Nabi itulah, dia yang terlalu menyayangi, Dan menginginkan keselamatan untuk ku,Dan membimbangkan kecelakaan menimpaku, Sanggup menangis 1000 tahun untuk nasib baiknya diriku.-------Untuk Tempahan Membuat Blog,Hubungi 011-2881 1726 atau Pin BB:7F2ED589

Friday, July 19, 2013

SIAPA SAMIRI?

SIAPA SAMIRI?

Sumber Cedokan: Pelbagai


Dalam surah Taha ada menyatakan kisah Nabi Musa dan kaumnya yang disesatkan oleh seorang lelaki misteri bernama Samiri semasa Nabi Musa pergi bermunajat kepada Allah SWT di Gunung Sinai. Samiri digambarkan dalam al-quran sebagai lelaki yang bertanggungjawab mengukir patung sapi emas untuk menjadi bahan sembahan kaum Bani Israil. Patung sapi betina yang diukir oleh Samiri memiliki ‘kuasa’ ajaib sehingga mampu mengeluarkan kata-kata dan suara. Akibat tertarik dengan patung tersebut, hampir seluruh kaum bani Israil lupa terhadap pesanan Nabi Musa untuk kekal menyembah Allah yang Esa.

Kesesatan kaum Bani Israil bagaimanapun tidak mampu ditangani oleh adik kandung Nabi Musa iaitu Nabi Harun. Diriwayatkan, sebelum Nabi Musa pergi ke Bukit Sina untuk bermunajat kepada Allah swt, Nabi Harun telah diamanahkan oleh Nabi Musa untuk membimbing kaumnya. Namun kedegilan kaum yang paling banyak diceritakan dalam al-Quran ini tidak mampu dinasihati oleh Nabi Allah Harun. Bahkan, Harun as diherdik dan dicerca oleh kaumnya sendiri. Bergitulah hebatnya tipu helah Samiri yang mampu memperok-perandakan keimanan kaum Bani Israil. Maka, siapakah Samiri ini?

Ayat al-Quran yang menyatakan tentang Samiri:

Dalam surah Taha, ada merakamkan dialog dengan nada agak keras daripada Nabi Musa as terhadap lelaki kufur bernama Samiri. Digambarkan, Samiri adalah lelaki yang cukup berani dan pandai berkata-kata sehingga dialog antara mereka berdua tidak menampakkan sebarang kekakuan Samiri. Samiri melontarkan kata-katanya dengan cukup yakin dan obsesi terhadap ilmunya.

95. (Sesudah itu Nabi Musa hadapkan kemarahannya kepada Samiri lalu) bertanya: "Apa pula halmu, wahai Samiri?"

96. Ia menjawab:" Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam dari kesan jejak Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku".

97. Nabi Musa berkata kepada Samiri: "Jika demikian, pergilah, (engkau adalah diusir dan dipulaukan), kerana sesungguhnya telah ditetapkan bagimu akan berkata dalam kehidupan dunia ini: ` Jangan sentuh daku ', dan sesungguhnya telah dijanjikan lagi untukmu satu balasan akhirat yang engkau tidak sekali-kali akan terlepas daripadanya. Dan (sekarang) lihatlah kepada tuhanmu yang engkau sekian lama menyembahnya, sesungguhnya kami akan membakarnya kemudian kami akan menghancur dan menaburkan serbuknya di laut sehingga hilang lenyap.

(Surah Taha ayat 95-97)


Penjelasan Surah Taha ayat 95-97:

1. Ancaman Musa as

Dalam ayat 95, Nabi Musa telah bertanya kepada Samiri dengan nada yang keras dan bersifat mengancam.

Kemudian, pada ayat 96, ahli tafsir muktabar seperti Ibnu Kathir(1301-1373) dan Ath-Tabari (838–923) berpendapat bahawa Samiri telah mendedahkan rahsia ilmu sihirnya. Pada ayat ‘Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka’ , Ibnu Kathir dalam tafsir ulungnya telah memberi penjelasan bahawa Samiri telah melihat Jibrail as datang dengan kuda tunggangannya, Haizum untuk membinasakan Firaun sedangkan kaum Bani Israil tidak melihatnya.

Besar kemungkinan ia terjadi semasa Nabi Musa dan Bani Israil melarikan diri secara besar-besaran daripada bumi Mesir. Akibat kekalutan tersebut, kaum Bani Israil yang beribu-ribu orang tidak menyedari kehadiran Jibrail yang menyerupai manusia.

2. Terbina patung sapi betina daripada jejak kuda Jibrail as

Pada ayat “aku ambil segenggam dari kesan jejak rasul itu, kemudian aku mecampakkannya”, Ibnu Kathir memberi penjelasan yang antara lain membawa maksud bahawa jejak rasul tersebut adalah jejak kuda tunggangan Jibrail as. Ia diterima secara umum oleh ahli-ahli tafsir lain selepas Ibnu Kathir.

Manakala, apa dimaksudkan dengan “segengam dari kesan jejak rasul” itu adalah Samiri telah mengambil segenggam tanah yang dipijak oleh kuda Jibrail as. Menurut ulama tafsir terkemuka, Mujahid, segenggam tanah bererti sepenuh tapak tangan dan genggaman itu dengan menggunakan ujung jari-jarinya. Samiri kemudian menggunakan ilmu sihirnya untuk membentuk sapi emas yang mampu mengeluarkan suara.

3. Samiri dilaknat oleh Allah swt

Dalam ayat 97, ada ayat yang berbunyi, “Janganlah sentuh daku”. Menurut Ibnu Kathir, Samiri telah diusir daripada khalayak ramai sehingga beliau tidak mampu menyentuh orang lain dan orang lain pula tidak mampu menyentuhnya kerana khuatir akan menimbulkan kemudaratan kepada kedua-dua pihak.

Besar kemungkinan Samiri telah dilaknat Allah SWT dengan Allah SWT telah menurunkan penyakit merbahaya kepadanya seperti penyakit kusta atau wabak yang berjangkit. Menurut ulama tafsir lain seperti Ibnu Ishq dan Ath-Thabari, Samiri telah dihukum oleh Allah SWT atas kekafirannya dengan seksaan di dunia dan di akhirat. Tambah mereka lagi, hukuman di akhirat pasti lebih dashyat dengan seksaan api neraka buat selama-lamanya.


Siapakah Samiri?

Penyusun kitab Siratu Rasulullah, Muhammad Ibnu Ishaq(704M-767M) meriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra, beliau mengatakan, “ Samiri adalah seorang penduduk Bajarma dan dia berasal daripada kaum yang menyembah berhala. Dalam dirinya telah tertanam kecintaan kepada penyembahan terhadap patung dan berhala sapi. Samiri menampakkan dirinya adalah pengikut Musa as(Islam) di hadapan kaum Bani Israil namun hatinya bergelojak dengan kepercayaan nenek-moyangnya. Menurut Muhammad Ibnu Ishaq, Samiri adalah nama panggilan bagi seorang individu kufur bernama Musa bin Zhufar.”

Qatadah ibnu al-Nu’man, salah seorang sahabat besar Rasulullah saw daripada golongan Ansar telah berkata, “Samiri berasal daripada negeri Samir(Sumaria).”

Bagi ahli sejarah ketemporari, mereka berpendapat bahawa Samiri telah menyesatkan kaum Bani Israil dengan membina samaada patung Hathor atau Apis. Kedua-dua patung tersebut adalah berhala sembahan masyarakat Mesir Purba.

Hathor adalah dewa perempuan yang menjadi sembahan turun temurun masyarakat Mesir Purba. Hathor digambarkan sebagai sapi betina dengan kepalanya dihiasi dengan cakera matahari.

Manakala Apis adalah patung sembahan berupa lembu jantan yang menjadi alat sembahan masyarakat Mesir Purba di wilayah Memphis. Berhala Hapis telah pun disembah sejak Dinasti Kedua kerajaan Mesir Purba.


Samiri adalah Dajal?

Terdapat dakwaan mengatakan Samiri adalah dajjal yang datang untuk menyesatkan kaum Bani Israil. Pendapat ini pertama kali disuarakan oleh pengarang buku terkenal, Muhammad Isa Dawud. Identiti Samiri yang misteri dan dikatakan memiliki ilmu sihir yang tinggi membolehkan ia dikaitkan dengan al-Masih Dajjal. Sejauh mana kesahihan dakwaan tersebut tidak dapat dipastikan kerana samaada al-Quran atau hadis tidak terdapat satu pun yang mengatakan Samiri adalah Dajjal laknatullah.


Samiri versi kitab Taurat

Dalam kitab Taurat, Samiri yang dimaksudkan dalam al-Quran adalah nabi Harun sendiri. Dalam kitab tersebut, Bani Israil dikatakan meminta nabi Harun untuk ‘mencipta’ tuhan untuk mereka. Untuk memenuhi hasrat mereka, nabi Harun kemudian menyuruh bani Israil mengumpul subang emas untuk dileburkan menjadi sapi emas. Nabi Harun kemudian membina altar di hadapan sapi emas tersebut bagi tujuan penyembahan.

32:1 Ketika bangsa itu melihat, bahwa Musa mengundur-undurkan turun dari gunung itu, maka berkumpullah mereka mengerumuni Harun dan berkata kepadanya: “Mari, buatlah untuk kami allah, yang akan berjalan di depan kami sebab Musa ini, orang yang telah memimpin kami keluar dari tanah Mesir–kami tidak tahu apa yang telah terjadi dengan dia

Genesis 32:1

Sepertimana kisah Samiri dalam al-Quran, nabi Harun telah dikatakan menyesatkan kaumnya sendiri dengan mengadakan pesta besar-besaran dihadapan sapi emas ajaib tersebut. Versi kitab Taurat ditolak bulat-bulat ajaran Islam. Ajaran Islam menolak versi tersebut kerana ia terang-terang menafikan martabat seorang Rasul Allah.


Sejak turun-temurun, orang Islam mempercayai bahawa sebuah formasi batuan seperti lembu di Mesir adalah patung yang diukir oleh Samiri. Benarkah ia adalah patung yang diukir oleh Samiri?

Dalam al-Quran, Allah swt telah jelas memberitahu dalam surah Taha ayat 97 bahawa Nabi Musa as telah membakar patung tersebut menjadi keping-kepingan dan membuangnya ke dalam lautan.

97. Nabi Musa berkata kepada Samiri: "Jika demikian, pergilah, (engkau adalah diusir dan dipulaukan), kerana sesungguhnya telah ditetapkan bagimu akan berkata dalam kehidupan dunia ini: ` Jangan sentuh daku ', dan sesungguhnya telah dijanjikan lagi untukmu satu balasan akhirat yang engkau tidak sekali-kali akan terlepas daripadanya. Dan (sekarang) lihatlah kepada tuhanmu yang engkau sekian lama menyembahnya, sesungguhnya kami akan membakarnya kemudian kami akan menghancur dan menaburkan serbuknya di laut sehingga hilang lenyap.

Semoga bermanfaat diketahui dan difikir2 kan.


Public Secret - Allahu'alam... Wassalam

Wednesday, July 17, 2013

Ramadhan Tanpa Ibu



Ramadhan kali ini bersama anak2 Yatim dari Pusat Jagaan Ummul Qura.Ketika sedang sesi Taa'ruf bersama adik2,terkejut dengan cerita dari Adik Muhammad Fateh.

Ceritanya ibu beliau telah lari meninggalkan keluarga ketika adik beradiknya masih kecil.Ibunya yang sering lari2 dari rumah menyebabkan mereka kurang kasih sayang dari seorang ibu.Ayah dan ibunya adalah cina muslim.Ibunya seorang mualaf.Kehidupan mereka dhaif dan miskin menjadi punca penceraian.

Disebabkan kemiskinan,ibunya telah masuk kristian.Dan paderi2 kristian sering memberikan bantuan pada ibu muallaf ini.Akhirnya ibunya meninggal dlm keadaan masih kristian.

Ayahnya yang tidak mampu menyara mereka lagi telah menyerahkan mereka kepada Rumah Amal Limpahan Kasih dan beliau telah berkahwin lain.Kini beliau sedang dipelihara oleh Rumah Amal Ummul Qura dan menjadi anak angkat kepada ustazah Nora dan Sy Nizam.Ramadhan kali ini sekali lagi mereka tidak dapat bersama ibu kandung sendiri.

Penulis: Abu Junaid

Jemputan berbuka puasa oleh PM di Sri Perdana.-Islam tak akan kalah2 lagi

Sunday, July 7, 2013

Puasa Abuya

Puasa Abuya
1. Sedih kerana merasa gagal melakukan yang terbaik untuk Ramadhan.
2. Memburu keberkatan Ramadhan dengan bertaubat, dan menebus dosa di bulan pengampunan.
3. Membanyakkan doa di bulan di kabulkan doa.
4. Menunggu Lailatul Qadar dan membanyakkan baca Quran selain daripada pakej ibadah yang biasa.
5. Ramadhan ialah syaitan sifar maka mujahadah dengan nafsu untuk tarawih dan tahajud dan witir.
6. Tarawih : Malam Isnin dan Jumaat 20 rokaat, Malam-malam lain 8 rokaat, tahajud witir di kemudiankan.
7. Baca Quran : i. Lepas Sembahyang Wajib. -ii. Lepas tarawih sementara tunggu makan.
8. Berbuka : ringan saja, lepas tarawih baru makan berat.
9. Banyakkan sedekah dan khidmat.
10. Iktikaf dan memikir-mikirkan kematian dan perjuangan apa lagi untuk memaksimakan usaha-usaha taqwa sebagai bekal terbaik untuk kehidupan akhirat.

Saturday, July 6, 2013

KISAH BENAR JENAZAH BANGKIT KETIKA DI SOLATKAN

Sekadar berkongsi cerita..

Seperti yang diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.

Pengalaman itu ialah mayat yang sedang disolatkan tiba-tiba bangkit hidup semula. Malangnya setelah hidup semula, dia menjadi bisu. Keadaan itu berterusan sehinggalah dia meninggal dunia beberapa tahun kemudian.

Peristiwa itu berlaku beberapa tahun lalu di sebuah kampung di Pantai Timur. Ketika itu saya masih remaja dan mengaji di pondok dengan beberapa orang rakan. Orang yang meninggal dunia itu pula adalah seorang lelaki dalam lingkungan 60-an dan sudah berkeluarga. Punca kematiannya tidak saya ketahui.

Pada hari tersebut, bapa angkat saya mengajak saya pergi menziarahi seorang penduduk kampung yang meninggal dunia dan sama-sama tolong menguruskan jenazahnya. Saya pun ikutlah. Apabila sampai, jenazah itupun diuruskan seperti jenazah-jenazah lain. Dimandikan dan dikafankan. Tidak ada apa-apa yang luar biasa ketika itu. Keadaan mayatnya pun macam mayat-mayat lain. Jumlah orang yang melawat pun boleh tahan juga.

Selepas Zuhur, kami beramai-ramai menyembahyangkan jenazah berkenaan dengan diimamkan oleh bapa angkat saya tadi. Saya berada di saf yang paling depan, betul-betul di belakang bapa angkat saya.

Tapi, dengan kehendak Allah, sewaktu takbir yang kedua, suasana tiba-tiba menjadi gempar. Jenazah yang sedang disembahyangkan itu bergerak-gerak. Cara mayat itu bergerak adalah seperti orang yang baru bangun dari tidur dan cuba melepaskan diri daripada selimut putih yang membungkusnya. Mungkin panas ke, atau pun lemas. Yang menyaksikan kejadian itu semuanya terkejut.

Melihat mayat berkenaan bergerak-gerak, sembahyang jenazah sekaligus dihentikan. Saya pun menjengukkan kepala untuk melihat mayat itu. Aneh, inilah kali pertama saya melihat mayat hidup semula.

"Pergilah tengok, buka kain kafannya," kata bapa angkat saya. Saya pun pergi dekat mayat itu dan bukalah. Maha Suci Allah, apabila saja dibuka kain kafan itu, saya nampak matanya terkebil-kebil. Dia masih hidup. Lepas itu hamba Allah ini duduk dalam kehairanan dan terpinga-pinga. Anehnya, dia tidak dapat berkata walau sepatahpun. Kenapa? Hanya Allah sahaja yang tahu.

Apa reaksi orang ramai yang nampak kejadian itu? Mereka semua lari lintang-pukang. Tinggallah saya berdua dengan bapa angkat saya. Lucupun ada, kecewapun ada. Yelah, sepatutnya apabila hamba Allah ini hidup semula, kita membantunya. Ini tidak, lari lintang pukang.

Kalau ditanya pula perasaan saya bila nampak mayat itu hidup semula, memang saya tak rasa takut walau sedikit pun. Buat apa takut sebab sepanjang hidup saya tak pernah pula saya dengar orang mati kena cekik dengan mayat. Tapi itulah hakikatnya. Kebanyakan kita lebih takutkan manusia, jin, syaitan... lebih daripada takutkan Allah.

Selepas kejadian itu, lelaki berkenaan menjadi bisu. Mulutnya yang dahulu lantang bercakap kini terkunci terus. Lebih mengejutkan, dia mengubah terus cara hidupnya. Mulai saat itu, lelaki tersebut hanya menumpukan penghidupan keduanya dengan mengerjakan ibadah sembahyang. Dia juga tidak pernah meninggalkan sembahyang secara berjemaah. Kesungguhannya menunaikan amal ibadat sangat luar biasa dan mengagumkan.

Keadaan ini jauh berbeza dengan kehidupannya sebelum itu yang bergelumang dengan dosa dan maksiat. Masa hidup dulu, lelaki itu bolehlah saya katakan sebagai 'semua boleh jadi... ke darat boleh, ke laut pun boleh'. Senang cakap, lelaki itu suka berbuat dosa tapi apabila masyarakat tegur, dia tak ambil peduli. Hendak pergi ke masjid jauh sekali.

Sepatutnya apabila lelaki ini sudah berubah sikap, orang ramai perlulah menerimanya dengan baik. Tetapi apa yang saya kesalkan, dia telah disisihkan oleh keluarganya sendiri. Tidak tahulah saya kenapa keluarga lelaki itu menyisihnya. Tapi soalnya, itukah balasan anak isteri dan keluarganya? Pada hal semasa hidup dia sudah bina rumah, kumpul harta dan sebagainya untuk keluarganya. Tetapi bila dia mati dan kemudian hidup semula, anak-anaknya tak mahu menerimanya.

Sedih saya memikirkan cara penerimaan mereka itu. Maka atas sifat ihsan bapa angkat saya tadi, dibuatkanlah sebuah rumah di kawasan masjid. Tinggallah lelaki tadi di rumah berkenaan hingga ke akhir hayatnya. Apa yang menggembirakan kami ialah setiap kali bila lelaki itu hendak ke masjid, dia akan mengajak sesiapa saja, tak kira yang ada di jalan, tembok, padang atau sebagainya, supaya segera pergi ke masjid.

Lelaki berkenaan meninggal dunia beberapa tahun kemudian. Saya tidak tahu pula punca kematiannya. Bagaimanapun, sebelum akhir hayatnya, dia telah meminta maaf kepada para penduduk kampung itu di atas segala kesilapannya yang lalu.

Urusan pengkebumian jenazahnya pun berjalan dengan lancar. Menurut orang yang membawa jenazahnya itu, mayatnya ringan dan mudah dibawa. Satu lagi, masa dahulu orang-orang membawa jenazah dengan menggunakan empat buah basikal. Caranya ialah diletakkan empat batang kayu/buluh di basikal-basikal itu. Kemudian keranda diletakkan atas kayu berkenaan dan di tutup dengan daun kelapa secara berselang seli.

Kata orang yang mengusung jenazah tersebut, mereka tak menghadapi sebarang masalah. Mayatnya ringan dan orang yang menolak basikal pun tak ada masalah sebab menolak basikal dengan cara begitu bukannya kerja senang.

Pengajaran daripada kejadian di atas:

Apakah yang dialaminya semasa 'mati' hingga menyebabkan dia bertaubat? Wallahuallam, saya tak tahu. Yang tahu cuma Allah dan dia sahaja. Yang pasti, dia telah melalui satu pengalaman yang sangat berharga, untuk dirinya dan untuk kita semua.

Lelaki itu bertuah kerana telah melihat kebenaran Allah dan Allah telah memilihnya untuk diberi kesempatan bertaubat sebelum dicabut semula nyawanya. Hanya segelintir saja orang yang dipilih oleh Allah untuk diberi peringatan itu.

Sayangnya dia tidak dapat beritahu kepada masyarakat apa yang dilaluinya semasa dimatikan itu. Mungkin Allah tidak mengizinkannya. Cukuplah untuk pengajaran diri lelaki itu dan juga masyarakat (yang memahaminya).

Tapi saya sedih, orang Melayu kita ini cepat lupa pada sejarah. Mereka insaf sekejap saja, lepas itu lupa balik, buat kerja-kerja mungkar. Orang-orang kampung itu cuma insaf sekejap saja, lepas itu buat lagi amalan-amalan buruk. Lebih mengecewakan ialah keluarga lelaki itu yang menyisihkannya.

Peristiwa itu cukup memberi kesan dalam hidup saya. Ada orang berkata, cerita-cerita sebegini tidak elok didedahkan kerana memberi aib pada orang yang terlibat. Saya tak beranggapan begitu. Bagi saya, ia bukan bertujuan untuk mengaibkan seseorang tetapi untuk dijadikan peringatan kepada masyarakat. Malah saya selalu berdoa supaya Allah selalu memberikan contoh-contoh seperti ini kepada kita semua agar kita semua menjadi umat yang taat kepada-Nya.

Kita semua akan mati, sudah cukupkah bekalan kita untuk bertemu Allah?
sumber - tranungkite.net