu hanya tinggal kenangan..
Mampu menulis posting  sampai 2 – 4 seminggu itu sudah lama berlalu.
Begitulah dunia, cepat menjemukan. Walau yang ditulis adalah topik yang menghiburkan akal dan roh.
Sebab apa? Satunya mungkin dengan kehadiran orang baru dalam hidupku,  tapi sebenarnya ada sebab yang lebih besar lagi.
Sejak Abuya ‘pergi’ beliau telah ‘mengajar’ kami merindui akhirat. Merindui alam ghaib. Bukan, bukan khurafat. bukan tahyul. Sedangkan Allah juga ghaib, Rasulullah juga ghaib. Jalan-jalan menuju Allah juga ghaib. Yang ghaib itu hanya dapat dirasa dengan roh.
Abuya masih dan terus-terusan mengajak kami dalam kuliah-kuliahnya ( yang diwakilkan oleh isterinya sebagai satu muslihat kepada Yahudi), agar ” Ayuh ! Akhirat itu kekal abadi, dunia ini hina, perjuangkanlah Tuhan kepada semua manusia, agar Tuhan dan Rasul dicintai”. Abuya menyuruh berselawat beribu-ribu kali sehari kalau mampu!
Lantas, hati menjadi terlalu rindu dengan Rasulullah SAW hingga tidak mampu lagi menampung kerinduan itu..
Abuya mengajar kami menjadi orang roh. Memanfaatkan roh yang selama ini kaku seolah tidak digunakan untuk menggapai Allah dan RasulNya. Abuya mengajar mensucikan dan meningkatkan roh manusia..
Lantas, hati sering gundah, sering terdetik adakah solatku diterima? Allah…..   aduh! zikir yang belum selesai, muhasabah di atas sejadah belum cukup, bagaimana rasa hati hari ini, lalai dengan dunia atau merasa gundah dengan Tuhan? Solat malam, MasyaAllah, mujahadah sungguh untuk bangun malam, yang ini orang setahap diri ini belum lulus-lulus lagi untuk istiqamah….
Abuya mengajar supaya hati menangis selalu terkenangkan akhirat. Abuya mengajar merindui alam ghaib yang indah,  dan alam akhirat,  merindu kematian…
Aneh, sejak Abuya pergi, rasa-rasa tersebut lebih mudah dirasai, tawassul lebih mudah dijiwai…. Lagilah bila Abuya mengajar cara-cara praktikal melawan hawa nafsu dengan lebih efektif, jika sehari tidak menjiwainya, terasa kosong dunia ini.
Apabila jiwa ini sudah terpaut dengan yang ghaib, dunia terasa tidak lagi menghiburkan. Dunia cyber yang dulu wajib aku melayarinya setiap hari tidak lagi menjadi kesukaan. Dengar perkataan Facebook pun aku sudah tidak lalu nak menelan…
Abuya, kami merinduimu. Pulanglah. Dan Abuya memberitahu hal ini akan terjadi sedikit masa lagi. Di waktu itu, dunia akan terkejut, itulah sebesar-besar tsunami. Habis tercengang orang-orang akal serta mereka yang memperlekehkan hal ghaib. Terkedu bagaikan umat dahulukala yang diperlihatkan  mukjizat Rasul mereka.
Pulanglah Abuya untuk menyelamatkan iman manusia, selamatkanlah dunia… bersama-sama Imam Mahdi dan Rasulullah SAW memenangkan Islam buat kali ke dua. Buktikanlah mukjizat Rasulullah SAW dalam diri Abuya…
Mukjizat Rasul akhir zaman terus berlaku. Bila kami berselawat,  dapat kami rasakan betapa beratnya penanggungan Rasulullah dan teamnya sepertimana beratnya penanggungan Nabi Ibrahim dalam perjuangannya dahulu.
Sejak kecil sering tertanya. Mengapa bacaan Tahiyyat bila berselawat macam ada sesuatu yang tak kena. Kedudukan Rasulullah  sangat tinggi tetapi kenapa dikatakan Nabi Ibrahim seolah-olah lebih tinggi dari Rasulullah ??
Dalam bacaan Tahiyyat, disebut Selamatkan dan berkati Nabi Muhamad sepertimana Tuhan menyelamatkan dan memberkati Nabi Ibrahim…..
Fahamilah bahawa keadaan Rasulullah SAW sekarang bagaikan seperti Nabi Ibrahim yang dibakar, umpama menunggu saat untuk dibebaskan dan umatnya diselamatkan. Rasulullah SAW terus merintih sejak 1400 tahun lalu. Ummati… ummati…
Walau umatnya memberi salam dalam tahiyyat,  ” Assalamualaika ayyuhan nabiyyu”  mereka tidak merasakan baginda menjawabnya, malahan mereka merasakan peranannya sudah selesai. Mereka merasakan rohnya terperangkap dalam jasadnya di bumi Madinah,  sebagaimana orang biasa wafat.. Yang tinggal adalah jutaaan helaian-helaian naskah Al Quran dan Hadis sahaja.
Bukan begitu! Rasulullah  tetap hidup secara rohnya! Sepertimana Sayyidina Umar menekankan dengan tegas sejurus kewafatan baginda!
Wahai kaumku….  Rasulmu masih berperanan, … Tidak adil umat ini ditinggalkan dengan helaian kertas Quran dan Hadis semata-mata bukan…? Walhal kerosakan umatmulah yang paling dahsyat, terutama di akhir zaman ini !
Hakikatnya roh Rasulullah masih tetap berperanan. Rohnya menjawab salam, rohnya boleh dijadikan wasilah untuk membantu umatnya. Nur Muhammad, adalah cahaya segala sumber cahaya. Rohnya  memproses jiwa umatnya, bilamana  mereka menggunakan alat komunikasi mengalahkan segala alat tercanggih di dunia,  iaitu hati, dengan sebaik-baiknya … Abuyalah yang telah mengajar hati kami untuk menggunakan hati ini sebagaimana yang diajarkan di dalam Al Quran…
Sekarang roh Rasulullah aktif  memproses hati para ikhwan dan asoib, agar terus merindui alam ghaib. Kerana merindui alam ghaib adalah pemangkin untuk mati syahid!
Abuya, datanglah, kenalkan Imam Mahdi kepada kami agar Rasululllah dapat terus membantu Imam Mahdi dan Abuya memenangkan umat Islam…
Abuya , tidak mampu rasanya melihat keadaan dunia yang sudah punah ranah…!… watak dunia hari ini menunjukkan bahawa masanya sudah terlalu hampir untuk kemenangan itu..
Abuya, teruslah pimpin tangan kami menuju Tuhan dan RasulNya…
Kami menunggu pemimpin tiga serangkai…!!
Allahu akbar!!

Malaysia Indah



Monday, May 30, 2011

Ibu Kenapa Kita Tidak Boleh Melihat Tuhan?

Suatu petang, adik yang baru berusia enam tahun bertanya kepada ibunya yang sedang menjahit, “Ibu kenapa kita tidak boleh melihat Tuhan?” Si ibu yang mendengar soalan adik berfikir sejenak lalu melemparkan senyuman ke arah anaknya itu.
"Adik, menusia memang tidak dapat melihat Tuhan. Kita tidak dapat melihat Allah s.w.t. dengan mata kita walaupun Allah s.w.t. wujud. Allah juga tidak dapat dibayangkan dengan akal fikiran kita. Tetapi Allah tahu apa yang kita lihat menggunakan mata kita dan apa yang kita  bayangkan. Allah tahu semua perkara yang tersembuyi dan Allah juga tahu semua peristiwa dan keadaan."
Bukan semua perkara dapat dilihat dengan mata.
Adik tahu tak, dulu ada satu cerita mengenai seorang ustaz dan seorang lagi orang yang tak percaya Tuhan. Lelaki itu datang kepada ustaz dan bertanya, ”Pernahkah ustaz melihat Tuhan?”

Ustaz itu pun menjawab, ”Maha Suci Tuhanku, sesungguhnya Dia tidak dapat dilihat dengan penglihatan.”
Lelaki itu bertanya lagi, ”Adakah ustaz pernah menyentuh, mencium atau mendengar suara Tuhan?”
Ustaz dengan tenang menjawab, ”Maha Suci Tuhanku, Dia tidak sama dengan sesuatu apa pun. Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
Orang lelaki itu terus mengejek lalu berkata, ”Kalau ustaz tidak pernah melihat, tidak pernah mendengar suara-Nya dan tidak pernah menyentuh-Nya, lalu dari mana ustaz dapat buktikan yang tuhan itu ada?”
Dengan tenang ustaz itu bertanya kembali kepada lelaki itu, ”Wahai saudara, pernahkah kau melihat akal fikiran engkau?”
”Tidak pernah,” jawab lelaki itu.
”Pernahkah engkau mendengar suara hati engkau?” ustaz itu bertanya lagi.
”Tidak pernah,” jawab lelaki itu.
”Pernahkah engkau menyentuh akal engkau?” sambung ustaz itu.
”Tidak,” lelaki itu menjawab sambil menggelengkan kepala.
Akhir sekali, sampai juga ustaz kepada soalan sebenar yang hendak ditanya. ”Adakah engkau orang yang sihat akal ataupun kurang waras?”
”Tentulah saya orang yang waras!” jawab lelaki itu.
“Adakah engkau mempunyai akal?” tanya ustaz itu lagi.
“Tentulah ada!” jawab lelaki itu.
Ustaz itu menegaskan kembali, “Apatah lagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dia tetap ada walaupun pancaindera kita tidak mampu menjangkaunya.”
Lelaki itu diam dan berfikir. Dia tidak ada lagi soalan untuk ditanya kerana dia sudah dapat jawapannya. Perkara yang tidak dapat dilihat tidak semestinya tidak ada. Banyak tanda menunjukkan manusia ada akal dan akal masing-masing mempunyai kemampuan yang berbeza. Begitu jugalah dengan Allah, banyak tanda menunjukkan Allah itu ada, walaupun kita tidak dapat melihatnya.
Kisah Nabi Musa dan Kaumnya
Al-Quran menceritakan kepada kita, Nabi Musa pernah berdoa hendak melihat Allah. Kisah ini dinyatakan dalam al-Quran, surah Taha ayat 83 hingga 84 dan surah al-A’raf, ayat 143 hingga 145.
Pada suatu hari, Nabi Musa memilih 50 orang dikalangan kaumnya untuk pergi ke Bukit Tursina. Nabi Musa pergi ke sana kerana hendak bermunajat kepada Allah serta menerima kitab Taurat daripada Allah. Nabi Musa memberi amanah kepada Nabi Harun supaya memimpin baki kaumnya semasa beliau ke Bukit Tursina.
Nabi Musa diberi kelebihan istimewa berbanding nabi-nabi lain, iaitu dapat bercakap terus dengan Allah tanpa perantaraan. Beliau sampai dahulu seorang diri di Bukit Tursina. Allah bertanya kepadanya, ”Mengapa kamu datang seorang diri, lebih dahulu daripada kaummu, wahai Musa?”
Nabi Musa menjawab, ”Mereka sedang menyusul di belakangku. Aku datang cepat-cepat kepadamu, wahai Tuhanku, demi mendapat redhamu.”
Nabi Musa merayu kepada Allah supaya dia dapat melihat Allah. Katanya, ”Wahai Tuhanku, perlihatkan dirimu kepadaku supaya aku dapat melihatmu.”
Allah berkata, ”Kamu tidak akan sanggup melihatku, tetapi lihatlah gunung itu! Sekiranya ia masih tetap berada di tempatnya, kamu akan dapat melihatnya.”
Nabi Musa memandang ke arah gunung itu. Tiba-tiba gunung itu hancur lebur dalam sekelip mata. Nabi Musa yang menyaksikan kejadian itu jatuh pengsan.
Apabila Nabi Musa mula sedar kembali, dia memohon ampun kepada Allah. Nabi Musa berdoa, ”Maha Suci Engkau wahai Tuhan, aku bertaubat kepada-Mu dan akulah orang pertama yang beriman kepada-Mu.”
Selepas itu Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. Nabi Musa terus menjalankan tugas iaitu  mengajak kaumnya menyembah Allah yang satu. Akan tetapi, ada juga dikalangan kaumnya yang beriman dan ramai juga yang tidak. Malah, ada yang meminta supaya Nabi Musa memperlihatkan Allah kepada mereka. Mereka tidak mahu percaya bahawa Allah adalah Tuhan mereka selagi mereka tidak dapat melihatnya dengan mata mereka sendiri. Mereka berkata, ”Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepada kamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang.” Allah marah kepada mereka. Sebaik sahaja mereka mengucapkan kata-kata itu, mereka terus disambar petir lalu mati. Orang ramai yang tidak mengucapkan kata-kata itu terselamat. Mereka tergamam melihat kejadian itu.
Manusia tidak dapat melihat Allah
Firman Allah SWT dalam surah al-An’am, ayat 103 yang bermaksud, ”Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dialah yang Maha Halus (melayan hamba-hamba-Nya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya.”
Dalam ayat di atas, Allah menerangkan kepada kita bahawa Dia tidak dapat dilihat oleh mata kita. Allah juga tidak dapat dibayangkan dengan minda. Sebaliknya, Allah tahu mengenai apa yang dilihat oleh mata dan apa yang dibayangkan oleh minda kita. Allah tahu semua perkara yang halus dan tersembunyi. Allah juga tahu semua peristiwa dan keadaan.
Kepada semua hamba2 Allah, bila ada orang mendakwa yang dia dapat melihat Tuhan di dunia ini ataupun menggambarkan Tuhan itu seperti sesuatu, itu bererti dakwaan mereka salah. Dakwaan mereka bertentangan dengan apa yang Allah nyatakan. Allah juga ada menyatakan yang Dia tidak boleh disamakan dengan apa sekalipun. Bagaimanapun dalam surah al-Qiyamah ayat 22 dan 23, Allah ada menyatakan ”Pada hari akhirat itu, maka orang-orang yang beriman berseri-seri. Melihat kepada Tuhannya.”
Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah menjelaskan tentang hal ini. Seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Jarir bin Abdullah melaporkan. Katanya, ”Pada satu malam kami berada bersama Nabi Muhammad. Baginda memandang ke arah bulan purnama dan berkata, ”Saudara-saudari akan meliat Tuhan saudara-saudara dengan terang, sama seperti saudara lihat bulan itu. Saudara-saudara tidak akan keliru dan tidak perlu bersesak-sesak semasa melihatnya.” Hadis riwayat Muslim dan Bukhari.

Sunday, May 15, 2011

Bukti Abuya Pembawa Kebenaran

Salam Semua..
Di sini saya nak ceritakan pada anda semua satu kisah yang menarik
tentang kebenaran yang abuya bawa.
Cerita ini,saya rasa ramai yang sudah dengar.Jadi,janganlah ragu-ragu lagi dengan perjuangan ini.
Kisahnya bermula begini..
Pada zaman kegemilangan Al-Arqam dahulu,terdapat seorang simpati kepada Abuya.
Beliau ini seorang guru tahfiz.Tetapi beliau ini banyak mengikuti program yang dibuat jemaah.


Pada suatu hari,selepas isyak,si guru tahfiz ini berbaring-baring sambil menghafal ayat-ayat Al-quran.

Selamat Tinggal Ka’bah (Surat Terbuka Untuk Tanah Haram)


Wahai Ka’bah,
Sebenarnya aku tidak sanggup untuk meninggalkan Rumah Allah ini. Aku sudah tertambat hati dengan Kampung Rasulullah ini. Di hari visa-ku di Mekkah habis, aku sangat sedih, bagaikan hendak terpisah nyawa dari badan. Aku terpaksa keluar dari Bandar Suci Tanah Haram yang kini dirasakan seperti kampung sendiri. Kalau mungkin, apa yang masih ada untuk dikorbankan biarlah dipersembahkan semua kepadamu wahai Ka’bah.
Sebelum ini aku selalu menyalahkan diri sendiri karena belum pernah pergi menunaikan Umrah dan Haji ke Ka’bah. Mengapa Ka’bah belum sudi memanggilku bertemu dengannya. Umur sudah tua, kawan-kawan semua sudah dapat rezki ke Ka’bah. Oh! hinanya diri! Seperti mustahil saja kelihatannya!
Tapi tiba-tiba pada satu waktu dan kejadian yang menimpa diri dan jemaah perjuangan, satu suara ghaib yang mengaku tiga kali bahwa dia ialah Rasulullah SAW, berkata padaku: “Datanglah ke Mekah, segerakanlah ke Mekah.

Friday, May 6, 2011

KISAH IBU YANG MENYAYAT HATI




Ini kisah sedih seorang ibu. 
Takkan ada seseorang lain yang akan dapat menggantikan 
tempat seseorang ibu di dunia ini. 
Ni cerita lama.
Aku saje je cerita semula kisah yang sedih ni. 
Sebab seseorang nak tahu
cerita ni dengan lebih lanjut. 
Jadi aku letak dalam blog ni.
Cerita ni dalam bentuk luahan hati seorang
anak yang kesedihan 
akibat kelalaian atau dengan kata lain
kederhakaannya kepada seorang ibu!


Cerita si anak.....
Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasa
k untuk pelajar dan guru
untuk menyara keluarga kami.

Pada suatu hari semasa di sekolah rendah, 
ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar.
Aku sungguh malu. 
Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia
dengan menunjukkan wajah benci
kepadanya dan terus lari.

salah seorang rakan darjah berkata, 

Saturday, April 30, 2011

Kami Rindu PadaMu Ya Rasulullah

Cinta Rasulullah terhadap kita tak pernah pudar, tatkala berada di ambang sakaratul maut, Rasulullah tetap ingat kepada Umat nya.. tetapi apakah pengorbanan kita terhadap rasulullah? Adakah cinta kita seagung cinta Rasulullah? Semoga kita sedar akan erti sebuah cinta hakiki. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, AlQur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam."Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan Kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja,kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammadwabaarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Tidak sedih kah kita dengan kisah baginda melawat kota thaif? DAKWAH Islam yang dilakukan Rasulullah Saw kian berkembang. Namun di pihak lain, kaum kafir kian meningkatkan tekanannya terhadap Rasul dan meeka yang memeluk Islam. Mrasa tidak aman di kota Mekah, Rasulullah mencoba datang ke kota Thaif, sebuah kota yang bertetangga dengan Mekah, guna mencari bantuan dan perlindungan. Rasul menyeru masyarakat Thaif untuk masuk Islam, masuk ke dalam barisan kaum muslimin. Allah Swt berkehendak lain. Dia mengji kesabaran dan ketegaran Rasulullah dalam mengemban amanah risalah Islam. Alih-alih menyambut seruan kebenaran dari Rasul, masyarakat Thaif justru mencaci-maki, mengusir, bahkan melempari Rasul dengan batu. Anak-anak kecil yang sebenarnya tidak mengerti apa-apa pun ikut ibubapa mengolok-olok beliau. Rasul berhasil menyelamatkan diri, meski laki-laki agung ini terluka. Keringat bercucuran, nafas tersengal-sengal, pakaian kotor, serta kaki pun berdarah. Beliau sampai di sebuah kebun anggur milik dua orang musyrik, Utbah dan Syaibah bin Rabi'ah. Rasulullah memasuki kebun itu untuk beristirahat dan berlindung dari kejaran orang-orang Thaif. Air mata Rasulullah menetes. Kesedihan mendalam menghinggapi perasaannya.Lalu Malaikat Jibril pun datang kepada baginda dan meminta izin untuk mengangkat gunung di sekitar Thaif untuk menghempap pada penduduk Thaif.Baginda melarangnya kerana baginda cukup sayangkan mereka yakni ummatnya.. "Ya Allah, hanya kepada-Mu aku mengadukan lemahnya kekuatanku, dan sedikitnya upayaku, sertra tidak berdayanya aku menghadapi manusia," Rasul mulai berdoa, mengadukan keadannya kepada Allah Swt. "Wahai Dzat Yang Maha Pengasih di antar hamba-hamba yang pengasih, Engkau adalah Rabbnya orang-orang yang lemah dan juga Rabbku. Kepada (siapa aku mengadu), apakah kepada Dzat yang membebaniku, atau kepada sesuatu yang jauh dan menerimaku dengan muka masam, ataukah kepada musuh? Sementara Engkau menguasakan perkaraku? Jika saja kemurkaan-Mu tidak menimpaku, tentu aku tidak peduli. Akan tetapi ampuna-Mu lebih luas untuku daripada kemurkaan-Mu yang akan Engkau timpakan kepadaku, atau Engkau tempatkan aku dalam kemurkaan-Mu. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu, yang Engkau hapus segala kegelapan dengan terbitnya, dan Engkau selaraskan urusan dunia dan akhirat dengan baik di atasnya. Hanya untuk-Mu segala kerelaan hingga Engkai ridla. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali bersama-Mu." Pemilik kebun anggur, Utbah dan Syaibah, mendengar ada suara di kebunnya. Keduanya terpesona dengan ucapan doa yang belum pernah mereka dengar. Mereka pun mendekat dan bertanya kepada Rasulullah Saw serta meminta penjelasan mengenai hakikat ucapan doa yang beliau panjatkan. Singkat cerita, dialog itu menjadikan kedua lelaki musyrik pemilik kebun anggur menjadi Muslim. MERUPAKAN sunnatullah, memperjuangkan kebenaran atau dakwah islamiyah akan menghadapi berbahai fitnah(ujian). Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Allahu Ta'lah A'lam. Ya Rasullullah saw.. betapa aku merinduimu...

Sunday, April 17, 2011

Tuhan Bantulah Aku Melawan Nafsu

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Kita baru balik dari peperangan kecil kepada peperangan yang maha besar.” Para Sahabat bertanya: “Peperangan apakah itu ya Rasulullah?” Jawab baginda: “Perang melawan nafsu.” (Riwayat Al Baihaqi)
Melawan nafsu (mujahadah) ini memang susah. Rasulullah ibaratkan lebih susah daripada berdepan dengan peperangan senjata. Dalam bab-bab sebelum ini, kita sudah huraikan betapa sulitnya nafsu itu hendak dikesan dan tersembunyi pula. Sebab itu sesetengah orang tidak dapat mengesannya. Sesetengahnya lagi tidak pernah ambil tahu adanya perkara batin ini. Jadi dia tidak pernah berfikir untuk berperang dengan nafsu sendiri. Golongan ini merasa hairan bila diajak melawan hawa nafsu.
Kata mereka,

Monday, April 4, 2011

Dipukul orang ghaib di Tanah Suci

Tertarik dengan artikel dalam majalah Mastika, April 2011 bertajuk "Pegawai Polis dibelasah, dibakar dan ditoreh di Tanah Suci, Mekah". Satu kisah benar penuh pengalaman yang dialami oleh seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang ketika itu masih berkhidmat di Kluang, Johor. Artikel ini wajib dibaca oleh sekalian anggota polis untuk dijadikan iktibar dan panduan. Terutama bagi yang suka memukul akitivis - aktivis masyarakat atau pun penyokong - penyokong parti politik.


Antara petikan - petikan yang menarik yang dikongsi oleh beliau adalah bagaimana balasan Allah S.W.T diatas perbuatan beliau yang sering melepang, menumbuk dan menyepak terajang suspek - suspek dalam tahanan beliau. Semasa berada di Masjid Nabawi, Madinah, sementara menunggu waktu maghrib, beliau berhasrat untuk berzikir namun hasrat itu terganggu dek kerana beliau terpaksa berhadapan dengan pukulan - pukulan "ghaib". Beliau telah ditumbuk dan diterajang bertalu - talu sehingga menitiskan darah. Namun apabila beliau melihat dirinya di hadapan cermin, tiada sedikit pun kesan kecederaan yang dialaminya. Kejadian ini terpaksa dihadapi sepanjang berada di Madinah. Bahkan, sewaktu beliau sedang melakukan solat sunat sebelum melakukan tawaf widak, beliau telah di sepak oleh seorang lelaki Arab sehingga bersembur air dari mulu dan hidungnya.