Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Bala yang paling berat akan ditimpa pada nabi-nabi, kemudian orang yang paling mulia (selepas nabi), kemudian yang paling mulia selepas itu. Seseorang itu diuji mengikut pegangan agamanya. Jika kuat agamanya beratlah ujiannya. Jika lemah agamanya, maka diuji mengikut agamanya.” (Riwayat At Tirmizi)
Sepanjang hidup Abuya yang penuh dengan kejadian paling ajaib itu, terjadi pula keperitan-keperitan yang dahsyatdahsyat belaka. Allah SWT bila cintakan seseorang hamba maka ditimpakanlah kepada si hamba dengan sebesar-besar ujian dan peperiksaan yang pasti tidak tertanggung oleh hamba-hamba biasa.
Bila Allah cintakan Nabi Ibrahim, Allah benarkan dia dibakar. Bila sayangkan Nabi Yunus, dibenarkan ikan menelannya. Bila cintakan Nabi Musa, disuruh terjun ke laut. Nanti bila berlaku ujian yang dahsyat itu, maka Allah perlihatkan kuasa-kuasa-Nya yang Maha Agung terhadap kekasih-kekasih-Nya itu. Dibela-Nya mereka semua dengan memberi kejayaan yang sangat besar.
Peperiksaan-peperiksaan yang dihadapkan kepada Abuya oleh Allah SWT, yang dikira cukup getir dan mengerikan sekali adalah seperti berikut:
1 Tujuh orang kanannya keluar dari jemaah,mengedarkan risalah ke seluruh dunia menyesatkan Abuya kerana isu tarekat dengan target dalam seminggu jemaah Abuya boleh hancur. Ianya berlaku pada tahun 1978.
2 Arwah Ustaz Mokhtar Yaakub, timbalan Abuya, keluar dari jemaah dengan berpuluh-puluh pengikutnya dan menggunakan akhbar-akhbar perdana untuk menyatakan Abuya sesat kerana isu Imam Mahdi.
3 Isteri pertama terpaksa diceraikan kerana terbukti berusaha untuk menghancurkan Abuya dan perjuangannya.
4 Terpisah dengan jemaah tujuh tahun kerana lari ke luar negara setelah mendapat ugutan sulit dari pihak berwajib. Yakni dari tahun 1987 hingga 1994.
5 Sepuluh tahun ditahan di bawah ISA dan jemaahnya dihancurkan sama sekali.
6 Ditimpa sakit teruk dari tahun 2005 hingga 2006.
Semua ujian-ujian itu meletakkan jemaah Abuya antara hidup dan mati. Namun Allah SWT menunjukkan kuasa-Nya yang mampu menghidupkan yang mati. Jemaah Abuya hidup sampai sekarang.
Saya bertanya kepada Abuya mengapa Abuya boleh tidur lena di waktu ujian-ujian besar itu melanda Abuya? Jawabnya, “Saya umpama orang yang pergi berbendang. Sedaya upaya saya usahakanlah bendang itu. Tapi bila saya letih, tidak mampu lagi maka saya serahkanlah urusan itu kepada Tuannya iaitu Allah SWT.”
Ketika terkurung di biliknya, tidak boleh keluar-keluar kerana sakit, saya tanya bagaimana Abuya menghadapi saatsaat ini. Kata Abuya, “Saya lupakan sakit dengan memikirkan tanggungjawab perjuangan yang jauh lebih besar dari masalah ini.” Ya, sungguh ajaib menyaksikan Abuya di waktu sakitnya dapat membuat kerja-kerja besar yang 10 orang sihat pun tidak mampu melakukannya.
Bila ditanya bagaimana kami boleh tolong Abuya meringankan sakit dan jemu. Abuya jawab, “Doakan dan datanglah untuk berbual-bual dengan saya. Itulah hiburan saya.” Peliknya, sakitnya dirawat dengan membincangkan hal-hal perjuangan. Sebenarnya Rasulullah dan Imam Mahdi selalu menziarahi Abuya waktu sakitnya dan memberi harapanharapan sihat serta kemenangan.
Setiap kali ujian getir terjadi, Abuya mendapat mimpi:
1 Ketika ujian difitnah dan ditentang oleh bekas pengikutnya, Akbar Anang, Abuya bermimpi berada di dalam sebuah masjid besar yang banyak tiang-tiangnya. Abuya sendirian sahaja. Tiba-tiba keluarlah dari tiang-tiang itu kuda-kuda hitam berlari mengepung Abuya. Dalam ketakutan itu tiba-tiba dari tiang tengah masjid itu keluar seekor kuda putih memecut laju menghalau semua kuda hitam tadi hingga semuanya lari lintang-pukang.
2 Waktu serangan oleh Ustaz Mokhtar Yaakob, Abuya bermimpi menaiki kereta bertutup rapat, melalui kawasan padang pasir berbukit-bukit. Tiba-tiba keluar dari bukit itu harimau-harimau dan singa-singa menerkam ke arah kereta tetapi tidak boleh masuk.
3 Waktu ditangkap Mahathir, Abuya bukan mimpi tetapi mendapat rasa hati yang kuat bahawa untuk menyelamatkan perjuangan, dia perlu memberi kerjasama yang diminta oleh polis. Sebab itu selepas tiga hari disoal siasat, Abuya sudah ikrar untuk beri kerjasama.
Menghadapi semua kesakitan dari semua ujian-ujian itu, Abuya pernah berkata, “Kalau bolehlah Abuya berunding dengan Allah terlebih dahulu sebelum melakukan perjuangan ini dan kalaulah Allah terlebih dahulu beritahu semua bentuk ujian itu, nescaya Abuya tidak berani dan akan menolak untuk menghadapi semuanya. Tapi setiap kali datang ujian, Allah bagi kekuatan.”
Ajaibnya bilamana semua yang terlibat menentang Abuya telah jadi cukup terhina. Teringat sabda Rasul dalam Hadis
Ajaibnya bilamana semua yang terlibat menentang Abuya telah jadi cukup terhina. Teringat sabda Rasul dalam Hadis
Maksudnya:“Siapa memerangi wali-Ku, Aku (Tuhan) isytihar perang dengan mereka.” (Riwayat Bukhari)
Manakala Abuya setiap kali dapat penghinaan, maka setiap kali itulah mendapat untung besar kepada perjuangannya dan peribadinya. Hatta apabila di-ISA itu pun Abuya ucap terima kasih kepada Mahathir kerana hasil dari ISA, jemaah Abuya jadi tambah berwibawa. Itulah cinta Tuhan pada kekasih-Nya. Keajaiban itu tidak berlaku sama sekali kepada manusia biasa.
Di sini fahamlah kita rupa-rupanya bilamana Allah menghantar utusan-Nya ke bumi seperti nabi-nabi, rasul-rasul, mujaddid-mujaddid dan wali-wali besar, khusus untuk jadi pemimpin yang akan hidupkan agama, maka Allah pasti menjaga mereka itu daripada mengalami kegagalan. Dengan kata-kata yang lain, mereka itu pasti menang walau apa pun halangan yang dibuatkan kepada mereka. Seolah-olah kata Abuya, Allah isytiharkan kepada musuh-musuh-Nya, “Aku akan hantar orang Aku dan dia pasti menang. Kalau tak percaya cubalah halang. Nanti kamu akan lihat betapa kerdilnya kamu dibanding kuasa Allah.”
Maka setiap pemimpin kebenaran yang datang di setiap zaman, dihadapkanlah kepadanya dengan ujian-ujian maha berat ke atasnya. Logiknya mereka akan mati atau perjuangannya mati. Tapi ternyata tidak. Contohnya:
– Nabi Musa itu patutnya mati dalam peti yang menghanyutkannya di Sungai Nil. Tapi ternyata tidak!
– Nabi Muhammad dikurung selama tiga tahun di Bani Shuib, patutnya mati tapi tidak berlaku.
– Nabi Ibrahim dilastik ke dalam api dan dibakar selama 40 hari. Patutnya mati tapi tidak.
– Nabi Yunus dalam perut ikan Nun. Logiknya mati tapi tidak!
– Abuya, sakit teruknya itu patutnya sudah lama dia mati, tapi beliau masih hidup.
– Nabi Muhammad dikurung selama tiga tahun di Bani Shuib, patutnya mati tapi tidak berlaku.
– Nabi Ibrahim dilastik ke dalam api dan dibakar selama 40 hari. Patutnya mati tapi tidak.
– Nabi Yunus dalam perut ikan Nun. Logiknya mati tapi tidak!
– Abuya, sakit teruknya itu patutnya sudah lama dia mati, tapi beliau masih hidup.
Insya-Allah, kuasa Allah akan menyembuhkannya. Dia akan sempurnakan perjuangannya sampai tibanya Imam Mahdi dan ikut mengislamkan dunia seluruhnya. Kata Abuya, dia berharap makamnya di Masjidil Aqsa.
Allah juga bertanggungjawab untuk menjaga orang-Nya dari terjebak kepada maksiat. Logiknya dengan ujian itu, seseorang boleh terlajak atau bertindak jahat. Tapi untuk orang Tuhan nescaya Allah ada cara untuk selamatkannya. Demikian juga dalam menghadapi kesusahan hidup, kalau orang biasa boleh sakit jiwa atau sewel dibuat oleh ujian, tapi orang Tuhan, pasti Tuhan buatkan dia selamat dari sakit jiwa.
Allah juga bertanggungjawab untuk menjaga orang-Nya dari terjebak kepada maksiat. Logiknya dengan ujian itu, seseorang boleh terlajak atau bertindak jahat. Tapi untuk orang Tuhan nescaya Allah ada cara untuk selamatkannya. Demikian juga dalam menghadapi kesusahan hidup, kalau orang biasa boleh sakit jiwa atau sewel dibuat oleh ujian, tapi orang Tuhan, pasti Tuhan buatkan dia selamat dari sakit jiwa.
No comments:
Post a Comment