Nabi itulah, dia yang terlalu menyayangi, Dan menginginkan keselamatan untuk ku,Dan membimbangkan kecelakaan menimpaku, Sanggup menangis 1000 tahun untuk nasib baiknya diriku.-------Untuk Tempahan Membuat Blog,Hubungi 011-2881 1726 atau Pin BB:7F2ED589

Friday, September 19, 2014

Watak Tokoh Islam Dalam Pirates of Caribbean

Admiral General Hayreddin Barbarossa Pasha
Dalam artikel Captain Jack Sparrow Lanun Melayu? yang lalu, saya pernah menyentuh berkenaan inspirasi nama Barbossa dalam filem Pirates of The Caribbean (POTC) yang mempunyai kaitan dengan seorang ganeral (juga lanun) Islam terulung zaman silam. Tahukah anda sebenarnya "Barbossa" adalah sebuah nama yang amat signifikan dalam dunia peradaban Islam dahulu kala - Hayreddin Barbarossa. Barbarossa bererti janggut merah. Hanya terdapat tiga orang tokoh besar dunia yang berjanggut merah, iaitu Maharaja Frederick daripada Rom (1123-1190) dan dua orang adik-beradik, Aruj dan Khairuddin atau disebut dengan Hayreddin, kedua-duanya dari Turki.

Islam pernah mengangkat ketamadunan ke peringkat yang tertinggi di bumi Andalusia, kebudayaan, falsafah (sains) dan teknologi (terutama infrastruktur dan arkitekstur) lahir di wilayah semenanjung Iberia (Sepanyol) tersebut. Thariq bin Ziyad yang telah membawa misi Islam ke bumi tersebut juga telah diabadikan namanya menjadi nama gunung di semenanjung tersebut, iaitu Jabal Thariq yang disebut oleh orang barat sebagai Gibraltar (kini berada di bawah kuasa Inggeris). Sebuah gunung berhampiran dengan selat yang menghubungkan lautan Atlantik dengan Laut Tengah. Ketika era kegemilangan Islam, bangsa barat (Eropah) tercengang dengan kemajuan Andalusia, Cordoba, Granada dan Sevilla setelah dipimpin Dinasti Bani Umayyah pada tahun 756M. Umat ​​Islam, Kristian dan Yahudi hidup aman penuh rukun selama dua abad lebih di saat itu.

Sebermulanya era Perang Salib, Eropah telah melancarkan misi Reconquista iaitu misi penaklukan kembali wilayah-wilayah Eropah. Satu persatu bandar-bandar yang mempunyai peradaban tinggi mulai jatuh, Lisboa, Merida, Cordoba, Valencia, Murcia, Sevilla dan kemuncaknya dengan kejatuhan Granada pada tahun 1492M. Bangsa Moor di wilayah Andalusia, terpaksa melarikan diri ke Afrika utara kerana misi Reconquista diteruskan dengan misi pembantaian umat Islam iaitu dengan pembersihan kaum muslim, sebahagian dipaksa murtad dan sebahagian lagi bersembunyi di pergunungan.



Raja Ferdinand II Aragon 

Misi ini memuncak ketika raja Ferdinand II dari Aragon berkahwin dengan ratu Isabella dari Castille, dan selanjutnya dikenali sebagai Ferdinand V of Castille. Ferdinand merupakan seorang penganut Kristian Katolik yang fanatik. Umat ​​Islam dan Yahudi dibantai dengan kejam pada era pemerintahannya. Masjid Cordoba yang bertiangkan 1000 buah kini menjadi gereja, begitu pula Istana Alhambra hanya tinggal kenangan. Reconquista diteruskan ke arah Afrika utara dan ke arah timur yang mana tujuan utamanya adalah tanah suci Jerusalem di wilayah Palestin. Berita kejatuhan Andalusia ini sampai kepada Turki yang ketika itu dipimpin oleh Sulaiman I The Magnificient yang telah berjaya menakluk Byzantium.

Reconquista


Pada zaman inilah, terdapat dua orang adik beradik, yang menjadi pelaut biasa berlayar di wilayah perairan Yunani dan Turki yang bernama Aruj dan Hayreddin. Suatu hari kapal mereka telah diserang kapal tentera St. John of Jerusalem atau biasa disebut sebagai Knight of Rhodes, kejadian ini telah membuatkan adik bongsunya terbunuh. Sejak daripadasaat itu, Aruj dan Hayreddin melakukan aktiviti pelanunan dan rompakan kepada semua kapal-kapal tentera Kristian. Aktiviti ini sangat menggemparkan dan sangat ditakuti tentera Kristian, dikenali sebagai lanun Barbarossa Brothers kerana kedua-duanya berjanggut merah. Makna negatif Barbarossa dipropagandakan hingga sekarang oleh barat, contohnya perompak pada komik Asterix dan watak Captain Barbossa dalam filem Pirates of the Caribbean.

Watak Captain Barbossa dalam Pirates of the Caribbean 



Misi dendam Barbarossa Brothers akhirnya berubah menjadi misi perjuangan Islam setelah mendengar jatuhnya Andalusia. Puluhan ribu bangsa Moor (bahkan yang menghuni di pergunungan) berjaya mereka selamatkan ke negeri-negeri Afrika Utara seperti Maghribi, Tunisia dan Algeria, selain itu Algeria dijadikan pangkalan pertahanan lautnya.

Penguasa Algeria tidak seramah sultan di Tunisia, Sultan Salim di Toumy malah pernah mengusir Barbarossa ketika sedang bertempur dengan pasukan Kristian Sepanyol. Aruj mengambil keputusan kekal di Algeria dan akhirnya memimpin bandar pelabuhan tersebut atas nama kesultanan Turki. Pada tahun 1518, Sepanyol berjaya menghasut Amir bandar Tlemcen (Tilmisan) untuk menentang Aruj, beliau menyerahkan Algeria kepada adiknya Hayreddin dan beliau berangkat ke Tlemcen yang ternyata di sana beliau dan tenteranya terpaksa berperang dengan saudara sendiri yang sesama Islam, pasukannya tewas dan namun Aruj sempat meloloskan diri, namun banyak pasukannya tertangkap. Namun, oleh kerana hubungannya dengan anak buahnya yang lebih daripada sekadar kepentingan peribadi, Aruj kembali bertempur dan gugur.



Kapal Galilon milik Barbarossa Brothers 

Gugurnya Aruj menjadikan pimpinan armada laut Algeria Barbarossa berpindah ke Hayreddin. Sepanyol menyangkaera Barbarossa telah berakhir di Laut Tengah. Lalu, Sepanyol menghantar 20 000 tenteranya ke Algeria, pertempuran hebat telah berlaku, namun Hayreddin berjaya mengalahkan tentera laut tersebut. Beliau sedar terlalu banyak ancaman dari negeri di sekelilingnya selain ancaman utama Sepanyol, hingga akhirnya Hayreddin meminta melalui Algeria supaya Amir Tunisia dan Tlemcen dialihkan kekuasaannya atas nama daulah Uthmaniah Turki, mereka pun bersetuju, hingga pada tahun 1519 Turki mengangkat Hayreddin sebagai beylerbey atau wakil Turki di Algeria dan memimpin pasukan Janissari, pasukan khas tentera elit Turki. Selama Hayreddin mempimpinnya, penyelamatan bangsa Moor di Andalusia semakin banyak dilakukan, 7 kali pelayaran dengan 36 kapal direkodkan.



Kehebatan kapal perang Turki pimpinan Barbarossa 



Kristian Eropah mula merasa tergugat dengan kegemilangan Sulaiman I dari Turki, yang telah menguasai daratan dengan pasukan Janissarinya dan menguasai Laut Tengah dengan keberadaan Hayreddin Barbarossa, sang adik dari Aruj. Pada tahun 1529, di Pulau Penon disaat azan berkumandang, tentera Sepanyol telah menembak meriam ke menara masjid, maka terjadilah peperangan hebat dan setelah 20 hari peperangan, pulau tersebut dikuasai Hayreddin. Di daratan pula, Sulaiman I cuba untuk merealisasikan impiannya untuk menakluk Vienna, Austria, sebanyak dua kali serangan dilancarkan namun kedua-duanya gagal. Pasukan Turki yang kembali pulang sempat meninggalkan beberapa karung kopi serta menukar peraturan Pope Rom yang sebelumnya mengharamkan minuman yang diminum kaum muslim itu. Kemudian mereka menyebutnya sebagai cappuccino.



Hayreddin Barbarossa ketika mengadap
Sultan Sulaiman I sambil membawa hadiah 

Pada tahun yang sama Andrea Doria di Genoa berjaya membaik pulih Republik Genoa dan telah bersekutu dengan Charles V Sepanyol dan meneruskan misi reconquista dengan berperang dengan Sulaiman I dan Barbarossa yang menguasai perairan Laut Tengah. Kaum Eropah menyebut Barbarossa sebagai lanun laut, walaupun tidak ada bendera hitam dan tengkorak yang menjadi simbol, bahkan bendera yang diusung adalah berwarna hijau terdapatkaligrafi doa “Nashrun minalLaah wa fathun qariib wa basysyiril mu'miniin”, ya Muhammad, empat nama khulafa ur rasyidin, pedang zulfikar dan bintang segi enam Yahudi. Ketika ini, bintang segi tiga itu masih belum digunakan oleh kaum Yahudi malah ianya adalah simbol perjuangan. Hanya kini, kaum yahudi dan Israel telah menggunakan simbol itu bagi pakatan zionis mereka dan telah menyebabkan umat Islam fobia dengan simbol ini.



Bendera kapal perang angkatan laut
Hayreddin Barbarossa 

Charles V telah berusaha dengan bergabung dengan Knights of Rhodes di Pulau Malta, namun masih lagi gagal membendung penguasaan Barbarossa ke atas Laut Tengah. Turki yang kagum dengan prestasi Barbarossa,telah mengangkat beliau menjadi Panglima Laut (Kapudan Pasha) daulah Uthmaniah dan mengetuai angkatan Laut Turki Uthmaniah.



Pada tahun 1535, gabungan bersekutu Charles V dan Andrea Doria yang telahpun mengubah nama kepada Knight of Malta telah menyerang dan merebut Tunisia dengan 25 000 lebih pasukannya dalam 500 kapal. Pertempuran tersebut amat dahsyat dan Tunisia telah jatuh ke tangan Sepanyol. Barbarossa walaupun kalah pada tahun-tahun berikutnyatelah berjaya menguasai kepulauan Beleares dan merampas kapal-kapal Portugis dan Sepanyol di selat Gibraltar.


Pada tahun 1538, pakatan sekutu Itali Sepanyol telah berperang di Preveza, tempatnya adalah di teluk Actium, tempat pertempuran Octavian melawan Antonius dan Cleopatra dahulu kala. Preveza merupakan pelabuhan penting di Laut Tengah ketika ini. Andrea memimpin 40 kapalnya dan Barbarossa dengan 20 kapal, namun dengan kepintaranBarbarossa dalam mengatur strategi dan pengetahuannya yang mendalam ke atas bentuk muka bumi dan geografi tempat pertempuran, pada waktu pagi sebelum pertempuran bermula, armada Barbarossa telahpun bersiap siaga di mulut teluk Preveza dari tiga arah dan telah mengebom armada Andrea sehingga armada Andrea berundur dari pertempuran. Barbarossa tidak ingin berperang di laut lepas kerana kapal-kapal armada laut Sepanyol mempunyai manuver yang lebih canggih.


Serangan ke atas Algeria oleh sekutu Charles V dan Andrea Doria berlanjutan sehingga tiga tahun kemudian dengan200 kapal di luar perairan Algeria kerana kebimbangan diserang Barbarossa dari belakang. Rakyat Algeria di bawah pimpinan Hasan Agha telah bertempur bermati-matian mempertahankan negerinya. Semangat jihad mereka membara untuk mempertahankan kedaulatan wilayah Islam daripada jatuh ke tangan kuffar dibantu pula dengan keberadaan ulama’-ulama’ di sana yang menjadi pemangkin semangat kepada mereka. Charles V yang memperlekehkan dan mengambil mudah pertahanan dan strategi peperangan Algeria yang ampuh, telah menyebabkan armadanya huru-hara selain daripada telah dihentam dengan ribut laut yang dahsyat ketika peperangan tersebut. Andrea Doria dan Charles V berjaya selamat, dan kembali ke negerinya dengan kekalahan yang amat pahit.



Hayreddin Barbarossa mengalahkan Pakatan Bersekutu Charles V
pimpinan Andrea Doria di Pertempuran Preveza (1538) 

Ketika Perancis berperang dengan Sepanyol, Perancis telah bersekutu dengan Turki Uthmaniah, Barbarossa pun berangkat ke Marseilles untuk merebut Nice dengan memimpin 30 000 orang tentera Turki Uthmaniah. Sekepulangandari Nice, Barbarossa kemudiannya berangkat ke Genoa untuk membebaskan pembantu kepercayaannya, Turgut Reis.Beliau telah membawa 210 buah kapal ke sana dan mengancam akan menyerang Genoa melainkan Turgut Reis yang telahpun dijadikan hamba serta dipenjara dibebaskan serta merta. Ugutan ini telah membimbangkan Panglima Genoa, Andrea Doria yang mula membebaskan tawanan itu dengan pertukaran hanya 3500 ducat emas. Setelah itu, banyak lagi misi-misi penaklukan dan perluasan wilayah Islam telah diperintahkan oleh Sultan Sulaiman 1 The Magnificient kepada Panglima Jeneral Angkatan Laut Turki Uthmaniah ini, Hayreddin Barbarossa Pasha.


Panglima Hayreddin Barbarossa Pasha mula bersara di Constantinople pada tahun 1545, meninggalkan anaknya Hasan Pasha sebagai waris penggantinya di Algeria. Beliau kemudiannya telah menyerahkan memoir catatan beliau kepada Muradi Sinan Reis. Ianya terdiri daripada lima jilid yang bertulisankan tangan - “Gazavati Hayreddin Pasa" (Penaklukan Hayreddin Pasha). Hari ini, ianya dipamerkan dengan megah di Istana Topkapi dan Perpustakaan Universiti Istanbul. Hayreddin Barbarossa Pasha meninggal dunia pada 1546 di istana tepi laut di kejiranan Büyükdere, Constantinople, di tepi barat laut wilayah Bosphorus.

Beliau dimakamkan di makam yang tinggi berhampiran dengan pelabuhan feri daerah Besiktas di sebelah barat Istanbul yang dibina pada 1541 oleh arkitek terkenal Mimar Sinan, tapak yang mana armadanya digunakan untuk berhimpun. Memorial telah dibina pada tahun 1944, di sebelah makam beliau.



Makam Hayreddin Barbarossa di Besiktas 

Kita melihat betapa umat Islam dahulu kala diangkat ke martabat yang tertinggi di muka bumi oleh Allah dek kerana mempunyai pemimpin yang baik serta berkaliber, amanah dengan perjuangan menegakkan syiar Islam ke serata dunia seperti Panglima Hayreddin Barbarossa Pasha. Kita melihat betapa walaupun Barbarossa Brothers yang hanya dikenali sebagai pelayar lautan berbangsa Turki yang biasa pada mulanya, seterusnya digelar lanun di samudera pula, sanggup berkorban segalanya demi kemaslahatan umat Islam walaupun yang berlainan bangsa dengan mereka iaitu bangsa Moor - 

Sunday, September 14, 2014

Islam: Agama yang Berkembang Paling Pesat di Eropah



TERNYATA kini banyaknya buku-buku mengenai Islam dalam bahasa Inggeris.
Lalu dicatat oleh Profesor John Esposito: "Ramai percaya bahawa pada peringkat
pertengahan pertama abad ke-21 Islam akan menjadi agama kedua terbesar di Amerika.
Beliau ialah Ketua Editor Oxford Encylopedia of the Modern Islamic World dan  
The Oxford History of Islam. Menurutnya kira-kira enam juta warga Islam di Amerika
kini lebih ramai dari golongan Episcopalian.
Lebih 2,100 masjid dan pusat-pusat Islam telah dibina di serata tempat di Amerika di
pekan-pekan kecil dan perkampungan serta bandar-bandar besar. Ini kerana warga Islam
telah berada di Amerika sejak abad ke-19 lagi.
Kedatangan mereka dari waktu Columbus termasuk golongan Moriscos (Islam Sepanyol)
selain dari hampir 20 peratus hamba abdi Afrika walaupun ada yang kemudian dipaksa
masuk agama Kristian. Yang lain ialah warga India dan Arab.
Masyarakat Islam paling ramai kini ialah di New York, Boston, Chicago, Los Angeles,
Houston, Detroit dan Toledo. Pelbagai hal mengenai kehadiran mereka kian
terserlah berikutan peristiwa-peristiwa termasuk revolusi Iran, Perang Teluk Parsi dan peristiwa-peristiwa di Pakistan.


Sementara itu bilangan warga Islam di Eropah Barat telah meningkat daripada
10 hingga 15 juta. Paling ramai ialah di negara Perancis, Jerman dan Britain.
Bilangan kecil ialah di negeri Sepanyol, Belanda, Sweden, Denmark, Norway dan Austria.
Paling ramai warga Islam di Eropah ialah di negeri Perancis sejumlah lima juta.
Masjid-masjid besar telah dibina di Paris dan Lyons.
Bilangan warga Islam di Britain pula hampir dua juta dan lebih 600 masjid telah pun dibina. Berbanding keadaan di Perancis dan Jerman yang ramai warga Islam tidak berhak mengundi dalam pilihan raya, warga Islam dari negara-negara Komanwel mendapat kerakyatan British.
Profesor Esposito ialah sarjana pengajian Islam dari pengarah pusat persefahaman
Islam- Kristian di Universiti Georgetown. Beliau juga mendalami perbezaan
di antara golongan Sunni dan Syiah dengan beberapa mazhab imam-imamnya.
Pentafsir.Disiarkan dalam akhbar Times, London baru-baru ini ialah iklan jualan
apartmen di Mekah dari satu hingga tiga bilik yang darinya bilik boleh dilihat
ke Kaabah. Iklan tersebut untuk makluman warga Islam di Britian, antara lainnya.
Menyertai Profesor Esposito sebagai pakar Islam ialah T.B Irving (Haji Ta'Lin Ali),
pentafsir Quran dan Gai Eaton, lulusan Universiti Cambridge dengan bukunya
berjudul Islam and the Destiny of Man.


Dari dunia timur pula ialah Historical Developments of Islam in China. Antara lain
catatan mengenai 35,000 masjid di serata negara China. Di ibu kota Beijing saja
terdapat 64 masjid.Antara masjid paling tua ialah di Guangzhou, selatan China yang
dibina pada abad ketujuh. Menurut banci 1990, jumlah warga Islam China lebih 17 juta,
tetapi punca-punca lain menyebut jumlah mereka sebenarnya antara 30 hingga 50 juta.
Menurut laporan Wikipedia, agama Islam tiba di negara China melalui seorang yang
dihantar oleh Saidina Othman. Perkampungan Islam pertama wujud terdiri dari warga
Arab dan para peniaga Parsi.Warga Islam menduduki pelbagai wilayah.
Sebilangan kemudiannya menunaikan fardu haji antara abad ke-15 hingga abad ke-18.
Bilangan mereka meningkat hingga 10,700 pada tahun 2007.
Menurut laporan pada bulan April 2001, kerajaan menubuhkan Persatuan Islam China untuk membantu menggalakkan pelajaran membaca al-Quran". Ia dikendalikan oleh
16 pemimpin Islam yang ditugas mengawasi pelaksanaan syariah-syariah Islam.
Antara keistimewaan yang diluluskan bagi warga Islam ialah yang berikut:
l Di daerah-daerah yang warga Islam majoriti, pemeliharaan babi tidak diizinkan.
l Tanah-tanah perkuburan khas bagi warga Islam.
l Perkahwinan melalui imam dan cuti bagi para pekerja pada hari-hari kebesaran Islam.
l Izin untuk menunaikan haji ke Mekah.
Dalam pada itu banyak restoran mengadakan hidangan makanan halal. Dalam bahasa Cina terjemahan perkataan halal ialah qingzhen cai.
Laporan-laporan yang terbit ialah mengenai warga Islam yang minoriti di dunia Barat dan Timur iaitu sebahagian dari para ummah. Jelas bahawa mereka menghadapi ujian, cabaran dan ada kalanya penindasan dengan keteguhan iman.



Islam Inggris Islam terbesar di dunia
Bilangan warga Islam di Britain pula hampir dua juta dan lebih 600 masjid telah pun dibina.





http://cina.panduanwisata.com/files/2014/01/00114320c9510976a2df23.jpg
Salah satu saksi penyebaran Islam di Cina khususnya di Guangzhou adalah Masjid Huaisheng





Populasi Islam Terbesar di dunia

 

Friday, September 12, 2014

Video Hari Merdeka GISB

Malaysia....Di sini lahirnya sebuah cinta
Video Hari Merdeka GISB







Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Korus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang