Nabi itulah, dia yang terlalu menyayangi, Dan menginginkan keselamatan untuk ku,Dan membimbangkan kecelakaan menimpaku, Sanggup menangis 1000 tahun untuk nasib baiknya diriku.-------Untuk Tempahan Membuat Blog,Hubungi 011-2881 1726 atau Pin BB:7F2ED589

Friday, July 29, 2011

Darul Arqam Sebenarnya - Surat Terbuka Untuk Majlis Fatwa Kebangsaan

 

Assalamu‘alaikum wbkth.

Kepada tuan-tuan yang dimuliakan dan didoakan,

ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.
Kami pohon ampun maaf terlebih dahulu sekiranya surat ini mempunyai kesilapan-kesilapan yang tidak disengajakan. Dengan bersaksikan Allah dan Rasul, kami minta diberikan peluang untuk menyatakan pandangan dan rasa hati yang terpendam selama ini berkait dengan isu ‘Arqam vs Majlis Fatwa Kebangsaan’. Kami kerdil, tetapi mempunyai tanggungjawab untuk menjawab di hadapan Allah nanti perihal persoalan antara kita. Kami takut azab Allah yang bakal menimpa sekiranya kami tidak berterus terang perkara sebenar yang ada dalam hati kami.

Malaysia dilanda arus kebangkitan Islam yang cukup menonjol dibanding dengan negara Islam lain. Rakyat Malaysia di semua peringkat sedang mengalami perubahan diri ke arah Islam. Walhal sebelumnya mereka jauh dari agama. Allah SWT mentakdirkan, Abuya Ashaari Muhammad mendapat pengikut yang ramai. Dan jemaahnya jadi begitu berpengaruh.
Ertinya, kebangkitan ini menghala kepada Abuya. Hingga hari ini pengikutnya yang begitu komited, ramai dan jemaahnya terus wujud walaupun sudah ditangani oleh tuan-tuan dengan berbagai-bagai halangan.

Allah Taala sudah takdirkan Abuya telah menang dalam pertarungan dengan tuan-tuan dan dengan kerajaan Mahathir. Menyaksikan inilah maka kami rasa bertanggungjawab untuk menyatakan pendirian:

Bahawa kebangkitan Islam yang berlaku di Malaysia, inilah dia kebangkitan yang Allah janjikan di akhir zaman. Akhir zaman yang dimaksudkan Allah dan Rasul itu, rupanya sedang berlaku di waktu ini. Malaysia terpilih menjadi tapaknya. Dua tokoh yang disiapkan Tuhan untuk menerajui kebangkitan itu ialah Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi. Rasulullah sebagai Nabi akhir zaman; kerana sudah wafat; roh-nya hidup dan aktif bertindak sebagai master mind. Sementelahan Hadis-Hadis baginda tentang akhir zaman memang banyak dan menjadi panduan kepada umat untuk berjuang menagihnya bersama baginda.

Sepanjang zaman, generasi demi generasi mencuba agar apa yang Rasul janjikan itu berlaku kepada mereka. Namun hingga sekarang ia belum jadi kenyataan. Bagi Abuya, kesempatan ini dianggap peluang yang Allah rezekikan kepada orang Islam Malaysia, yakni orang Melayu, untuk menagih janji.

Menurut Abuya, kalau kebangkitan pertama dijayakan oleh Rasulullah bersama Sahabat, maka kebangkitan kedua di akhir zaman, Rasulullah gunakan Ikhwan dengan melantik Imam Mahdi sebagai ketua Ikhwan dan Putera Bani Tamim sebagai orang kanannya. Mereka akan lahirkan 313 Ikhwan di kalangan pemimpin-pemimpin manakala jumlah Ikhwan semuanya 500 orang.
Kepada mereka, Rasulullah telah anugerahkan sebuah tarekat khusus iaitu Aurad Muhammadiah.

Ertinya, apa yang sedang terjadi di Malaysia oleh jemaah Arqam dan kini Rufaqa’ ialah jadual Allah untuk akhir zaman. Pemimpin sebenar ialah Imam Mahdi yang ghaib tapi aktif berperanan di belakang tabir dan akan Allah zahirkan semula ke dunia sepertimana Nabi Isa. a.s. Imam Mahdi melantik pemimpin Arqam mahupun Rufaqa’ iaitu Abuya yang merupakan wazir kanan Imam Mahdi, membuat tapak perjuangan Imam Mahdi. Perjuangan mereka akan mendapat sebuah negara Islam iaitu Malaysia.

Tuan yang mulia,

Kami yakin, keyakinan seperti yang dinyatakan itu sangat dibimbangi oleh tuan-tuan. Lalu untuk menyelamatkan kami dari api Neraka, tuan-tuan pun bertindak mengharamkan semua itu dan hancurlah sebuah jemaah Islam iaitu Darul Arqam. Abuya dan kami semua akur serta beri kerjasama. Namun hati kecil ini berkata-kata, ‘Kalau ianya kebenaran yang dijanjikan Allah, seperti yang kami yakin itu, nescaya Allah akan bela. Hanya kuasa Allah saja yang mampu menyelamatkannya. Kalau sekadar kuasa manusia, mustahil dapat dilakukan kerana kami dalam ISA dan jemaah sudah hancur. Mana mungkin kami mampu menghidupkan sesuatu yang telah mati.

Namun, masya-Allah! Kita semua kini sama-sama menyaksikan bahawa perjuangan Abuya jadi makin membesar. Allah sudah jawab bahawa perjuangan Abuya itu mungkin dijanjikan Allah, maka Allah-lah yang bertindak menyelamatkannya dari terus berkubur. Begitulah kami berfikir. Kami yakin, kalau dihancurkan sekali lagi pun oleh sesiapa, nescaya Allah akan jawab juga. Kami yakin jemaah-Nya akan dapat kemenangan.

Kerajaan Malaysia yang ada sekarang, Perdana Menterinya Datuk Seri Abdullah Ahamd Badawi, pencetus negara Islam Hadhari, tidak mengganggu Abuya. Walaupun beliau tahu perjuangan Abuya dikatakan akan dapat daulah Islamiah, Pak Lah boleh terima. Beliau tahu apa yang Abuya cakap itu adalah kerja Allah atau Jadual Allah. Ia bukan jadual Abuya. Abuya cuma ceritakan apa yang akan berlaku menurut Hadis.

Imam Mahdi, Putera Bani Tamim dan daulah Islamiah itu Rasulullah yang ceritakan, bukan Abuya. Abuya cuma menyambungnya, menagih dan memperjuangkannya. Kata PM ketika wakil Rufaqa’ bertemunya, “Datuk saya, bapa saya, yakin dengan Imam Mahdi.”

Kalau Allah izinkan berlaku di Malaysia, di tangan Abuya, Pak Lah tentu boleh terima. Bahkan mungkin Pak Lah berbangga kerana dapat menjadi PM yang ikut menjayakan Jadual Allah. Memang Pak Lah orang yang ada cita-cita Islam. Sebab itu beliau berani isytiharkan Malaysia negara Islam Hadhari. Jadi bukanlah mustahil kalau Allah hendak pilih beliau untuk memberi laluan kepada Daulah Islamiah yang disebut Hadis.

Tuan-tuan yang berusaha, moga-moga usaha tuan-tuan diterima Allah. Perbezaan pendapat dengan Abuya kita anggaplah rahmat Allah kerana Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Perbezaan pendapat antara umatku adalah rahmat.”
Maksudnya bila timbul bermacam-macam idea di tengah umat Islam lalu masing-masing berjuang mempraktikkan keyakinan masing-masing, akan berhasillah macam-macam kebaikan kepada umat Islam. Sama-sama dapat untung. Yang yakin dengan Imam Mahdi berjuanglah menyambutnya. Yang tidak yakin berjuanglah untuk bangunkan Islam secara yang mereka faham. Rasulullah tidak suruh pun umat Islam membuat pecah belah, hasad dengki sesama kita saudara seislam.

Saudara-saudara kami seislam,

Surat penjelasan ini kami rasa perlu disebarkan kerana adanya masyarakat yang masih keliru bahkan tersalah anggap tentang Arqam dikeranakan oleh fatwa yang dikeluarkan. Kalau dibiarkan kita takut Allah murka kerana menyembunyikan kebenaran. Kebenaran hak Allah, kita diminta menyebarkan supaya semua orang berpeluang mencintai Tuhan.

Sekiranya tuan-tuan tidak setuju dengan semua ini, saya merayu bagi pihak Tuhan agar dibawalah berbincang secara ilmiah, profesional dan legal. Mari kita takut pada Allah dalam urusan agama-Nya ini. Cukuplah sekali kita bertindak atas politik kita. Sekarang mari kita berbuat mengikut syariat Allah yang sangat adil dan bijaksana itu.

Akhirnya kami berdoa moga-moga saudara-saudara se-Islam semua dapat disatukan di bumi Malaysia ini dengan kebenaran. Tidak rugi kalau kita bersatu, pasti Allah tidak siasiakan kebaikan yang kita usahakan. Jangan-jangan apa yang saya cakap ini kita akan dapat untung bersama. Sedangkan kalau kita terus bertelagah, apakah untung yang kita dapat selama ini? Lihatlah apa jadi dengan masyarakat? Apa jadi dengan negara kita?

Terima kasih kerana memberi kami peluang melakukan penjelasan ini dan seterusnya membenarkan buku ini diedarkan.

No comments:

Post a Comment