Nabi itulah, dia yang terlalu menyayangi, Dan menginginkan keselamatan untuk ku,Dan membimbangkan kecelakaan menimpaku, Sanggup menangis 1000 tahun untuk nasib baiknya diriku.-------Untuk Tempahan Membuat Blog,Hubungi 011-2881 1726 atau Pin BB:7F2ED589

Sunday, September 29, 2013

Tawaran Korban Sempena Aidil Adha


Salam tawaran korban sempenan AidilAdha 1435H.Kami akan melakukan korban di makam Abu Ayub Al Ansari.Tempat yg berkat di bumi Turki.Moga ada saham bersama membantu mereka yang memerlukan. Hanya rm1100 untuk seekor KIBAS, bagi yg ingin menanam saham ibadah korban ini, sila masukkn ke dlm akaun : MAYBANK 159012804062 YAHYA ZAKARIA ..Terima Kasih.MZB



@ masjid Eyup Sultan Camii di mana terletaknya makam sahabat Rasulullah S.A.W,Seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary r.a .Sahabat yg menawarkan diri utk menyertai misi utk menawan Konstantinopel.Akhirnya beliau wafat dan telah dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople






Tuesday, September 17, 2013

@ Turki Bumi Berkat






Dihadapan tembol  Konstantinopel












Di depan Ayasofya.Dahulunya,ianya sebuah gereja,kemudian diubah menjadi masjid oleh Sultan Muhammad Al-fateh.Selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniah,Kamal Atarturk telah mengubahnya menjadi muzium.Sultan Muhammad Al-Fateh pernah bersumpah,sesiapa yang mengubah Ayasofya dia akan dilaknat Allah.





Di dalamnya juga terdapat barang2 peninggalan Rasulullah SAW,seperti mangkuk minuman dll,. Pembinaan kubahnya juga terdapat air liur Rasulullah.Ada Kisahnya .Disebabkan sering berlakunya keruntuhan Ayasofya, seramai 7 orang paderi kristian dtg berjumpa Rasulullah semasa masih kecil dan mengambil air liur baginda untuk dicampur dalam bahan pembinaannya















@ masjid biru














































Masid Sultan Muhammad Al-Fateh







Makam Sultan Muhammad Al-Fateh (Penakluk konstantinopel)






Ziarah dan ambil berkat Sayyidina Abu Ayyub Ansari r.a. Seorang sahabat yg panjang umur dan menawarkan diri utk menyertai misi utk menawan Konstantinopel, walau dgn keadaannya yg tua dan uzur. Akhirnya beliau wafat dan dimaqam di luar Kota konstantinopel





Sebahagian tembok kota Konstantinopel








Jambatan Istanbul yg memisahkan benua asia & eropah







Friday, July 19, 2013

SIAPA SAMIRI?

SIAPA SAMIRI?

Sumber Cedokan: Pelbagai


Dalam surah Taha ada menyatakan kisah Nabi Musa dan kaumnya yang disesatkan oleh seorang lelaki misteri bernama Samiri semasa Nabi Musa pergi bermunajat kepada Allah SWT di Gunung Sinai. Samiri digambarkan dalam al-quran sebagai lelaki yang bertanggungjawab mengukir patung sapi emas untuk menjadi bahan sembahan kaum Bani Israil. Patung sapi betina yang diukir oleh Samiri memiliki ‘kuasa’ ajaib sehingga mampu mengeluarkan kata-kata dan suara. Akibat tertarik dengan patung tersebut, hampir seluruh kaum bani Israil lupa terhadap pesanan Nabi Musa untuk kekal menyembah Allah yang Esa.

Kesesatan kaum Bani Israil bagaimanapun tidak mampu ditangani oleh adik kandung Nabi Musa iaitu Nabi Harun. Diriwayatkan, sebelum Nabi Musa pergi ke Bukit Sina untuk bermunajat kepada Allah swt, Nabi Harun telah diamanahkan oleh Nabi Musa untuk membimbing kaumnya. Namun kedegilan kaum yang paling banyak diceritakan dalam al-Quran ini tidak mampu dinasihati oleh Nabi Allah Harun. Bahkan, Harun as diherdik dan dicerca oleh kaumnya sendiri. Bergitulah hebatnya tipu helah Samiri yang mampu memperok-perandakan keimanan kaum Bani Israil. Maka, siapakah Samiri ini?

Ayat al-Quran yang menyatakan tentang Samiri:

Dalam surah Taha, ada merakamkan dialog dengan nada agak keras daripada Nabi Musa as terhadap lelaki kufur bernama Samiri. Digambarkan, Samiri adalah lelaki yang cukup berani dan pandai berkata-kata sehingga dialog antara mereka berdua tidak menampakkan sebarang kekakuan Samiri. Samiri melontarkan kata-katanya dengan cukup yakin dan obsesi terhadap ilmunya.

95. (Sesudah itu Nabi Musa hadapkan kemarahannya kepada Samiri lalu) bertanya: "Apa pula halmu, wahai Samiri?"

96. Ia menjawab:" Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam dari kesan jejak Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku".

97. Nabi Musa berkata kepada Samiri: "Jika demikian, pergilah, (engkau adalah diusir dan dipulaukan), kerana sesungguhnya telah ditetapkan bagimu akan berkata dalam kehidupan dunia ini: ` Jangan sentuh daku ', dan sesungguhnya telah dijanjikan lagi untukmu satu balasan akhirat yang engkau tidak sekali-kali akan terlepas daripadanya. Dan (sekarang) lihatlah kepada tuhanmu yang engkau sekian lama menyembahnya, sesungguhnya kami akan membakarnya kemudian kami akan menghancur dan menaburkan serbuknya di laut sehingga hilang lenyap.

(Surah Taha ayat 95-97)


Penjelasan Surah Taha ayat 95-97:

1. Ancaman Musa as

Dalam ayat 95, Nabi Musa telah bertanya kepada Samiri dengan nada yang keras dan bersifat mengancam.

Kemudian, pada ayat 96, ahli tafsir muktabar seperti Ibnu Kathir(1301-1373) dan Ath-Tabari (838–923) berpendapat bahawa Samiri telah mendedahkan rahsia ilmu sihirnya. Pada ayat ‘Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka’ , Ibnu Kathir dalam tafsir ulungnya telah memberi penjelasan bahawa Samiri telah melihat Jibrail as datang dengan kuda tunggangannya, Haizum untuk membinasakan Firaun sedangkan kaum Bani Israil tidak melihatnya.

Besar kemungkinan ia terjadi semasa Nabi Musa dan Bani Israil melarikan diri secara besar-besaran daripada bumi Mesir. Akibat kekalutan tersebut, kaum Bani Israil yang beribu-ribu orang tidak menyedari kehadiran Jibrail yang menyerupai manusia.

2. Terbina patung sapi betina daripada jejak kuda Jibrail as

Pada ayat “aku ambil segenggam dari kesan jejak rasul itu, kemudian aku mecampakkannya”, Ibnu Kathir memberi penjelasan yang antara lain membawa maksud bahawa jejak rasul tersebut adalah jejak kuda tunggangan Jibrail as. Ia diterima secara umum oleh ahli-ahli tafsir lain selepas Ibnu Kathir.

Manakala, apa dimaksudkan dengan “segengam dari kesan jejak rasul” itu adalah Samiri telah mengambil segenggam tanah yang dipijak oleh kuda Jibrail as. Menurut ulama tafsir terkemuka, Mujahid, segenggam tanah bererti sepenuh tapak tangan dan genggaman itu dengan menggunakan ujung jari-jarinya. Samiri kemudian menggunakan ilmu sihirnya untuk membentuk sapi emas yang mampu mengeluarkan suara.

3. Samiri dilaknat oleh Allah swt

Dalam ayat 97, ada ayat yang berbunyi, “Janganlah sentuh daku”. Menurut Ibnu Kathir, Samiri telah diusir daripada khalayak ramai sehingga beliau tidak mampu menyentuh orang lain dan orang lain pula tidak mampu menyentuhnya kerana khuatir akan menimbulkan kemudaratan kepada kedua-dua pihak.

Besar kemungkinan Samiri telah dilaknat Allah SWT dengan Allah SWT telah menurunkan penyakit merbahaya kepadanya seperti penyakit kusta atau wabak yang berjangkit. Menurut ulama tafsir lain seperti Ibnu Ishq dan Ath-Thabari, Samiri telah dihukum oleh Allah SWT atas kekafirannya dengan seksaan di dunia dan di akhirat. Tambah mereka lagi, hukuman di akhirat pasti lebih dashyat dengan seksaan api neraka buat selama-lamanya.


Siapakah Samiri?

Penyusun kitab Siratu Rasulullah, Muhammad Ibnu Ishaq(704M-767M) meriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra, beliau mengatakan, “ Samiri adalah seorang penduduk Bajarma dan dia berasal daripada kaum yang menyembah berhala. Dalam dirinya telah tertanam kecintaan kepada penyembahan terhadap patung dan berhala sapi. Samiri menampakkan dirinya adalah pengikut Musa as(Islam) di hadapan kaum Bani Israil namun hatinya bergelojak dengan kepercayaan nenek-moyangnya. Menurut Muhammad Ibnu Ishaq, Samiri adalah nama panggilan bagi seorang individu kufur bernama Musa bin Zhufar.”

Qatadah ibnu al-Nu’man, salah seorang sahabat besar Rasulullah saw daripada golongan Ansar telah berkata, “Samiri berasal daripada negeri Samir(Sumaria).”

Bagi ahli sejarah ketemporari, mereka berpendapat bahawa Samiri telah menyesatkan kaum Bani Israil dengan membina samaada patung Hathor atau Apis. Kedua-dua patung tersebut adalah berhala sembahan masyarakat Mesir Purba.

Hathor adalah dewa perempuan yang menjadi sembahan turun temurun masyarakat Mesir Purba. Hathor digambarkan sebagai sapi betina dengan kepalanya dihiasi dengan cakera matahari.

Manakala Apis adalah patung sembahan berupa lembu jantan yang menjadi alat sembahan masyarakat Mesir Purba di wilayah Memphis. Berhala Hapis telah pun disembah sejak Dinasti Kedua kerajaan Mesir Purba.


Samiri adalah Dajal?

Terdapat dakwaan mengatakan Samiri adalah dajjal yang datang untuk menyesatkan kaum Bani Israil. Pendapat ini pertama kali disuarakan oleh pengarang buku terkenal, Muhammad Isa Dawud. Identiti Samiri yang misteri dan dikatakan memiliki ilmu sihir yang tinggi membolehkan ia dikaitkan dengan al-Masih Dajjal. Sejauh mana kesahihan dakwaan tersebut tidak dapat dipastikan kerana samaada al-Quran atau hadis tidak terdapat satu pun yang mengatakan Samiri adalah Dajjal laknatullah.


Samiri versi kitab Taurat

Dalam kitab Taurat, Samiri yang dimaksudkan dalam al-Quran adalah nabi Harun sendiri. Dalam kitab tersebut, Bani Israil dikatakan meminta nabi Harun untuk ‘mencipta’ tuhan untuk mereka. Untuk memenuhi hasrat mereka, nabi Harun kemudian menyuruh bani Israil mengumpul subang emas untuk dileburkan menjadi sapi emas. Nabi Harun kemudian membina altar di hadapan sapi emas tersebut bagi tujuan penyembahan.

32:1 Ketika bangsa itu melihat, bahwa Musa mengundur-undurkan turun dari gunung itu, maka berkumpullah mereka mengerumuni Harun dan berkata kepadanya: “Mari, buatlah untuk kami allah, yang akan berjalan di depan kami sebab Musa ini, orang yang telah memimpin kami keluar dari tanah Mesir–kami tidak tahu apa yang telah terjadi dengan dia

Genesis 32:1

Sepertimana kisah Samiri dalam al-Quran, nabi Harun telah dikatakan menyesatkan kaumnya sendiri dengan mengadakan pesta besar-besaran dihadapan sapi emas ajaib tersebut. Versi kitab Taurat ditolak bulat-bulat ajaran Islam. Ajaran Islam menolak versi tersebut kerana ia terang-terang menafikan martabat seorang Rasul Allah.


Sejak turun-temurun, orang Islam mempercayai bahawa sebuah formasi batuan seperti lembu di Mesir adalah patung yang diukir oleh Samiri. Benarkah ia adalah patung yang diukir oleh Samiri?

Dalam al-Quran, Allah swt telah jelas memberitahu dalam surah Taha ayat 97 bahawa Nabi Musa as telah membakar patung tersebut menjadi keping-kepingan dan membuangnya ke dalam lautan.

97. Nabi Musa berkata kepada Samiri: "Jika demikian, pergilah, (engkau adalah diusir dan dipulaukan), kerana sesungguhnya telah ditetapkan bagimu akan berkata dalam kehidupan dunia ini: ` Jangan sentuh daku ', dan sesungguhnya telah dijanjikan lagi untukmu satu balasan akhirat yang engkau tidak sekali-kali akan terlepas daripadanya. Dan (sekarang) lihatlah kepada tuhanmu yang engkau sekian lama menyembahnya, sesungguhnya kami akan membakarnya kemudian kami akan menghancur dan menaburkan serbuknya di laut sehingga hilang lenyap.

Semoga bermanfaat diketahui dan difikir2 kan.


Public Secret - Allahu'alam... Wassalam

Wednesday, July 17, 2013

Ramadhan Tanpa Ibu



Ramadhan kali ini bersama anak2 Yatim dari Pusat Jagaan Ummul Qura.Ketika sedang sesi Taa'ruf bersama adik2,terkejut dengan cerita dari Adik Muhammad Fateh.

Ceritanya ibu beliau telah lari meninggalkan keluarga ketika adik beradiknya masih kecil.Ibunya yang sering lari2 dari rumah menyebabkan mereka kurang kasih sayang dari seorang ibu.Ayah dan ibunya adalah cina muslim.Ibunya seorang mualaf.Kehidupan mereka dhaif dan miskin menjadi punca penceraian.

Disebabkan kemiskinan,ibunya telah masuk kristian.Dan paderi2 kristian sering memberikan bantuan pada ibu muallaf ini.Akhirnya ibunya meninggal dlm keadaan masih kristian.

Ayahnya yang tidak mampu menyara mereka lagi telah menyerahkan mereka kepada Rumah Amal Limpahan Kasih dan beliau telah berkahwin lain.Kini beliau sedang dipelihara oleh Rumah Amal Ummul Qura dan menjadi anak angkat kepada ustazah Nora dan Sy Nizam.Ramadhan kali ini sekali lagi mereka tidak dapat bersama ibu kandung sendiri.

Penulis: Abu Junaid

Jemputan berbuka puasa oleh PM di Sri Perdana.-Islam tak akan kalah2 lagi

Sunday, July 7, 2013

Puasa Abuya

Puasa Abuya
1. Sedih kerana merasa gagal melakukan yang terbaik untuk Ramadhan.
2. Memburu keberkatan Ramadhan dengan bertaubat, dan menebus dosa di bulan pengampunan.
3. Membanyakkan doa di bulan di kabulkan doa.
4. Menunggu Lailatul Qadar dan membanyakkan baca Quran selain daripada pakej ibadah yang biasa.
5. Ramadhan ialah syaitan sifar maka mujahadah dengan nafsu untuk tarawih dan tahajud dan witir.
6. Tarawih : Malam Isnin dan Jumaat 20 rokaat, Malam-malam lain 8 rokaat, tahajud witir di kemudiankan.
7. Baca Quran : i. Lepas Sembahyang Wajib. -ii. Lepas tarawih sementara tunggu makan.
8. Berbuka : ringan saja, lepas tarawih baru makan berat.
9. Banyakkan sedekah dan khidmat.
10. Iktikaf dan memikir-mikirkan kematian dan perjuangan apa lagi untuk memaksimakan usaha-usaha taqwa sebagai bekal terbaik untuk kehidupan akhirat.

Saturday, July 6, 2013

KISAH BENAR JENAZAH BANGKIT KETIKA DI SOLATKAN

Sekadar berkongsi cerita..

Seperti yang diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.

Pengalaman itu ialah mayat yang sedang disolatkan tiba-tiba bangkit hidup semula. Malangnya setelah hidup semula, dia menjadi bisu. Keadaan itu berterusan sehinggalah dia meninggal dunia beberapa tahun kemudian.

Peristiwa itu berlaku beberapa tahun lalu di sebuah kampung di Pantai Timur. Ketika itu saya masih remaja dan mengaji di pondok dengan beberapa orang rakan. Orang yang meninggal dunia itu pula adalah seorang lelaki dalam lingkungan 60-an dan sudah berkeluarga. Punca kematiannya tidak saya ketahui.

Pada hari tersebut, bapa angkat saya mengajak saya pergi menziarahi seorang penduduk kampung yang meninggal dunia dan sama-sama tolong menguruskan jenazahnya. Saya pun ikutlah. Apabila sampai, jenazah itupun diuruskan seperti jenazah-jenazah lain. Dimandikan dan dikafankan. Tidak ada apa-apa yang luar biasa ketika itu. Keadaan mayatnya pun macam mayat-mayat lain. Jumlah orang yang melawat pun boleh tahan juga.

Selepas Zuhur, kami beramai-ramai menyembahyangkan jenazah berkenaan dengan diimamkan oleh bapa angkat saya tadi. Saya berada di saf yang paling depan, betul-betul di belakang bapa angkat saya.

Tapi, dengan kehendak Allah, sewaktu takbir yang kedua, suasana tiba-tiba menjadi gempar. Jenazah yang sedang disembahyangkan itu bergerak-gerak. Cara mayat itu bergerak adalah seperti orang yang baru bangun dari tidur dan cuba melepaskan diri daripada selimut putih yang membungkusnya. Mungkin panas ke, atau pun lemas. Yang menyaksikan kejadian itu semuanya terkejut.

Melihat mayat berkenaan bergerak-gerak, sembahyang jenazah sekaligus dihentikan. Saya pun menjengukkan kepala untuk melihat mayat itu. Aneh, inilah kali pertama saya melihat mayat hidup semula.

"Pergilah tengok, buka kain kafannya," kata bapa angkat saya. Saya pun pergi dekat mayat itu dan bukalah. Maha Suci Allah, apabila saja dibuka kain kafan itu, saya nampak matanya terkebil-kebil. Dia masih hidup. Lepas itu hamba Allah ini duduk dalam kehairanan dan terpinga-pinga. Anehnya, dia tidak dapat berkata walau sepatahpun. Kenapa? Hanya Allah sahaja yang tahu.

Apa reaksi orang ramai yang nampak kejadian itu? Mereka semua lari lintang-pukang. Tinggallah saya berdua dengan bapa angkat saya. Lucupun ada, kecewapun ada. Yelah, sepatutnya apabila hamba Allah ini hidup semula, kita membantunya. Ini tidak, lari lintang pukang.

Kalau ditanya pula perasaan saya bila nampak mayat itu hidup semula, memang saya tak rasa takut walau sedikit pun. Buat apa takut sebab sepanjang hidup saya tak pernah pula saya dengar orang mati kena cekik dengan mayat. Tapi itulah hakikatnya. Kebanyakan kita lebih takutkan manusia, jin, syaitan... lebih daripada takutkan Allah.

Selepas kejadian itu, lelaki berkenaan menjadi bisu. Mulutnya yang dahulu lantang bercakap kini terkunci terus. Lebih mengejutkan, dia mengubah terus cara hidupnya. Mulai saat itu, lelaki tersebut hanya menumpukan penghidupan keduanya dengan mengerjakan ibadah sembahyang. Dia juga tidak pernah meninggalkan sembahyang secara berjemaah. Kesungguhannya menunaikan amal ibadat sangat luar biasa dan mengagumkan.

Keadaan ini jauh berbeza dengan kehidupannya sebelum itu yang bergelumang dengan dosa dan maksiat. Masa hidup dulu, lelaki itu bolehlah saya katakan sebagai 'semua boleh jadi... ke darat boleh, ke laut pun boleh'. Senang cakap, lelaki itu suka berbuat dosa tapi apabila masyarakat tegur, dia tak ambil peduli. Hendak pergi ke masjid jauh sekali.

Sepatutnya apabila lelaki ini sudah berubah sikap, orang ramai perlulah menerimanya dengan baik. Tetapi apa yang saya kesalkan, dia telah disisihkan oleh keluarganya sendiri. Tidak tahulah saya kenapa keluarga lelaki itu menyisihnya. Tapi soalnya, itukah balasan anak isteri dan keluarganya? Pada hal semasa hidup dia sudah bina rumah, kumpul harta dan sebagainya untuk keluarganya. Tetapi bila dia mati dan kemudian hidup semula, anak-anaknya tak mahu menerimanya.

Sedih saya memikirkan cara penerimaan mereka itu. Maka atas sifat ihsan bapa angkat saya tadi, dibuatkanlah sebuah rumah di kawasan masjid. Tinggallah lelaki tadi di rumah berkenaan hingga ke akhir hayatnya. Apa yang menggembirakan kami ialah setiap kali bila lelaki itu hendak ke masjid, dia akan mengajak sesiapa saja, tak kira yang ada di jalan, tembok, padang atau sebagainya, supaya segera pergi ke masjid.

Lelaki berkenaan meninggal dunia beberapa tahun kemudian. Saya tidak tahu pula punca kematiannya. Bagaimanapun, sebelum akhir hayatnya, dia telah meminta maaf kepada para penduduk kampung itu di atas segala kesilapannya yang lalu.

Urusan pengkebumian jenazahnya pun berjalan dengan lancar. Menurut orang yang membawa jenazahnya itu, mayatnya ringan dan mudah dibawa. Satu lagi, masa dahulu orang-orang membawa jenazah dengan menggunakan empat buah basikal. Caranya ialah diletakkan empat batang kayu/buluh di basikal-basikal itu. Kemudian keranda diletakkan atas kayu berkenaan dan di tutup dengan daun kelapa secara berselang seli.

Kata orang yang mengusung jenazah tersebut, mereka tak menghadapi sebarang masalah. Mayatnya ringan dan orang yang menolak basikal pun tak ada masalah sebab menolak basikal dengan cara begitu bukannya kerja senang.

Pengajaran daripada kejadian di atas:

Apakah yang dialaminya semasa 'mati' hingga menyebabkan dia bertaubat? Wallahuallam, saya tak tahu. Yang tahu cuma Allah dan dia sahaja. Yang pasti, dia telah melalui satu pengalaman yang sangat berharga, untuk dirinya dan untuk kita semua.

Lelaki itu bertuah kerana telah melihat kebenaran Allah dan Allah telah memilihnya untuk diberi kesempatan bertaubat sebelum dicabut semula nyawanya. Hanya segelintir saja orang yang dipilih oleh Allah untuk diberi peringatan itu.

Sayangnya dia tidak dapat beritahu kepada masyarakat apa yang dilaluinya semasa dimatikan itu. Mungkin Allah tidak mengizinkannya. Cukuplah untuk pengajaran diri lelaki itu dan juga masyarakat (yang memahaminya).

Tapi saya sedih, orang Melayu kita ini cepat lupa pada sejarah. Mereka insaf sekejap saja, lepas itu lupa balik, buat kerja-kerja mungkar. Orang-orang kampung itu cuma insaf sekejap saja, lepas itu buat lagi amalan-amalan buruk. Lebih mengecewakan ialah keluarga lelaki itu yang menyisihkannya.

Peristiwa itu cukup memberi kesan dalam hidup saya. Ada orang berkata, cerita-cerita sebegini tidak elok didedahkan kerana memberi aib pada orang yang terlibat. Saya tak beranggapan begitu. Bagi saya, ia bukan bertujuan untuk mengaibkan seseorang tetapi untuk dijadikan peringatan kepada masyarakat. Malah saya selalu berdoa supaya Allah selalu memberikan contoh-contoh seperti ini kepada kita semua agar kita semua menjadi umat yang taat kepada-Nya.

Kita semua akan mati, sudah cukupkah bekalan kita untuk bertemu Allah?
sumber - tranungkite.net

Friday, June 28, 2013

Laporan Show dan Expo di Satun

Perkembangan terkini bkait Show GH dn EXpo GISB di Satun oleh Ibu Azwa AR dn team GH; Alhmdulillah dgn kemuliaan dan karamah RSA jg Wasilah,kami selmt berada di Satun .Ptg tadi RSA terus gerakkn kami bkerja mncari tmpt maka Alhmdulillah dpt tempt yg cukup strategi di perkarangan parking Pasaraya besar yg baru di buka Makro Satun.Org mmg ramai berpusu2 tk kira waktu disitu utk membeli belah,kawasannya lapang dan besar.S Cumat terus berjumpa dgn Manager Makro,tarikh 28,29 dan 30 hb jun ini kosong maka kita boleh buat ditarikh trsbt sesuai hari jumaat sabtu dan ahad.Asal sewa tapak sbnyk 2k 1 hari dpt kurg utk harga promosi satu hari 800 rm shj.mlm ini surat2 jemputan,spondor dll disiapkn,insya allh esok dh mula boleh operasi jemputan dll.Kwan S Cumat ketua tentera Satun yg isterinya kerabat di Raja Kelantan akn rasmikn pd mlm akhir 30 hb.Isnin ini S Cumad akn ke pejbt Gabnor Satun utk jemputan perasmi di hari pertama dan akn mohn bantuan peralatan dan sokongan utk mmbawa brg dri Malaysia.Moga restu dan keberkatan RSA dan Wasilah sntiasa teralir utk kami khususnya asigment mndptkn hati hamba.-Sumber dari KMS Group-

Berita ke 2,- Sebelum progm mmg hujan lebat tp dgn berkat rsaw bila sampai waktu hari prgm nya takda sikit hujan
2.GM tesco pada awalnya risau sbb pada pukul 4 petang kelihatan tak ramai pengunjung yang datang ke prgm eskpo. Tapi selepas pukul 5 ptg makin ramai org yang datang sehinggalah ke malam. Apabila terdengar nasyid pertama dalam sesi latihan pada petang itu, pengunjung tesco keluar utk melihat. Orang semakin ramai datang ke tapak ekspo menjelang malam. Mereka yang datang menonton konsert tidak berganjak dari tempat duduk mereka sehinggalah selesai show.
3.Prgm perasmian oleh wakil gebenor….Ekrat Leesen (Ahmad) jawatan (DO negeri satun)….dia sangat seronok bila tahu ramai yg datang dari Malaysia Indonesia Singapura dan Australia semasa dia melawat tiap2 gerai.
4.Wakil Gabenor menyatakan rasa pelik bagaimana sebuah syarikat swasta atas nama yayasan oleh mengumpulkan penyertaan dari beberapa negara ke program sedangkan pihak kerajaan Satun, yang ada orang, ada wang, dan kekuatan2 lain tapi sekadar boleh tarik orang dari Kedah, Perlis dan Langkawi sahaja.
5.Program perasmian bermula pada pukul 8:00 mlm. Di antara VIP yang turut hadir ialah GM sebuah bank di Satun, bekas wakil rakyat songkha bernama Wan Abdullah Lahtima.
6.Wakil Gabenor memohon maaf kerana Gabenor sendiri boleh hadir kerana ada pertemuan penting dengan PM Thai
7.Wakil gabenor sangat jatuh hati bila tengok show. Dia seronok sbb ada org mengajar Al-Quran melalui teater yang mudah difaham dan sangat dapat rasa, sehingga beliau lupa pukul 10 mlm dia ada hal penting nak buat yg diamanahkan oleh Gabenor

Wednesday, June 26, 2013

Surat Dari Tahanan Syria

Surat ini telah berjaya dibawa seludup keluar dari Baad Assad Syria. Ia menceritakan tentang rintihan wanita Islam yang dikurung di dalam penjara Syria.


Dengan nama Allah yang pengasih lagi penyayang. Kami telah menulis berpucuk-pucuk surat dengan air mata dan rintihan hati tetapi malangnya tidak satu pun sampai kepada umat Islam di luar pintu besi ini. Kami tidak dibenarkan menulis atau membaca. Kertas dan pen diharamkan. Penderitaan kami tidak dapat menembusi dinding-dinding hitam yang mengurung kami. Tetapi kami yakin bahawa Insya Allah surat ini akan sampai kepada umat Islam seluruh dunia.

Dalam surat ini kami menceritakan tentang penderitaan dan kezaliman yang dikenakan oleh binatang-binatang pemabuk yang digunakan oleh kerajaan Syria ke atas kami dalam penjara jahannam ini. Kalaulah setakat pukulan dan kejutan elektrik kami dapat bersabar menahannya, tetapi penderitaan kami di sini lebih daripada itu.

Dapatkah kami terus bersabar menahan hati apabila terdapat antara kami dirogol tanpa belas kasihan sehingga menghembuskan nafas terakhir. Kami berharap kami tidak diperanakkan di bumi ini. Dari hati kami yang terseksa kami memohon agar semua umat Islam berusaha untuk menyelamatkan nyawa dan maruah kami. Kalau dahulu, apabila seorang Muslimat meminta pertolongan daripada khalifah al-Mu'tasim kerana dizalimi, seluruh bala tentera Islam dikerahkan untuk menyelamatkan tetapi di dalam penjara ini, beribu-ribu Muslimat diseksa, dibunuh dan dibunuh oleh binatang yang tidak berperikemanusiaan.

Ramai antara kami yang mengandung akibat perbuatan mereka. Kami tidak meminta kami tidak dibebaskan. Kami hanya berharap agar penjara ini diletupkan dengan kami sekali di dalamnya.
Wahai umat Islam seluruh dunia, cukuplah tidurmu, takutlah di waktu kamu semua akan disoal di hadapan Allah di akhirat nanti tentang apakah yang kamu lakukan apabila mengetahui kezaliman dan jenayah yang dilakukan atas kami. Apakah-apakah kesalahan Muslimat ini sehingga mereka dirogol dengan ganas dan ditelanjangi. Mereka dipukul dan dikenakan kejutan elektrik.

Apakah-apakah kesalahan Muslimat ini sehingga terdapat Muslimat muda yang terpaksa dihantar ke hospital dalam separuh mati akibat dirogol tanpa belas kasihan oleh 26 orang tukang seksa? Apakah kesalahan mereka? Suami mereka dibunuh di hadapan mata mereka sendiri.

Wahai umat Islam seluruh dunia, sebenarnya kamu nyenyak tidur. Apakah jawapan kamu semua wahai umat Islam seluruh dunia? Apakah kami akan terus berharap supaya kamu akan dapat menyelamatkan kami dari neraka yang tidak bersempadan ini? Apakah cahaya murni akan menyinari kami untuk menerangi hati kami yang terseksa ini.

BANGUNLAH WAHAI UMAT ISLAM SELURUH DUNIA !!

daripada, 
Muslimat yang menjadi mangsa thogut nasionalis Syria. 

- Diharap kita semua tersentak, sedar dan insaf apabila membaca artikel ini. Sekiranya tidak terasa apa-apa muhasabahlah diri.

- Bacalah dengan mata hati untuk melihat kebenaran. Tidak ada bezanya Malaysia dan Syria. Di mana-mana pun, Muslimat akan berhadapan dengan persekitaran yang menakutkan selagi umat Islam terus lalai begini.

Bangunlah ! Bangkitlah!

P/s :Tuhan datangkanlah pembela dan penyelamat 
bagi kami semua.."Akhirnya kami mengharap 
tolonglah menangkan Islam di syria dan Selamatkanlah hamba-hambaMU yang sedang menderita

Tuesday, June 4, 2013

Islam Dijangka tawan Britain Dalam Tempoh 20 Tahun Lagi

SERIUS! - Islam Dijangka tawan Britain Dalam Tempoh 20 Tahun Lagi
- Ini adalah satu perkembangan yang menarik di Britain. Umum mengetahui Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain.

MASJID (gambar kiri) di Jalan Brune, Spitalfields melimpah ketika solat Jumaat diadakan manakala hanya 20 orang hadir ke upacara keagamaan di Gereja St Mary.

London: Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain. Bancian pada 2011 juga menunjukkan 33.2 juta penduduk di England dan Wales menganggap diri mereka penganut Kristian.

Di sebalik hakikat itu, realitinya adalah berbeza jika melihat kepada sambutan orang ramai kepada rumah ibadat di negara berkenaan. Pada setiap pagi minggu, sambutan orang ramai di Gereja St George-In-The-East di Jalan Cannon Street dan Gereja St Mary’s di Jalan Cable amat hambar.

Hanya beberapa ratus meter dari situ, ada sebuah masjid di kawasan kediaman Jalan Brune, Spitalfields, yang melimpah dengan pengunjung ketika solat Jumaat dijalankan. Jika dibuat perbandingan jumlah pengunjung, ia tentu menampakkan perbezaan yang lebih dramatik.

Di Gereja St George, kurang daripada 15 pengunjung hadir untuk meraikan sambutan Holy Communion. Ketika gereja itu dibina pada awal abad ke-18, ia direka untuk memuatkan sehingga 1,230 orang. Jumlah yang sama disediakan di Gereja St Mary yang mula dibuka sejak Oktober 1849. Ketika jurugambar mengunjungi gereja itu, ia hanya dihadiri kira-kira 20 orang.

Keadaan berbeza sama sekali di masjid di Jalan Brune yang menghadapi ‘masalah’ sendiri akibat dikunjungi orang ramai.

Masjid itu sendiri asalnya adalah ruang kecil yang disewa untuk dijadikan pusat komuniti dan sesuai diisi kira-kira 100 orang. mun setiap Jumaat, jumlah pengunjungnya meningkat tiga atau empat kali ganda, menyebabkan mereka terpaksa mendirikan solat di jalan raya.

Berdasarkan perkembangan itu, pemerhati berkata, Kristian bakal menjadi ‘agama silam’ dan orang ramai lebih tertarik kepada Islam. Dalam tempoh 10 tahun lalu, berlaku penurunan jumlah penduduk England dan Wales yang mengaku menganut Kristian, daripada 71.7 peratus kepada 59.3 peratus daripada keseluruhan populasi.

Bagi tempoh sama, jumlah penganut Islam di situ juga meningkat daripada tiga peratus daripada populasi keseluruhan menjadi 4.8 peratus atau 2.7 juta orang. Jika pecahan dibuat mengikut kumpulan usia, separuh daripada penganut Islam di situ berusia kurang 25 tahun, manakala hampir suku penganut Kristian menghampiri usia 80 tahun.

Dianggarkan dalam tempoh 20 tahun, lebih ramai penganut Islam berbanding Kristian. Satu keadaan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa kira-kira 50 tahun lalu. - Daily Mail

P/s : Benarlah kata Abuya.Barat di ambang maut.Wakil kita sudah berada di sana.Tunggu masa utk nyalakan bara2 api yg sudah lama terpadam

Monday, June 3, 2013

Warkah Kemenangan

WARKAH KEMENANGAN

Wahai anakanda, anak2 pejuanganku
Sepertilah dirimu, ibumu ini juga lemah sebenarnya
lemah untuk memahami Tuhan yang Agung
Nabi yang sempurna, juga Abuya dan Saidi yang sangat benar

*Lalu kita pun jatuh terjelapak dikaki kebenaran
Lantas bertanya, oh kenapa jadi begini ?

Anak2ku semua,
Kemenangan utk Nabi Nuh ialah
Melepasi banjir besar
Kemenangan utk Nabi Yunus
Melepasi perut ikan paus
Oh... Ajaibnya

Anak2ku lihatlah,
Kemenangan utk Nabi Musa ialah
Melepasi lautan
Kemenangan utk Nabi Ibrahim
Melepasi gunungan api
Oh.... Ajaibnya

Dan kemenangan utk kita
Bersama Nabi Muhammad
Ialah melepasi medan2 perang

Ulang *

Saksikanlah anakku,
Keajaiban menyangkal kata akalmu
Kita bukannya kalah, kerna islam terus menang

Kalau begitulah maksud ujian ini
Tunggu apa lagi ?
Mari kita bersatu kembali
Dan belajarlah bahawa kita terlalu
Perlukan seorg Nabi iaitu Nabi Muhammad
Yg sanggup menghadiahkan Abuya dan Saidi kpd kita

Marilah oh anakku
Kpd kebenaran yg dahsyat ini
Kita akan terus menjulang Allah dan Rasul
Utk dihadiahkan kpd seluruh dunia
Bersama2 Abuya dan Saidi

File name: WARKAH KEMENANGAN FM 8 (master).mp3
Download link: http://www.mediafire.com/listen/qk2eh4jdaqbbarg/WARKAH_KEMENANGAN_FM_8_(master).mp3

Monday, May 27, 2013

6 perkara Allah sembunyikan

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah... Allah always with us.

Monday, May 13, 2013

Bonda Wasilah Umu Jah di Malaysia 13 Mei 2013



1. Sebelum ke Malaysia 





2. KLIA 






3. Depan pejabat JAIS 






4. Ybm Bonda Wasilah AR di Perkarangan JAIS



4. Ybm Bonda Wasilah AR sedang menjamu selera di Jais


Gambar- gambar yg dikirim oleh kengkawan Pak Itam . Sama2 kita doakan, Islam terus menang 


dgn berkat restu dari bunda wasilah ar hari ini tgl 13 may 2013 ibu gina ar dan sy dr rahman ar akan mengisi wawancara ttg klub taat suami dan klub poligami ikhwan pk 10.00 waktu indonesia barat di tv one


Ibu Gina Ar : Mencuatnya kembali topik poligami di Indonesia, ternyata
mengingatkan masyarakat pd Abuya. Jurnalis TV One kata,mau undang
kelompok yang jadi panutan poligami. Mereka tahunya kalau wanita
katanya KTS(Klub Taat Suami), klu grup lelaki katanya KPI (Klub
Poligami Ikhwan). Dia terkejut juga billa dibagi tahu semua adalah
Global Ikhwan,punya Abuya. Jadi atas restu Bunda Wasilah ar esok 13
Mei 2013(tarikh ghaib A), SDRAR dari KPI dan ana dr KTS akan mnjadi
nara sumber di Coffe Break TV One jam 10.00-11.30 dgn Us Ahmad Al
Habsyi. Mohon doa dan HP dr semua Mzb.                              Ya
Allah ampunkan,diri ana dan kel yg masih jauh dr model ini jgn jadi
hijab mg Allah,Rasul,IMahdi,PBT smakin dikenali masyarakat dan jadikan
majlis esok seperti yg RSA dan Allah kehendaki.
Kita blh tgk live streamingnya di : www.mivo.tv, klik TV ONe


Boleh ke laman web rasmi Global Ikhwan Sdn Bhd untuk menonton Dokumentari Ratu Tanpa Mahkota bersempena dengan hari ini hari keramat 13 Mei dan Hari Kepulangan YBM Wasilah Bonda Ummu Jah & Hari Keghaiban Abuya.Klik sini http://globalikhwan.org/v1/video




Sunday, April 21, 2013

Pengalaman di tahan di depoh tahanan Israel







Tiba2 tempat kami diserang oleh askar2 Yahudi (ISRAEL) yg tak tau dri
mane..Keadaan jadi haru biru..Kami lari selamatkan diri dan
bersembunyi di satu tempat di basement bawah tanah .Menanti penuh
debaran,masing2 sudah mengagak mmg kami akan ditangkap walau menyorok
di ceruk mane sekalipun.

Tiba2 pintu basement dibuka.Kelihatan askar2 yahudi tadi meninjau2 dlm keadaan suasane yg gelap..Askar2 yahudi itu akhirnya nampak kami dlm suasana yg gelap itu..Kami ditangkap dan di eskot oleh askar2 yahudi itu ke markaz mereka.

Sampai di kem askar2 yahudi itu.kelihatan ramai yg ditangkap.Keadaan cukup menyedihkan,kami melihat begitu ramai yg diseksa hingga luke2 berdarah,disebat.ditumbuk,dibelasah oleh askar2 yahudi.Kami tak dpt bayangkan seksaan kami nanti oleh askar2 yahudi tu.Pasti lebih teruk dari itu kerana kami dianggap musuh ketatnya.


Tentera Israel




Kami dibawa ke sebuah dataran.Di situ,kami melihat sudah ramai berkumpul.Bendera2 zionist meriah terpacak di sekitar dataran.Kelihatan di atas pentas sana berdiri pendeta2 yahudi dengan
berpakaian rasmi mereka berjubah hitam dan memakai topi petak hitam.
Yang pelik,kebanyakan yang berkumpul di dataran itu remaja2 dan org2 Malaysia.Mereka dilakukan seperti pesalah2..Di sekeliling dataran penuh dengan orang2 yahudi berkopiah kecil hadir menyaksikan perhimpunan ini.Beberapa org yahudi yg  berjubah putih dan berkopiah
kecil mengejek2 kami semua sambil bersorak gembira.Seolah2 mereka sudah perolehi kemenangan.
 Seorang ahli yahudi yang agak lembut dengan gaya yg mengada ngada mendekati kami dan bercakap dengan nada yg sombong.Kami difahamkan,kami  semua sudah menjadi tawanan mereka.Kami akan diperlakukan apa sahaja mengikut kemahuan mereka.Dan segalasistem hidup kami akan diubah mengikut sistem mereka.Pendeta2 di atas pentas itu terus berucap dlm bhse mereka.









 



Sesungguhnya yahudi tak akan redho
kepada kamu sehingga kamu
mengikut agama mereka




Seterusnya,kami dibawa masok ke satu tempat tahanan yang mana di situ telah ada tahanan2 yg sudah menginap..Kawasannya begitu tak selesa.Mereka tidur bergelimpangan.Ada tidur di atas katil,ada yg tidur di bawah lantai yg berlumut..الْØ­َÙ…ْدُ للّÙ‡ِ kami dpt tmpat yg agak selesa.Ade katil..Kami terus rehatkan diri dlm keadaan yg lapar.


bilik tahanan
Lebih menyedihkan aku turut bersama membawa budak kecil anak abang aku.Mak ayahnya tidak bersama.Usia dlm lingkungan 2 thun..Jadi akulah yang menguruskannya sepanjang berada disitu..Kesian masih budak kecil apatah lgi dlm tempat yg mcm ni..Sedamg aku tgh sedih memikirkan nasibnya, tiba2 dia melepaskan hajat (berak)...Aduh..tersentak lamunanku..Segeralah aku berperanan menjadi maid pulak..Tapi.,mcm mane nak cari air kawasan mcm ni..Tandas xde air..Kene kluar..Tibe2,ada seorang kakak dri kumpulan kami nak volunteer jage beliau ni.Dia kate.takpe esok akak basuhkan n sapu mnyak panas kt perut dy.Perut dia pon msok angin.Skrg ni kite rehat dulu.الْØ­َÙ…ْدُ
للّÙ‡ِ ade org nak tlog,tapi aku kene bljr jgak jage budak kecik.Duduk dlm ni bru ade mase nak bljr sume bende.

Bilik Tahanan



Aku cube keluar utk tinjau2 suasane luar yg berpagar ni.Kelihatan askar2 yahudi sedang berkawat di sana sini.Suasana seperti bukan di Malaysia..ooh rupenye kami dibawa hingga ke ISRAEL..

Aku kembali ke tempat kawan2 tadi..Rase sgt letih n nak tidor sbb seharian kene kejar ngan askar2 yahudi.Seblom tidor,aku pandang semua kawan2 termasuk anak2 yg masih kecil termasuk anak buah aku.. Sayu.,umur begini lagi dah msok penjare.Penjare yahudi plak tu.Mmg pengorbanan ikut same berjuang smpai ke Palestin ni..Menunggu hari esok.apakah akan terjadi seterusnya..Terus lelapkan mata..







Tiba2 aku terjaga..ohhhhhhhhhhh....................Rupe2nye mimpi je
tadi..hahaha





Wednesday, April 17, 2013

Rintihan Bonda Ummu Jah


Bonda Ummu Jah AR


Sedutan skrip teater Di Ambg Futuh ke2.

Anakanda, anak2 perjuanganku,
Seperti lah dirimu, ibumu ini juga lemah sbenarnya.
Lemah utk memahami Tuhan yg Agung, 
Nabi yg sempurna & Abuya Saidi yg sgt benar!
Lalu kita pun jatuh terjelapak d kaki kebenaran lantas bertanya kenapa jadi begini!

Anak2ku smua,
Kemenangn utk Nabi Noh ialah melepasi banjir besar. 
Kemenangan utk Nabi Yunus ialah melepasi perut ikan paus.
Kemenangan utk Nabi Musa ialah melepasi laut! Kemenangan utk Nabi Ibrahim ialah melepasi gunung api. 

Dan kemenangan utk kita bersama Nabi Muhd ialah melepasi medan2 perang!

Saksikanlah anak2ku, keajaiban telah menyangkal kata2 akal2mu! 
Kita bukan kalah pun! Kerna islam terus menang!
Kalau begitulah rupanya maksud kejadian tangkapan

Tunggu apa lagi?
Mari kita bersatu semula & belajarlah bahawa kita terlalu perlukan seorang nabi iaitu Nabi Muhd yg sanggup menghadiahkan Abuya & Saidi pd kita.
Mari anak2ku kpd kebenaran yg dahsyat ini dan kita terus menjulang Allah & Rasul utk di hadiahkn kpd dunia bersama Abuya & Saidi.










Bersama A n Buj at Phuket



Pujian Hak Allah



Segala yang ada pada kita,kepunyaan Allah .Bahkan sekalipun suara,anugerah Allah.Kita tidak berhak bangga.Kembalikan pujian itu pada Allah kerana itu semua Dia punya.

Orang mukmin kalau dia dihina orang, dia tetap dapat menahan kemarahannya kerana dia merasa memang dia adalah hamba yang hina dan tidak ada harga, patutlah dihina.
~Minda Abuya Ashaari Muhammad~

Tuesday, April 16, 2013

Hilang Kepercayaan



Moral : Dunie hari ni sudah tak aman,kawan2 sendiri boleh jadi musuh,bahkan adik beradik sendiri susah utk dipercayai..Jangan hilangkan kepercayaan org pd kite..:)


Berjalan sama tidak mesti kawan, 
berjauhan jarak tidak mesti lawan,
sekamppung tidak mesti sejalan.

                                                   ~Minda Abuya Ashaari Muhammad~

Tak Nak Marah



Moral : Sabar bukan hanya di lisan

Di antara perkara yang mudah dicerita,tapi susah diamalkan ialah sifat SABAR 
~Minda Abuya Ashaari Muhammad~

Saturday, April 13, 2013

Pakej lawatan dn ziarah ke Kunming


ASSALAMUALAIKUM.....PADE SAPE2 YG NAK MELANCONG BERSAMA TRAVEL AGEN GISB KE YUNNAN,KUNMING,CHINA,BOLEH DPTKAN MAKLMUAT KT SNI 

Pakej lawatan dn ziarah ke Kunming 
( cdgn tarikh 29mei hgga 5jun, 8hr 7mlm) 
Terbuka kpd seluruh ahli Gisb dn para  simpati! 

Kos seorg dr RM2,300 - RM2,700/seorg (trmasuk tiket prgi/balik Airasia,, pgngkutan
spnjg di Yunnan, mkn tgh dn mlm, visa lawatan, kos bagasi dn pginapn.

Pndftran utk sertai sblm 30 April dan RM1,000 sbagai pndahuluan. Sila
bbm atau forward kpd kenalan dn saudara mara , utk info lanjut hubungi
Sy Azhar Chen ditalian +6032238924 / 0182073206 / +8613211754977
(kunming) atau BB pin : 29737694








Pejabat GISB Kunming