Baru-baru ni,banyak saya terbaca kisah tentang kucing.Antaranya kisah seorang manusia keji ni bakar kucing hidup2.Gambar di atas ni jelas menunjukkan si kucing seperti memohon simpati.
sehingga ada page facebook 'oh media' mencipta satu page 'oh meow' dan mereka berkempen selamatkan binatang kesayangan nabi Muhammad SAW ini.Katanya "Promosilah page ini kepada rakan-rakan anda yang cintakan kucing, haiwan kesayangan Rasulullah."
Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah
najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum
kucing kerana dianggap suci.
Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis,
berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?
Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.
Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji.
Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri
merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar
boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di
badannya.
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap
kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung,
bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.
Pada
bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan.
Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian
khusus.
Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapatkan adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata
negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
2. Perbandingan yang ditanamkan kuman
memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil
negatif berkuman.
4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai
kuman biasa yang
berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti,
enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50
ribu pertumbuhan.
5.
Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.
Berbagai
sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium
menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Liurnya
bersih dan membersihkan.
Komentar para doktor yang bergelut dalam bidang kuman
Menurut
Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah,
jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu
ada,
maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !
Dr.
Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada
anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (baca: Inilah sebabnya
jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah).
Doktor
haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing
mempunyai perangkat pembersih yang bemama lysozyme.
Kucing
tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk
pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan
hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya.
Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya
agar bakteria tidak berpindah kepadanya.
Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.
Tetapi
ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di
laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara
keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak dari pembaca
situslakalaka yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah
toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat
pada tubuh makhluk yang hidup? silahkan baca: Benarkah Toxoplasma Hanya
disebabkan Oleh Kucing
Perhatikan apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini:
Hadis
Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua
Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa
itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di
bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu
Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu
Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak
najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),”
(HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan
dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi
ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas,
tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air.
Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang
dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut
berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut,
beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia
tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan
dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa
budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di
rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat
untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia
lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur
tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu
membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.”
Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing,
(HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Subhaanallah!!
Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw yang buta
baca-tulis ini tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih?
Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini,
ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500
tahun yang lalu.