Ada kebimbangan di kalangan manusia mengenai sikap taksub pengikut Abuya kepada beliau. Konon boleh membawa kesan negatif. Sebab itu elok rasanya dihuraikan mengapa Abuya mencetuskan satu suasana antara dia dan pengikutnya yang mengakibatkan ada orang anggap itu adalah bahaya.
Sebenarnya apa yang berlaku antara Abuya dan pengikutnya, dari segi hubungan perasaan mereka antara satu sama lain, ialah apa yang Allah maksudkan agar orang beriman itu berpegang pada tali Allah. Bilamana semuanya berpegang pada tali itu, nanti tali itu akan mengikat antara mereka, hingga mereka jadi satu rangkaian yang padu, susunan yang kukuh dan membentuk bangunan yang tersergam gagah. Rasulullah menggambarkan perihal perasaan orang mukmin antara satu sama lain itu bagaikan satu badan. Bilamana satu anggotanya sakit, seluruh anggota turut sakit, turut berjaga malam kerana tidak akan membiarkan teamnya sendirian. Sahabat-Sahabat merealisasikan kenyataan hidup orang mukmin ini dalam sikap mereka bilamana di medan perang ramai yang mengerang kesakitan sebelum syahid, meminta air. A dapat air, tapi bila dengar tangisan B, A terus menghulur air kepada B. B mahu minum, terdengar pula C meminta air, B pilih untuk menghulur air sebelum dapat diminumnya. Demikian seterusnya, hingga semuanya mati sebelum dapat meminum air itu. Terlalu banyak contoh-contoh lain dalam sejarah yang pelik dan perihal terikatnya hati-hati orang mukmin oleh tali Allah, sehingga mereka jadi seperti orang yang seibu seayah, adik-beradik kandung dikeranakan mereka sama-sama kuat mencintai Allah dan Rasul.
Hari ini umat Islam, sama ada di peringkat keluarga, jemaah, kampung, bandar, daerah, negeri, kementerian, jabatan, negara, dunia, masih adakah lagi yang dapat mewujudkan suasana hidup seperti yang telah diciptakan oleh sejarah Islam itu?
Jawabnya tidak ada! Kerana tiada lagi umat Islam yang berjuang ke arah itu. Umat Islam yang perjuangkan Islam pun, sebenarnya bukan bertujuan mengulang sejarah perjuangan Rasulullah tapi cuba sesuaikan perjuangan dengan zaman moden. Ulama pun jadi cukup moden dan malu untuk berkata, “Mari kita tiru masyarakat Rasulullah, mari kita tiru jemaah Rasulullah dan mari kita tiru suasana dalam masjid Rasulullah.”
Masakan ulama-ulama tidak tahu, hanya Rasulullah yang mampu ikat hati manusia begitu erat dengan baginda, hingga musuh-musuh Allah dan Rasul cukup sakit hati lalu menentang keadaan itu atas nama taksub itu dilarang. Musuh Islamlah yang menentang budaya taksub, bukan umat Islam. Musuhlah yang menghina umat Islam, kononnya bodoh, miskin, gila perempuan dan lain-lain. Masakan ulama tidak tahu tentang ini? Masakan mereka tidak perasan umat Islam hari ini, majoritinya menyambung lidah musuh Islam? Masakan mereka tidak sedar bahawa hari ini Abuya ditentang oleh orang yang beragama. Takkan tidak faham bahawa di akhir zaman, orang menentang agama atas nama agama. Yakni atas nama ulama yang hidup untuk gaji, bukan hidup untuk Tuhan. Aktiviti agama dijadikan sumber rezeki, lalu mereka sanggup menangkis agama kerana menghalang rezeki mereka.
Saya berani menyatakan hal yang demikian kerana menu-rut penelitian saya, memang wujudnya kelompok agama yang menjual agama bukan untuk agama tapi untuk wang, lalu mereka sanggup menentang agama yang dianggap boleh menghalang kegiatan mereka. Hujah saya:
1 Dalam agama, umatnya disuruh sembahyang di awal waktu. Kalau Zuhur pukul 1.21 minit maka azan pun tepat pukul 1.21. Dan umat Islam sepatutnya pada pukul 1.21 sudah bersedia dan habis saja azan, maka semua kena sembahyang. Tapi hari ini, ramai umat Islam sembahyang Zuhur pukul 3 petang, Asar pukul 6 petang dan seterusnya. Malah lebih ramai lagi umat Islam yang langsung tidak sembahyang. Kalau kita berjalan dari Johor ke Perlis, susahnya mencari sekumpulan jemaah yang sudah bersedia sungguh-sungguh untuk sembahyang di atas waktu, berjemaah dengan saf yang rapat dan lurus. Di masjid dan surau, keadaannya masing-masing dan tidak istiqamah. Hanya di tempat-tempat jemaah Abuya suasananya sangat serius, orang menanti Allah memanggil dengan penuh persiapan dan disiplinnya cukup mantap. Tapi penentang-penentang Abuya, yang bertaraf pejuang Islam konon, yang ditentang mereka ialah jemaah Abuya. Umat Islam yang majoritinya tidak sembahyang itu tidak pernah jadi tajuk ceramah mereka. Umat Islam sembahyang lewat, tidak ada fatwa dikeluarkan. Tapi terhadap orang yang sangat serius dengan sembahyang, dimusuhi habis-habisan. Mengapa? Kerana merekalah penentang agama atas nama agama!
2. Beragama ialah mencintai Allah dan Rasul lebih dari yang lain. Semua ulama, ustaz dan ustazah tentu tahu Quran dan Hadis yang menyatakan, barang siapa lebih cintakan selain Allah dan Rasul, tunggulah kehancurannya. Di Malaysia hari ini, kalau kita bandingkan seluruh tokoh-tokoh agama, siapa yang paling menonjol, berusaha dengan serius untuk memperkenalkan Tuhan, menanamkan rasa cinta dan takut Allah dan Rasul ke dalam dirinya dan pengikutnya, menyatakan Allah cinta agung, perjuangkan Tuhan agenda utamanya? Bahkan gaya hidup pun diprogramkan mengikut jadual harian yang Allah dan Rasul tetapkan. Siapa? Dalam penelitian saya, Abuyalah yang telah berjaya menghubungkan hati-hati manusia dengan Allah dan Rasul, untuk cinta, takut dan berusaha untuk hidup di atas landasan itu. Tokoh-tokoh lain boleh bercakap tentang Allah dan Rasul, tapi merealisasikan cinta dan takut tidak kelihatan. Namun, Abuyalah yang paling dimusuhi oleh sebahagian mereka yang kononnya pejuang agama. Walhal agama mereka pun masih boleh dipersoalkan. Mengapa terjadi begini? Sebabnya ialah mereka berlakon dengan agama untuk tujuan kepentingan dunia, untuk menutup tembelang mereka yang kelihatan berbeza sekali dengan agama yang Abuya perjuangkan, maka mereka menyalahkan Abuya. Mereka menentang agama atas nama agama.
2 Allah dan Rasul sangat menegaskan perihal besarnya Akhirat dibandingkan dengan dunia. Akhirat utama, dunia kedua. Mati utama, hidup kedua. Ertinya orang Islam kena jadikan agenda-agenda Akhirat dan mati itu prioriti. Manakala agenda dunia dan hidup ini bukan utama. Dengan maksud program-program dunia dan hidup dibuat dengan menumpang program Akhirat. Bukannya program Akhirat menumpang program dunia. Contohnya, program sembahyang utama, baru program dunia. Lepas Zuhur buat meeting. Bukan lepas meeting baru sembahyang. Lepas Subuh, menoreh getah. Bukan lepas menoreh, Subuh hilang. Buat projek ekonomi lepas sembahyang. Bukan buat projek, tergadai sembahyang.
Mana ada pejuang-pejuang Islam membesarkan hal ini sebagaimana Allah dan Rasul mahukan? Membesarkan budaya Akhirat ini, hanya Abuya saja yang terapkan dalam jemaahnya. Ekonomi bermodalkan Tuhan, korban habis-habisan, hidup bersama dan rasa bersama serta bekerjasama membangunkan agama dengan harapan memenuhi standard ISO Akhirat, kita hanya dengar dalam perjuangan Abuya. Orang lain, siapalah yang mengambil peduli dan sibuk-sibuk dengan hal ini? Maka dalam keadaan inilah Abuya dipersalahkan konon mengada-adakan ajaran dalam agama. Tanpa usul periksa, buku-buku Abuya diharamkan. Orang agamalah yang buat kerja ini. Agama mereka pun lintang-pukang. Keluarga pun telingkup dan terbalik agamanya. Hanya boleh lantang bersyarah Quran dan Hadis. Cakap tak serupa bikin kemudian dengan berani menyalahkan agama orang lain! Mereka sebenarnya penentang agama atas nama agama. Mentang-mentang ada ilmu agama; tapi tidak praktikkan; sanggup menyesatkan orang yang benar-benar hidupkan agama demi Allah dan Rasul. Tergamak mereka buat kerja menentang Allah dan Rasul, yakni menentang orang yang bekerja untuk Allah dan Rasul.
1 Hari ini siapalah yang betul-betul didik anak dengan Allah dan Rasul. Siapa yang perjuangkan untuk memberi Tuhan kepada remaja kita. Sudah punah pun sistem diri para remaja, rosak binasa jadinya mereka, tapi siapalah yang benar-benar serius menyelamatkan mereka dengan agama? Yang paling menonjol, dalam jemaah Abuyalah. Remajaremaja Abuyalah yang kelihatan berbeza sungguh dengan remaja didikan lain. Sekarang ini negara pun ambil remajaremaja Abuya sebagai aset. Tapi penentang-penentang itu, tidak pedulikan itu semua. Bagaikan tidak wujud semua hasil perjuangan Abuya itu. Mereka teruslah menentang dengan tuduhan-tuduhan yang tidak relevan langsung: Bahaya taksub. Walhal bila remaja itu boleh cinta pemimpin dan taat dengan Allah dan Rasul serta pemimpin, barulah mereka selamat dari gejala syaitan dan nafsu itu. Tanpa ketaksuban yang demikian rupa, dengan apa kita boleh ikat para remaja dari terjerumus ke lembah nafsu dan syaitan? Kenapa go-longan penentang tidak perangi taksub yang bermaharajalela di kalangan remaja terhadap kegiatan-kegiatan anti agama yang amat merosakkan itu? Kenapa hanya sensitif dengan taksub pada Abuya? Sedangkan bahaya taksub yang dikononkan itu belum pernah wujud pun. Namun bahaya taksub remaja kepada ajaran syaitan itu sudah jelas sejelas-jelasnya, tapi kenapa usaha memeranginya dibuat tidak jelas? Tidak sejelas memerangi Abuya? Mengapa?
Anak-anak murid Abuya sebenarnya sangat yakin dengan kebenaran yang Abuya bawa lalu mereka jatuh cinta dan sangat taat pada Abuya serta cukup taat kalau Abuya hukum. Mereka cukup takut kalau terpisah dengan Abuya dan terkeluar dari jemaah Abuya. Sebab di jemaah lain atau dengan pemimpin lain, tidak mungkin mereka mendapat Tuhan sebagaimana yang Abuya berikan, seperti yang disebut pada contoh-contoh di atas. Seribu satu macam lagi kebaikan yang diperolehi dari Abuya dan perjuangannya. Yang sebenarnya iman dan Islam begitu tiada di tempat lain.
Bahkan didapati orang-orang yang terkeluar dari jemaah dan terputus dengan Abuya, dilihat jadi cukup menakutkan. Mereka kehilangan tali penghubung dengan Tuhan, lalu jadilah mereka penentang-penentang kebenaran, hilang iman dan Islam serta bersekongkol dengan golongan anti agama. Sampai jadi penentang agama atas nama agama.
Taksub pengikut-pengikut Abuya terhadapnya yang dibimbangkan sangat itu terus menjadi andai-andaian semata. Sedangkan kebaikan yang lahirnya sudah cukup terserlah sekali. Yang terserlah tidak dihitungkan. Yang andai-andaian saja dibimbangi terus. Apa ini? Kebenaran jenis apa yang dipakai oleh golongan ini?
Terbangunnya lepas satu, satu lagi projek-projek ekonomi dan pendidikan Islam oleh Abuya, di tangan pengikutnya adalah cetusan dari sikap cinta, taat dan takut itulah. Isteriisteri boleh taat, anak-anak boleh patuh pun lahir dari kerjasama menanamkan cinta dan taat pemimpinlah, yang diikat pada tali Allah dan Rasul.
Bersatu padu, bekerjasama, tolong-menolong dan berkasih sayang sesama dalam hal kehidupan dan perjuangan yang ada dalam jemaah Abuya adalah buah yang lahir dari kejayaan Abuya membentuk hati-hati orang-orangnya untuk cinta, takut dan taatkan Allah, Rasul dan pemimpinlah.
Mana ada pemimpin boleh buat begini? Jemaah mana yang mengangkat kembali martabat Melayu dalam semua bidang selain Rufaqa’? Jemaah-jemaah lain sedang buat apa sekarang, dibandingkan Rufaqa’ yang sibuk mewujudkan kekuatan ekonomi Melayu di peringkat realiti?
Semua adalah kerana Abuya berangkat dari platform yang tepat dalam perjuangannya membina bangsa yang kuat. Umat Islam mesti bertaqwa untuk membolehkan Allah memartabatkan mereka jadi bangsa yang kuat. Taqwa itu pula mesti diikat oleh jemaah, bukan individu dan bukan nafsi-nafsi. Jemaah itu pula mesti jadikan tali Allah sebagai dasarnya, bukan ideologi, parti politik dan projek ekonomi.
Abuya kini mendapatkan hasilnya, lalu berhasad dengkilah golongan tertentu hingga menuduh Abuya merbahaya kerana taksubnya orang-orang Abuya terhadapnya. Sungguh tidak masuk akal sama sekali.
No comments:
Post a Comment