Nabi itulah, dia yang terlalu menyayangi, Dan menginginkan keselamatan untuk ku,Dan membimbangkan kecelakaan menimpaku, Sanggup menangis 1000 tahun untuk nasib baiknya diriku.-------Untuk Tempahan Membuat Blog,Hubungi 011-2881 1726 atau Pin BB:7F2ED589

Thursday, April 9, 2015

Ini Jawapan Kepada Sejarah Lampu Putar Merah Biru Putih Di Kedai Gunting Rambut??!!

Tahukah anda maksud tiang yang berwarna putih biru merah yang berputar di depan kedai gunting rambut? Sebenarnya trademark kedai gunting rambut itu mempunyai sejarah yang tersendiri, mari kami kongsikan bersama anda..

Pada zaman pertengahan, bukan hanya rambut yang boleh dipotong di “barber shop” tapi juga mampu menjalankan pembedahan kecil, mencabut gigi dan menyedut darah mengunakan lintah (pada zaman itu lazimnya penyedutan darah dilakukan bagi tujuan perubatan)Penguasa Perancis meletakan dua tahap perubatan iaitu ahli bedah profesional (doktor) dan tukang bedah amatur (tukang bedah yang ada di barber shop)Pada abad ke-14 tukang bedah amatur telah dibenarkan mempunyai pekerja dan mereka juga dibenarkan untuk mendalami ilmu bedah profesional di fakulti kedoktoran di Paris University.

Ambroise Pare yang merupakan tokoh bedah moden yang juga ahli bedah kerajaan Perancis juga sebenarnya bermula sebagai tukang bedah barber Shop.

Pada mulanya penggunaan tiang lampu berwarna putih dengan warna merah dan biru yang berputar melilit adalah kebiasaan bagi para tukang penyedut darah yang menjemur pembalut/bandage yang telah digunakan dan berlumuran darah didepan klinik mereka.Lalu pembalut/bandages yang dijemur itu di tiup angin sehingga berputar melilit menimbulkan variasi warna merah putih, lama kelamaan kebiasaan itu menjadi trademark di setiap klinik sekaligus juga merupakan pemberitahuan kepada khalayak ramai bahawa tempat itu adalah klinik Barber Shop.

Seiring dengan berjalannya waktu, pemandangan itu buat sebahagian orang tampak menjijikkan, maka dibuatlah tiang putih yang di cat dengan warna merah dan biru sebagai pengganti pembalut/bandages yang digantung.Tiang warna putih menggambarkan pembalut/bandages, warna merah adalah aliran darah sedangkan warna biru menggambarkan urat/pembuluh vena tempat darah disedut, bulatan diatas tiang menggambarkan bekas untuk penyimpanan lintah, sementara bulatan dibawah adalah bekas untuk menampung darah, tapi waktu itu modelnya masih lagi statik, iaini masih tidak berputar.1950an: Amerika menghasilkan model lebih sempurna, iaitu yang boleh berputar dan bekas yang diatas tiang diganti dengan bola. Sementara pemakaiannya bukan lagi untuk klinik sedut darah tapi untuk tempat memotong rambut sahaja1950 – 1967: Dari hanya satu perusahaan saja telah terjual sebanyak 50,000 buah tiang tanda Barber Shop ini, seiring dengan percambahan Barber Shop di Amerika maka pada tahun 1996 penjualannya mencapai rata-rata 70,000 buah

Namun sehingga tahun 1996 penjualannya merosot teruk kerana ada peraturan yang membatasan pemakaian tiang ini dengan alasan boleh memusingkan/memeningkan kepala jika terlalu banyak dipinggir jalan dan boleh menganggu penumpuan pemandu-pemandu.

Walaupun demikian, model tiang ini merebak pesat ke seluruh dunia dan hampir seluruh dunia juga sepakat bahawa tiang ini adalah sebagai tanda menunjukkan tempat memotong rambut atau Barber Shop.

Akhir sekali, jika tiang berputar bererti barber shop itu buka, demikian sebaliknya jika berhenti berputar bererti tutup.

Best Hair Cut.. Real man go to barber!

- See more at: http://www.sportmusang.com/2015/04/ini-jawapan-kepada-sejarah-lampu-putar.html?m=1#sthash.j6f8Gx2s.dpuf

Monday, April 6, 2015

Wahai Nabi

Wahai Nabi yang jiwanya penuh rindu...

Rindu dan bimbang keselamatan ummatnya,ummatmu ini semakin terasa gelombang aura rindumu itu.Betapa rindunya seorang nabi kepada ummatnya,sedangkan ummatnya sangat tidak pedulikan nabinya.Yang dikejarnya ialah dunia yang menipu.

Wahai nabi,izinkanlah diri yang hina ini membalas rindumu itu.Dirimu sudah terlalu bersusah payah untuk kami menyampaikan iman dan Islam.Terlampau peritnya penderitaanmu sepanjang hidup.Tidak pernah surut dari perjuangan.Selalu disakiti,dicemuh,dipulaukan.Tak sanggupnya mengabaikan rindumu itu

Wahai nabi penyembuh rindu,
Sebelum ini aku tidak pernah pun dapat rasa seperti ini.Setiap Kali mendengar namamu disebut dan diagungkan,hati ini bagai tertutup pintu hati.Sedikit pon tidak ambil peduli.Sehingga datang seorang membuka semula pintu hati ini.Semakin hari,semakin bersinar cahayamu menembusi hatiku.

Wahai nabi akhir zaman,
Sesiapa Berdampingan denganmu,maka akan pulih hatinya,beruntunglah orang yang bersama nabi,

Akhir kata.....
Izinkanlah aku menjejaki kampungmu,
Menziarahi dirimu di Madinah
kerana aku rindu
Aku sangat rindu pada seorang nabi yang sangat menyanyangi aku..