Nabi itulah, dia yang terlalu menyayangi, Dan menginginkan keselamatan untuk ku,Dan membimbangkan kecelakaan menimpaku, Sanggup menangis 1000 tahun untuk nasib baiknya diriku.-------Untuk Tempahan Membuat Blog,Hubungi 011-2881 1726 atau Pin BB:7F2ED589

Friday, February 26, 2016

Perutusan dari Abuya kepada Pemimpin UMNO

16 April 2008
Analisa Pilihanraya Raya ke-12.
Surat terbuka untuk UMNO.




Wahai UMNO! 
Kamu sudah berada di hujung perjuangan. Terimalah kenyataan bahawa kamu akan berakhir bila-bila masa dari sekarang. Surat ini meminta kamu meredhai kematianmu dan bersiap sedialah, jangan kecewa. 

Patah tumbuh hilang berganti. Penggantimu adalah sesiapa yang sebenarnya yang akan memajukan dan menguatkan Negara ini. Dia jauh lebih baik dari mu, dia mampu menjadikan Melayu dan Malaysia semuanya jadi kuat dan menguatkan. Di tangannya Melayu akan menerajui empayar timur menggantikan empayar barat. 

Akan kejadian ini wahai UMNO, kamu tidak bersalah dan sesiapa pun tidak bersalah.Usahlah menyalahkan sesiapa mengenai nasib yang sedang dan bakal menimpamu. 

Sudah kukatakan sebelum ini bila kamu melihat ekonomi sesebuah bangsa itu dijatuhkan Tuhan dengan sebab-sebab tertentu, maka tunggulah tidak lama lagi pasti akan digoncangkan kuasa politiknya dan akan jatuh berguguranlah orang-orang politiknya, seperti bergelimpangannya orang kaya kerana kejatuhan kewangan mereka. 

Ini watak dunia yang disifatkan Tuhan sejak azali lagi. Watak itu sedang berulang di bumi kecil Malaysia ke atas etnik Melayu UMNO. Sedangkan dia sudah berwatak demikian kepada seluruh kaum-kaum yang pernah menumpang di muka bumi Tuhan ini. Kaum Ad dan Kaum Tsamud adalah julung-julung kali ditimpa nasib malangitu dengan keadaan yang lebih mengerikan menurut paparan Al Quran. Kita umat Muhammad, Tuhan jatuhkan dengan penuh sopan itu pun adalah untuk diselamatkan sebenarnya.

Wahai UMNO,
Baguslah kalau mahu membaiki diri dan menguatkan kembali. Tapi tidak untuk naik lagi bukan? Kamu tidak mungkin boleh naik lagi. Jangan kamu kira tangan yang menjatuhkan ini akan berhenti di sini dan akan membiarkan kamu naik lagi. Tidak UMNO! Tidak! 

Kamu hanya sedang diberi masa untuk bertaubat sebenarnya sebelum kamu semua diranapkan seranap-ranapnya. Kuasa Tuhan itu tidak akan mampu dikalahkan. Melainkan kamulah yang akan kalah. Percayalah. Bahawa siapa yang akan selamat hanyalah mereka yang bertaubat. 

Bertaubatlah wahai UMNO. Kembalilah kepada Tuhan dan bersetujulah dengan Dia perihal nasib yang menimpa. Kamu sudah cukup lalai dan durhaka padaNya. Lalu Tuhan pun dengan kasih sayang memberi 
peringatan keras bahawa kuasa sebenarnya di tangan Dia. Kalau mahu selamat tunduklah kepada kehendak-Nya. Nanti Dia akan selamatkan kamu dengan iman dan Islam. 

Sesudah kejatuhan ini wahai UMNO dan sesudah kamu bertaubat, kamu akan menerima hadiah yang istimewa dari nabi mu Muhammad SAW, iaitu kamu akan menjadi muslim yang cintakan Tuhan. 

Tuhan juga akan cintakan kamu, lalu kamu akan direzekikan kebahagian dunia dan akhirat. Waktu itu kamu akan berkata terima kasih Tuhan. Kerana menjatuhkan dan menaikkan. Walhal kata-kata seperti itu kamu tidak tahu mengungkapkannya, sebelum ini.

Wahai UMNO,
Perihal Anwar Ibrahim, janganlah kamu salahkan dia. Dia tidak tahu menahu pun akan apa yang bakal dan telah menimpa kamu ini. Dia pun orang yang sedang terkejut dan tidak tahu hala tuju sebenarnya gelombang-gelombang yang sedang melanda ini. Dia terundang untuk masuk gelanggang semula sesudah jatuh yang seteruk-teruknya. 

Dia pun tak tahu siapakah yang memberikan peluang ini semula. Yang membuatkan rindunya kepada kerusi PM berbunga semula setelah terkulai sekian lama. Lalu dia pun mencubalah untuk menggapainya walau pun dia dalam keadaan yang lemah dan lemah sebenarnya. 

Ketahuilah wahai UMNO, sebenarnya tujuan Anwar Ibrahim itu dinaikkan semula kegelanggang pertarungan ialah agar dia tahu, bahawa bukan sahaja dengan Tun Mahathir dia tidak mampu, bahkan dengan Pak Lah yang lemah itu pun dia tak berupaya.

Dia tidak layak sebenarnya. Dia bukan orangnya sebenarnya. Orang yang berlakon dan berpura-pura dengan Tuhan, nescayalah Tuhan akan permain-mainkan dia semahu-mahunya. Nescaya dia akan hancur sehancurnya wahai UMNO. Berdoalah dan bertaubat jugalah untuknya mudah-mudahan Tuhan akan ringankannya. 

Wahai UMNO,
Tentang Tuanku Yang diPertuan Agung, kamu janganlah salah faham. Kalau Yahudi tahulah yang dia ialah Agung yang akan merubah Malaysia, nescayalah baginda akan dirosakkan juga Islamnya seperti dirosakkan raja-raja lain. 

Tuhan merahsiakannya dari musuh hatta dari keluarganya sekalipun bahawa baginda akan bernasib baik menjadi Raja Muda yang cintakan Tuhan. Hasil dididik di Istana Hinggap sahaja! 

Baginda Tuanku, sepertilah rakyatMalaysia yang lain yang ditukar hati dari cinta dunia kepada cinta Islam, mengalami perubahan oleh gelombang dakwah yang melanda. Maka Istana Negara pun berubah watak, dari secular kepada Islam. Bahkan Baginda bercita-cita untuk Islamkan Malaysia, sebenarnya.

Baginda mengembalikan kuasa raja kepada raja-raja yang sekian lamanya dijadikan boneka oleh kuasa politik. Sebelum penjajah raja-raja sebenarnya mempunyai kuasa melantik pemimpin. Tapi kerajaan beraja sudah dikuburkan oleh adanya kuasa politik yang diasaskan oleh penjajah. 

Lalu oleh Yang di Pertuan Agung yang ini, baginda rasa bertanggungjawab untuk mencatur Negara politik yang sudah teruk! Lalu hiduplah semula kuasa raja. Memang adillah Tuhan mentakdirkan ini, sebab Malaysia amat-amat memerlukan campur tangan banyak pihak untuk diselamatkan dari masalah-masalah yang kian membesar.

3 comments:

  1. Peghok.. Ko kat mne skrg.. Buat hal sendiri atau...........

    ReplyDelete
  2. MGLSarees.com - Shop Best Mangalagiri Handloom Cotton and Pattu Sarees | Dress Materials - Shop for the exclusive stylish and ethnic handloom sarees online at great price. ✯FREE SHIPPING Andhra Pradesh –Telangana (Hyderabad). Select from the best range of womens Dress Materials. Buy handloom silk and pattu sarees online, buy exclusive handloom cotton saris online, purchase handloom cotton sarees online, latest designer handloom saris, attractive prices, worldwide express shipping. MGLSarees - Mangalagiri Cotton and Pattu Sarees | Handloom Sarees | Dress Materials | Buy Mangalagiri Sarees Online at Low Prices.
    Mangalagiri Sarees Online | Handloom Sarees | Mangalagiri Dress Materials
    Buy Mangalagiri Sarees Online at Low Prices
    Mangalagiri Pattu Sarees
    Mangalagiri Dress Materials

    ReplyDelete