Nabi itulah, dia yang terlalu menyayangi, Dan menginginkan keselamatan untuk ku,Dan membimbangkan kecelakaan menimpaku, Sanggup menangis 1000 tahun untuk nasib baiknya diriku.-------Untuk Tempahan Membuat Blog,Hubungi 011-2881 1726 atau Pin BB:7F2ED589

Wednesday, December 19, 2012

Kita Ada Nabi!


Ya! Teringat seperti yang Abuya pernah ceritakan ketika di Labuan. Ketika turunnya ayat 128-129 surah At Taubah yang bermaksud: "Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: Cukuplah Allah bagiku, dan kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki arash yang agung", Sayidina Abdullah bin Mas'ud terus meluru ke Kaabah untuk berkongsi nikmat diutusnya Rasulullah kepada bangsa Arab. Muhammad bukannya seperti yang kaumnya sangkakan. Muhammad ialah utusan Allah, diutus kepada bangsa arab dan umat akhir zaman.


















Sejarah menceritakan bagaimana Sayidina Abdullah dibelasah oleh kafir Quraisyh yang diketuai oleh Abu Jahal. Sekembalinya ke rumah Arqam Abi Arqam, Baginda Rasul SAW yang merawatnya sambil bertanya; "Apakah engkau akan mengulangi perkara yang sama, esok"? "Ya! Jika engkau izinkan, ya Rasul Allah", jawab Sayidina Abdullah. Senyum Baginda mendengar jawapan Sayidina Abdullah, yang terkenal dengan fizikal yang kurus, tapi memiliki hati yang cekal waja.

Sejarah berulang bilamana wasilah kepada RSA iaitu Bonda Ummu Jah AR, dengan beraninya berkongsi pengalaman berhubung dengan Baginda Rasulullah SAW, malah tinggal serumah dengan Baginda.

Seperti mana Sayidina Abdullah bin Mas'ud, Bonda Wasilah ingin menyatakan kepada umat Islam sedunia, Rasulullah bukanlah seperti yang ramai kita sangkakan. Memang Rasul SAW telah wafat dan jasad Baginda yang mulia itu, telah pun bersemadi di Madinah Al Munawwarah. Namun roh yakni hakikat insan, sangat-sangatlah berperanan sebagai Nabi Akhir Zaman. Memandu, memimpin dan membimbing bagaimana nak diperlakukan agama Islam ini, hingga gemilang semula.


Rumah Rasulullah yg kini dijadikan perpustakaan 


Mari kita hayati bait-bait sajak yang dinukilkan oleh Bonda Ummu Jah AR, yang telah pun dinasyidkan.



TERIMA KASIH WAHAI NABI
Terima kasih wahai Nabi
Baiknya Allah kerana memberikanku seorang Nabi
Nabi itulah, dia yang terlalu menyayangi
Dan menginginkan keselamatan untuk ku
Dan membimbangkan kecelakaan menimpaku
Sanggup menangis 1000 tahun untuk nasib baiknya diriku
Tuhan mencipta, Tuhan 'owner'
Sedangkan Nabi pelaksana untuk menyelamatkan aku
Nabikulah doktorku
Nabikulah guruku
Nabikulah pemimpinku
Nabikulah ibu ayah rohku
Ya Rasul, Nabi akhir zaman
Sampai hati mereka memisahkan aku darimu
Kata mereka kenabianmu sudah tiada lagi, seelok kewafatanmu
Maka sekian lamanya aku ketiadaanmu
Oh betapa sesatnya fikiran, perasaan dan fizikal aku
Sehinggalah Abuya dan Sayidi menemukan aku kembali dengan Nabiku
Kini aku ada Nabi, selalu aku dapat berbual dengannya
Bahkan tinggal serumah dengannya, 24 jam dia memandu aku
Bagaimana agama itu, Quran itu dihidupkan pada diri, keluarga dan Jemaah
Maka perjuangan Abuya dan Sayidi yang ku perjuangkan ini
Sebagai perjuangan yang dijanjikan Tuhanku dan Nabiku
Tidaklah akan kalah-kalah lagi
Kerana bersamaku Nabi, dia tidak datang melainkan untuk menang
Maka kemenangan demi kemenangan yang aku alami

Sajak/Lirik nukilan: YBM Bonda Ummu Jah


Mari sama-sama kita cuba menyusuri sajak ini;
Maha baiknya Tuhan menghadiahkan Rasul yang sangat menyayangi diri kita lebih daripada kasih sayang seorang Ibu dan Ayah kepada anaknya. Seorang Ibu dan Ayah secara umumnya sangat hendak melihat bahkan merancang anak-anak hidup senang di dunia. Tapi jarang yang pedulikan keselamatan di akhirat. Sebagai contoh, mereka sangat risau jika anak-anak tidak lulus peperiksaan atau lemah dalam pelajaran. Tapi sangat sedikit yang pedulikan pendidikan agama kepada anak-anak. Sekiranya ada pun, sekadar melepaskan batuk di tangga.
Tapi seorang Rasul amat pedulikan keselamatan hidup di akhirat, bahkan sejarah membuktikan bahawa Baginda Rasul dan para sahabat sanggup mengorban segalanya termasuk nyawa demi menyampaikan Islam kepada kita semua.


Tapak Rumah Rasulullah


Benar dan sangatlah dibenarkan bahawa Baginda Rasul ada doktor kita. Doktor atas segala doktor yang ada di atas muka bumi ini. Bahkan tiada doktor yang mampu menandingi kedoktoran Rasul SAW. Daripada penyembah berhala suku arab jahiliah menjadi sahabat Rasul dan dipuji oleh Allah sebagai sebaik-baik umat manusia. Cukup satu contoh ketara ialah Sayidina Umar Al Khatab, daripada seorang yang pernah membunuh anaknya (menimbus anak kecilnya di padang pasir hidup-hidup), Allah dan Rasul memujinya dengan berkata; "Kalau ada Nabi selepasku, Umarlah orangnya". Adakah doktor pakar atas muka bumi pada hari ini yang mampu melakukan perkara yang sama. Setakat buat pembedahan jantung bolehlah. Tapi untuk mengubah hati manusia daripada cinta dunia kepada cintakan Allah, hanya Rasul dan para wakilnya iaitu Mujadid sahaja yang berkemampuan.
Ya! Rasul juga adalah pemimpin, guru dan ibu/ayah roh-roh manusia. Ibu/ayah kandung hanya mampu 'membesarkan' fizikal kita, tapi untuk meningkatkan perkembangan rohani kita, pastilah seorang Rasul yang sangat faham perjalanan hati manusia. Bahkan malaikat pun tidak diberi keupayaan yang sebegitu rupa. Tidakkah kita jatuh hati kepada Rasul SAW, Nabi kita?

Tapi sedihnya seperti kata Bonda Wasilah. Sudah lama kita sebagai umat Islam dipisahkan daripada Baginda Rasul, Nabi Muhammad SAW. Rasul yang telah wafat dikatakan tidak lagi berperanan. Sedangkan Baginda adalah Nabi kita.








Ya! kita umatnya di akhir zaman. Lebih 1000 tahun Baginda menangis mengenangkan umatnya, yang bakal diputuskan hubungan oleh musuh-musuh Islam yang diketuai oleh Yahudi laknatullah, yang telah merosakkan Islam dengan menggunakan nama Islam sendiri. Terbitnya Islam Liberal, Syiah, Wahabi dan berbagai firqah lagi yang jauh tersimpang daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ramai bahkan majoriti umat Islam sudah tidak pedulikan Nabinya sendiri, apatah lagi nak merindui Baginda. Kerana selama ini akal fikiran kita telah disesatkan dengan kewafatan Nabi secara total. Sedangkan roh Baginda Rasul sangatlah berperanan.

Tariq Ibnu Ziyad, sebaik memijakkan kakinya setelah menyeberangi Selat Gibraltar, beliau melihat dengan jelas roh Baginda Rasul sedang memerhati pergerakan tentera Islam yang diketuai olehnya. Lantas Tariq Si Penakluk Sepanyol pun memberi arahan agar semua kapal dan perahu yang digunakan dibakar kerana, beliau meyakini bahawa Baginda Rasul-lah yang memimpin tentera-tentera Islam ketika itu. Begitu juga imam-imam mazhab yang empat dalam kitab-kitab menyatakan bahawa kerap mereka bertemu dengan roh Baginda Rasul, ketika perlu bertanyakan langsung hal-hal agama, terutamanya perihal kesahihan hadis-hadis Baginda Nabi Muhammad SAW.


Maka pada setiap 100 tahun selepas kewafatan jasad Baginda Rasul, diutuskanlah wakilnya iaitu Mujadid. Para setiap Mujadid yang dilantik, disediakan hati yang bersih, yang mampu untuk berhubung langsung dengan Baginda Rasul, yang sedang berperanan di alam ghaib. Ya! Sayidi dan Abuya adalah Mujadid kembar untuk akhir zaman. Imam Mahdi dan Putera Bani Tamimlah yang telah membongkar rahsia kepada kita melalui wasilah mereka iaitu Bonda Wasilah Ummu Jah AR, bahawa hati adalah satu-satu media yang mampu berhubung dengan alam ghaib.


Gua Hira' tempat wahyu pertama



Aneh bilamana umat Islam khususnya bangsa Melayu percaya bahawa kita mampu berhubung dengan makhluk-makhluk halus sepeti jin dan jembalang. Tapi dalam masa yang sama, mereka prejudis bilamana ada orang yang mampu berhubung dengan Baginda Rasul. Apakah mereka sedar telah memperlekehkan kemampuan Baginda Rasul yang boleh berhubung dengan umatnya? Sedangkan mereka lebih percayakan kemampuan pula jin, hantu dan jembalang. Patutlah mereka ini tidak dapat berhubung dengan Baginda Rasul, kerana tanpa sedar mereka telah buruk sangka dengan kemampuan Nabi sebagai Rasul Allah, bahkan hakikatnya mereka tidak yakin dengan Maha Penciptanya Allah SWT.




Pedang Rasulullah





Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Abuya dan Sayidi Imam Mahdi yang telah membina peribadi Bonda Wasilah yang telah diproses hatinya, hingga mampu berhubung dengan Baginda Rasul. Kami di GiSB sentiasa mendapat panduan untuk bagaimana nak membela Al Quran, membela agama Islam agar gemilang semula setelah sekian lama diperkotak-katikkan okeh Yahudi dan konco-konconya.

Ya! Nabi kita memang boleh dihubungi. Boleh berbual dengan Baginda Rasul. Bukankah dalam sembahyang kita diminta untuk memberi salam khusus kepada Baginda? "Assalamu'alaika aiyuhannabiu...". Dan menjawab salamkan wajib? Sememang Baginda Rasul menjawab setiap daripada salam umatnya. Cuma hati kita yang bersarang dengan 1001 macam mazmumah, tidak mampu mendengar jawapan salam daripada Baginda.




Gua Thur tempat Rasulullah & S.Abu Bakar bersembunyi ketika hendak berhijrah keluar dri Mekkah




Tinggal serumah dengan Baginda Nabi Muhammad SAW, rumah didatangi rahmat Allah SWT. Janganlah tidak percaya, boleh tinggal serumah dengan Nabi. Dikatakan kepada kita, rumah yang ada menyimpan patung-patung tidak dimasuki oleh Malaikat Rahmat. Kalau Malaikat boleh membawa rahmat, lebih-lebih lagilah roh Baginda Rasul yang suci. Ketika peristiwa Isra' wal Mi'raj hanya roh Baginda dapat Mi'raj ke hadhrat Allah di Sidratul Muntaha, tempat yang bukan tempat itu. Tapi tidak bagi Jibril AS. Ini membuktikan, jika Malaikat boleh menghuni dan membawa rahmat ke sesebuah rumah orang mukmin, maka roh Baginda Rasul sudah tentu lebih dari itu. Rumah yang tidak dimasuki oleh roh-roh suci, maka yang akan memasukinya ialah roh-roh yang jahat. Yang mana satu pilihan kita?







Sekarang kami di GISB, berbahagia berjuang bersama-sama dengan Abuya dan Sayidi, yang berwasilahkan Bonda Ummu Jah AR. Bersama Rasul, Islam tidak akan kalah-kalah lagi. Menang dan terus menang. Aura kemenangan sudah mulai dirasai semenjak musim Haji lagi. Bukankah Rasul diutus untuk mencipta kemenangan? Ya! Janji untuk umat Islam akhir zaman, Islam kembali gemilang di akhir zaman yang diterajui oleh roh Baginda Rasul SAW dengan dibantu oleh Sayidi Imam Mahdi dan Abuya Putera BaninTamim. Malah akan turut serta dalam skrip kegemilangan Islam akhir zaman ialah Nabi Isa AS.

Terima kasih diucapkan kepada Abuya dan Sayidi atas ciptaan Tuan-tuan yang sangat hebat buat pejuang-pejuang akhir zaman. Ya! Wasilah Bonda Ummu Jah sebagai penghubung kepada Nabi akhir zaman. Kami semakin akrab dengan Nabi kami dan sudah mulai pandai untuk mendendangkan lagu rindu buat Baginda. Hasil panduan dan bimbingan daripada Baginda Rasul, melalui wasilah Bonda Ummu Jah.





Bekas minuman Rasulullah


Batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW sewaktu Israk Mikraj sampai kini masih tetap terapung di udara. Pada saat Nabi Muhammad hendak Mikraj batu tersebut nak ikut bersama


Ya Rasulullah! Ya Habiballah! Terimalah sedikit sumbangan kecil ini sebagai pembelaan pada Tuan. Semoga ramai lagi umat mu, kembali mendapatkan dan mencintai mu. Bahkan kami tidak lagi mahu kehilangan mu, wahai Nabi. Dan mudah-mudahan kami diterima sebagai Ikhwan mu, untuk sama-sama berjuang hingga 4/4 dunia tunduk dan berbahagia dengan Islam yang membawa kasih dan sayang.

Ya Allah! Sekiranya ada pahala daripada apa yang tertulis, dihadiahkan pahalanya kepada Baginda Rasulullah SAW, Sayidi Syeikh Imam Mahdi, Abuya Putera Bani Tamim, Bonda Wasilah Ummu Jah, kedua ibubapa dan guru serta pemimpin yang pernah dan senantiasa mendidik. Amin ya Rabbal 'Alamin.

Dan buat teman-teman dihadiahkan link untuk download nasyid (versi demo), agar sama-sama mendengar. Mudah-mudahan sama-sama pula mendapatkan Nabi, sepenuh hati, berkat RSA dan Bonda Wasilah. 

Dari :
http://mtikhwan313.blogspot.co.uk/2012/12/kita-ada-nabi.html

No comments:

Post a Comment