Nabi itulah, dia yang terlalu menyayangi, Dan menginginkan keselamatan untuk ku,Dan membimbangkan kecelakaan menimpaku, Sanggup menangis 1000 tahun untuk nasib baiknya diriku.-------Untuk Tempahan Membuat Blog,Hubungi 011-2881 1726 atau Pin BB:7F2ED589

Friday, July 29, 2011

Abuya Ashaari Muhammad di Umur Satu Hari

 

Diceritakan oleh Zaleha Mohamad, adik seayah Abu-ya Ashaari Muhammad bahawa pada 30 Oktober 1937, hari lahirnya Abuya Ashaari Muhammad, ayahnya Muhammad bermimpi.

Mimpinya itu terjadi di waktu dia tertidur di kerusi pejabat kastam di Lubok Cina ketika bertugas shift malam. Kerana dirasakan bermaknanya mimpi itu, ketika keluar dari pejabat kastamnya pada pukul satu pagi dengan basikalnya,

Sejarah Kehidupan dan Keturunan

 

Umur Lima Tahun
Abuya Ashaari Muhammad hidup dalam persekitaran dunia yang sangat susah. Sedangkan kehidupan keluarganya tidaklah susah sangat. Zaman itu zaman perang, iaitu sekitar tahun 1942 hingga 1945. Tanah Melayu waktu itu dijajah oleh Jepun. Waktu Jepun perintah, keadaan lebih susah. Tahun 1945, British perangi Jepun dan dapat menjajah semula Tanah Melayu. Waktu Jepun memerintah, bapa Abuya Ashaari Muhammad dilantik menjadi kerani beras di Lubok Cina. Bila British datang, dilantik jadi pegawai kastam semula. Mereka berperang di bumi ini merebut kuasa, sedangkan anak peribumi menjadi mangsanya.

Persekolahan Sekitar Tahun 1945 hingga 1952


 

Abuya Ashaari Muhammad mula bersekolah kebangsaan (sekolah rendah) lewat sedikit dari umur sepatutnya dikeranakan zaman Jepun, iaitu ketika berumur sepuluh tahun (1947), dua tahun selepas Jepun balik. Sebenarnya sekolah sudah ada sebelum itu. Tapi Lebai Ibrahim pula tidak mahu hantar Abuya bersekolah. Menunggu sekolah Arab agaknya.
Kelas mengaji Quran Abuya bermula pada tahun 1945 tanpa menunggu Lebai Ibrahim. Atas keghairahannya mencari ilmu, terus sahaja beliau pergi sendiri mengaji ke

Maahad Hishamuddin Kelang (Tahun 1954 hingga 1957)

 

Umur tujuh belas tahun, Abuya memasuki Sekolah Rendah (Ibtidaie) Maahad Hishamuddin bertempat di Klang, Selangor. Sepatutnya tiga tahun, tetapi Abuya lompat kelas. Jadi selepas sekolah rendah dua tahun, Abuya terus naik dua sanawi, lompat kelas lagi. Pengajiannya tamat di tahun 1957 waktu tiga sanawi. Iaitu sesudah 4 tahun di Maahad, pada umur 20 tahun.

Perjuangan Bermula

 

Perjuangan Bermula
Abuya dilahirkan Tuhan ke dunia adalah untuk jadi pejuang. Jiwanya, fikirannya dan seluruh fizikalnya memang dipersiapkan untuk berjuang. Perjuangan Islam adalah minatnya, kesukaannya, darah dagingnya, jiwa raganya, akal fikirannya dan hidup matinya. Pendeknya dia sanggup buat apa sahaja untuk menyampaikan cita-cita perjuangannya.

Darul Arqam Sebenarnya - Surat Terbuka Untuk Majlis Fatwa Kebangsaan

 

Assalamu‘alaikum wbkth.

Kepada tuan-tuan yang dimuliakan dan didoakan,

ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.
Kami pohon ampun maaf terlebih dahulu sekiranya surat ini mempunyai kesilapan-kesilapan yang tidak disengajakan. Dengan bersaksikan Allah dan Rasul, kami minta diberikan peluang untuk menyatakan pandangan dan rasa hati yang terpendam selama ini berkait dengan isu ‘Arqam vs Majlis Fatwa Kebangsaan’. Kami kerdil, tetapi mempunyai tanggungjawab untuk menjawab di hadapan Allah nanti perihal persoalan antara kita. Kami takut azab Allah yang bakal menimpa sekiranya kami tidak berterus terang perkara sebenar yang ada dalam hati kami.

Abuya Sebagai Pemimpin, Guru, Kawan, dan Ibu Ayah Manusia

 

Pemimpin yang sebenar, yang dididik sendiri oleh Tuhan, mestilah juga seorang guru. Pemimpin dalam Islam adalah penyelamat, maka tentulah dia juga mampu mengajar dan mendidik umat. Ulama yang takutkan Allah itu nescaya mampu jadi penyelamat kepada kaumnya mengikut bidang kemampuan yang Allah kehendaki. Ini kerana ulama itu ada dua kategori iaitu:

Rumah Tangga Abuya

 

Abuya adalah seorang pemimpin Islam yang terkenal namun di kalangan seluruh pemimpin itu, Abuya memang lain dari yang lain. Beliau pernah berkahwin dengan 5 orang wanita atau isteri. Tapi sejak berumur 47 tahun beliau mempunyai 4 orang isteri serentak. Tapi sejak umur 66, yang tinggal hanya 3 orang isteri.

Ujian Di dalam Perjuangan

 

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Bala yang paling berat akan ditimpa pada nabi-nabi, kemudian orang yang paling mulia (selepas nabi), kemudian yang paling mulia selepas itu. Seseorang itu diuji mengikut pegangan agamanya. Jika kuat agamanya beratlah ujiannya. Jika lemah agamanya, maka diuji mengikut agamanya.” (Riwayat At Tirmizi)

Sepanjang hidup Abuya yang penuh dengan kejadian paling ajaib itu, terjadi pula keperitan-keperitan yang dahsyatdahsyat belaka. Allah SWT bila cintakan seseorang hamba maka ditimpakanlah kepada si hamba dengan sebesar-besar ujian dan peperiksaan yang pasti tidak tertanggung oleh hamba-hamba biasa.

Era Keluar Negara

 

Biasanya orang kampung, bukan saja tidak ke luar negara, hendak keluar dari kampungnya pergi ke bandar pun susah. Ada ramai orang Malaysia yang tidak pernah ke Kuala Lumpur. Begitu juga yang banyak buat pasport antarabangsa di pejabat imigresen itu bukan orang Melayu Islam. Sebab kosnya mahal. Orang-orang middle class yang merupakan majoriti rakyat Malaysia, paling baik hanya dapat pergi Mekah.

Kenapa Taksub?

 

Ada kebimbangan di kalangan manusia mengenai sikap taksub pengikut Abuya kepada beliau. Konon boleh membawa kesan negatif. Sebab itu elok rasanya dihuraikan mengapa Abuya mencetuskan satu suasana antara dia dan pengikutnya yang mengakibatkan ada orang anggap itu adalah bahaya.
Apakah Abuya tidak tahu perihal bahaya taksub?

Sepuluh Tahun ISA

 

Julai, tahun 1994, Abuya bercakap pada Datuk Norian Mai, Timbalan Ketua Polis Negara (ketika itu), “Kalau buat juga kerja menghancurkan badan Islam ini (Arqam) kami tak lawan, tapi Mahathir (PM) dan Anwar (TPM) akan jatuh.”

“Baiklah,” kata Norian Mai, “Kerajaan sudah buat keputusan, kami akan guna ISA kepada kamu dan kalau kamu tak lawan, senanglah kerja kami.”

Abuya Pejuang Kasih Sayang

 

Dunia sudah kosong dari kasih sayang. Kasih sayang sudah hilang. Kehidupan berlangsung dalam keadaan tanpa kasih sayang. Orang sudah tidak mahu memperkatakan, tidak lagi memikirkannya dan membiarkan saja ia pergi tanpa apa-apa usaha untuk mempertahankannya. Sedangkan kasih sayang itu sebenarnya umpama ‘oksigen’ dalam kehidupan. Tanpa oksigen apa akan jadi pada kita?

Imam Mahdi

 

Kalau kita mengkaji secara mendalam Hadis-Hadis Nabi tentang Imam Mahdi, ditambah dengan kefahaman yang Allah beri secara ilham, nescaya kita akan membuat kesimpulan seperti yang akan dinyatakan di bawah ini.
Kata Abuya, beliau membuat kajian perihal janji Allah untuk akhir zaman, khusus tentang Imam Mahdi sudah 50 tahun lebih. Oleh kerana Hadis-Hadis itu banyak yang bersifat ‘kod-kod rahsia’ yang Allah dan Rasul sendiri sifatkan, maka untuk memahaminya mestilah seseorang yang diberi faham sendiri oleh Allah dan Rasul secara ilham. Kata Abuya, oleh kerana pelaksana kepada kebangkitan Islam itu ialah Imam Mahdi sendiri dan Putera Bani Tamim, maka kepada merekalah diberi ilham untuk menambah faham erti keseluruhan pakej Hadis akhir zaman itu. Selain mereka, sekalipun para ulama, sekalipun Yahudi, mereka tidak pasti bentuk atau format sebenarnya tentang bagaimana berlakunya kebangkitan itu. Ini kerana maksud asal Hadis-Hadis itu terlalu umum dan kabur.

Wednesday, July 27, 2011

Ini Cerita Anak & Ibu T_T

Pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW, seorang pemuda bernama Alqamah tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah kerana ibunya, perlu menjadi bahan renungan setia anak pada zaman moden ini.

Suatu ketika dia sakit keras, maka istrinya mengirim utusan kepada Rasulullah untuk memberitahukan kepada beliau akan keadaan Alqamah. Maka, Rasulullahpun mengutus Ammar bin Yasir, Shuhaib ar-Rumi dan Bilal bin Rabah untuk melihat keadaannnya. Beliau bersabda, “Pergilah ke rumah Alqamah dan talqin-lah untuk mengucapkan La Ilaha Illallah ”Akhirnya mereka berangkat kerumahnya, ternyata saat itu Alqamah sudah dalam keadaan nazak. maka segeralah mereka mentalqin-nya, namun ternyata  Alqamah tidak boleh mengucapkan La ilaha illallah.

Lalu mereka laporkan kejadian ini pada Rasulullah.

Maka Rasulullah pun bertanya, “Apakah dia masih mempunyai kedua orang tua?”

Ada yang menjawab, “Ada wahai Rasulullah, dia masih mempunyai seorang ibu yang sudah sangat tua".
Maka Rasulullah mengirim utusan untuk menemuinya, dan beliau berkata kepada utusan tersebut, “Katakan kepada ibu Alqamah, ‘Jika dia masih mampu untuk berjalan menemui Rasulullah maka datanglah, namun kalau tidak, maka biarlah Rasulullah yang datang menemuimu.’”

Tatkala utusan itu telah sampai pada ibunya Alqamah dan pesan beliau itu disampaikan, maka dia berkata, “Sayalah yang lebih berhak untuk mendatangi Rasulullah.”

Maka, dia pun memakai tongkat dan berjalan mendatangi Rasulullah.
Sesampainya di rumah Rasulullah, dia mengucapkan salam dan Rasulullah pun menjawab salamnya.

Lalu Rasulullah bersabda kepadanya, “Wahai ibu Alqamah, jawablah pertanyaanku dengan jujur, sebab jika engkau berbohong, maka akan datang wahyu dari Allah yang akan memberitahukan kepadaku, bagaimana sebenarnya keadaan putramu Alqamah?”

Sang ibu menjawab, “Wahai Rasulullah, dia rajin mengerjakan shalat, banyak puasa dan senang bersedekah.”

Lalu Rasulullah bertanya lagi, “Lalu apa perasaanmu padanya?”

Dia menjawab, “Saya marah kepadanya Wahai Rasulullah.”

Rasulullah bertanya lagi, “Kenapa?”

Dia menjawab, “Wahai Rasulullah, dia lebih mengutamakan istrinya dibandingkan saya dan diapun durhaka kepadaku.”Hatiku amat tersinggung dengan sikapnya yang melebihkan istrinya.

Maka, Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya kemarahan sang ibu telah menghalangi lisan Alqamah, sehingga tidak boleh mengucapkan syahadat.”

Kemudian beliau bersabda, “Wahai Bilal, pergilah dan kumpulkan kayu bakar yang banyak.”

Si ibu berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang akan engkau perbuat?”

Beliau menjawab, “Saya akan membakarnya dihadapanmu.”

Dia menjawab, “Wahai Rasulullah , saya tidak tahan kalau engkau membakar anakku dihadapanku.”

Maka, Rasulullah menjawab, “Wahai Ibu Alqamah, sesungguhnya azab Allah lebih pedih dan lebih dahsyat, kalau engkau ingin agar Allah mengampuninya, maka relakanlah anakmu Alqamah, demi Zat yang jiwaku berada di Tangan-Nya, shalat, puasa dan sedekahnya tidak akan memberinya manfaat sedikitpun selagi engkau masih marah kepadanya,”

Maka dia berkata, “Wahai Rasulullah, Allah sebagai saksi, juga para malaikat dan semua kaum muslimin yang hadir saat ini, bahwa saya telah redha pada anakku Alqamah”.

Rasulullah pun berkata kepada Bilal, “Wahai Bilal, pergilah kepadanya dan lihatlah apakah Alqamah sudah bisa mengucapkan syahadat ataukah belum, barangkali ibu Alqamah mengucapkan sesuatu yang bukan berasal dari dalam hatinya, barangkali dia hanya malu kepadaku.”

Maka, Bilal pun berangkat, ternyata dia mendengar Alqamah dari dalam rumah mengucapkan La Ilaha Illallah. Maka, Bilal pun masuk dan berkata, “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kemarahan ibu Alqamah telah menghalangi lisannya sehingga tidak boleh mengucapkan syahadat, dan rehanya telah menjadikanya mampu mengucapkan syahadat.”

Kemudian, Alqamah pun meninggal dunia saat itu juga.

Maka, Rasulullah melihatnya dan memerintahkan untuk dimandikan lalu dikafankan, kemudian baginda mensolatkannnya dan menguburkannya,

Lalu, di perkuburan itu baginda bersabda, “Wahai sekalian kaum Muhajirin dan Anshar, barangsiapa yang melebihkan istrinya daripada ibunya, dia akan mendapatkan laknat dari Allah, para malaikat dan sekalian manusia. Allah tidak akan menerima amalannya sedikitpun kecuali kalau dia mau bertobat dan berbuat baik pada ibunya serta meminta redhanya, karena redha Allah tergantung pada redhanya dan kemarahan Allah tergantung pada kemarahannya.”