Nabi itulah, dia yang terlalu menyayangi, Dan menginginkan keselamatan untuk ku,Dan membimbangkan kecelakaan menimpaku, Sanggup menangis 1000 tahun untuk nasib baiknya diriku.-------Untuk Tempahan Membuat Blog,Hubungi 011-2881 1726 atau Pin BB:7F2ED589

Monday, April 4, 2011

Dipukul orang ghaib di Tanah Suci

Tertarik dengan artikel dalam majalah Mastika, April 2011 bertajuk "Pegawai Polis dibelasah, dibakar dan ditoreh di Tanah Suci, Mekah". Satu kisah benar penuh pengalaman yang dialami oleh seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang ketika itu masih berkhidmat di Kluang, Johor. Artikel ini wajib dibaca oleh sekalian anggota polis untuk dijadikan iktibar dan panduan. Terutama bagi yang suka memukul akitivis - aktivis masyarakat atau pun penyokong - penyokong parti politik.


Antara petikan - petikan yang menarik yang dikongsi oleh beliau adalah bagaimana balasan Allah S.W.T diatas perbuatan beliau yang sering melepang, menumbuk dan menyepak terajang suspek - suspek dalam tahanan beliau. Semasa berada di Masjid Nabawi, Madinah, sementara menunggu waktu maghrib, beliau berhasrat untuk berzikir namun hasrat itu terganggu dek kerana beliau terpaksa berhadapan dengan pukulan - pukulan "ghaib". Beliau telah ditumbuk dan diterajang bertalu - talu sehingga menitiskan darah. Namun apabila beliau melihat dirinya di hadapan cermin, tiada sedikit pun kesan kecederaan yang dialaminya. Kejadian ini terpaksa dihadapi sepanjang berada di Madinah. Bahkan, sewaktu beliau sedang melakukan solat sunat sebelum melakukan tawaf widak, beliau telah di sepak oleh seorang lelaki Arab sehingga bersembur air dari mulu dan hidungnya.


Kemudiannya, semasa di Arafah, beliau telah melalui satu lagi pengalaman yang dahsyat apabila beliau merasakan keadaan seperti tubuh beliau sedang di bakar. Hingga ada ketikanya, beliau merasakan pergelangan tangannya seperti mahu putus dek kerana gelang besi tanda pengenalan diri yang melekap pada kulit tak ubah bagaikan besi panas yang boleh mencairkan kulit hingga ke tulang.

Beliau turut berkongsi cerita mengenai pengalaman yang dialami sewaktu bercukur selepas tahlul. Semasa tukang cukur sedang melorek kepala beliau, tiba - tiba datang seorang anggota polis merentap tangan pencukur itu. Pisau kecil yang tajam itu menoreh sebelah kiri kepala beliau, dari atas ke bawah.

Akhir sekali, beliau turut berkongsi cerita - cerita dari teman - teman sepasukannya yang pernah ke Tanah Suci. Ada diantara mereka yang tidak boleh melihat Kaabah, ada yang tiba - tiba kaki menjadi lembik dan ada juga yang sentiasa melihat najis di mana - mana termasuklah sekitar Kaabah yang mana akhirnya dia tidak dapat melaksanakan ibadah hanya kerana asyik mengelak daripada terpijak najis.

Inilah salah satu kisah yang sepatutnya dijadikan iktibar oleh semua penguatkuasa undang - undang yang beragama Islam. Bahkan, kisah ini harus juga dijadikan iktibar oleh semua umat Islam dalam melayari hidup di dunia ini dan juga semasa melaksanakan tugas. Janganlah kita berlaku zalim sesama umat. Semoga Allah S.W.T memberikan pengampunan kepada kita semua dan memberikan rahmat dan barakah dalam urusan kita seharian...

Wallahualam....

No comments:

Post a Comment