Nabi itulah, dia yang terlalu menyayangi, Dan menginginkan keselamatan untuk ku,Dan membimbangkan kecelakaan menimpaku, Sanggup menangis 1000 tahun untuk nasib baiknya diriku.-------Untuk Tempahan Membuat Blog,Hubungi 011-2881 1726 atau Pin BB:7F2ED589

Sunday, April 29, 2012

PERSIAPAN 13 MEI


Oleh Farok Halim
farok94@gmail.com
2012/04/30


PERSIAPAN  13 MEI

Rawang:  Persiapan menjelang 13 Mei sedang giat dijalankan di Bandar Country Homes,Rawang.
Seramai 100 orang dari setiap negeri turun padang untuk bersama- sama
mempersiapkan Bandar RSA itu sepenuhnya.
Perhimpunan Wakil2 Dari Setiap Zon


Turut turun padang ialah Pengarah Zon(PZ), Ibu Zon(IZ) dan beberapa Menteri dari seluruh kepimpinan GISB.Pengarah Zon Kedah,  Syeikh Putra Izrin Syah berkata,program ini diadakan untuk menyambut ketibaan pemimpin besar  yang sangat-sangat ditunggu dan dirindui untuk menyelamatkan dunia.

 Antara  gotong-royong  yang dilakukan ialah seperti pengubahsuaian
Syeikh Putra Izrin Syah
setiap primes,mengecat,pembinaan landskap dll.GISB juga sedang merancang untuk membeli sepanjang 15 blok kedai untuk dijadikan Hospital di Bandar tersebut.Kemegahan Bandar tersebut sangat dirasai oleh penduduk-penduduknya apabila renovation dilakukan.





Antara Revovation dilakukan

Kata seorang penduduk di situ,sebelum ini Bandar ini sangat malap,seperti tidak ada cahaya.Bila Abuya hantar wakil-wakil seluruh dunia untuk mempersiapkan Bandar itu,ianya bertambah seri.Dan moga-moga ini dapat mengeratkan lagi kasih sayang,perpaduan dan meningkatkan lagi roh-roh kami untuk menyambut ketibaan Abuya yang ditunggu-tunggu
 Konsert besar-besaran juga akan diadakan sepanjang 1 mei ini hingga 13 mei untuk menyambut ketibaan Abuya yang dirindui

Bersambung(nantikan video-video sempena 13 mei di blog ini

Wednesday, April 25, 2012

Rezeki Seekor Ulat

Suatu hari Rasulullah menjemput para sahabat baginda meraikan majlis perkahwinan baginda. Hidangan pd majlis itu cuma sekadar bubur gandum yg cair kuahnya. Maka ada beberapa prg sahabat menceritakan sesama mrk tentang kelazatan makanan kesukaan mrk. Selesai solat sunat baginda bertanya apa yg mrk perkatakan. "Tentang rezeki" jwb mrk. Lalu bagindapun menyampaikan satu cerita yg diberitahu oleh malaikat Jibril as. "Jibril telah memberitahu aku bhw Nabi sulaiman as pernah mengerjakan sembahyang di tepi laut. Setelah itu dia melihat seekor semut berjln tidak jauh drnya. Di mulutnya ada sehelai daun yg masih hijau lalu dia berteriak2. Tiba2 dtg seekor katak dr dlm laut dan membawa semut itu diatas belakangnya. Lalu terus menyelam ke dlm laut. Beberapa saat kemudian semut itu timbul terapung diatas air lalu naik kedrt dan dtg kpd Nabi Sulaiman. "Ceritakan kpdku apa yg berlaku tadi" perintah baginda. "Sebenarnya didasar laut itu ada sebuah batu yg besar.
 Didlm batu itu pula ada seekor ulat yg rezekinya setiap hari telah diberi oleh Allah dgn perantaraan saya. Oleh itu setiap hari saya dtg 2 kali dgn membawa apa2 yg direzekikan oleh Allah utknya. Di laut ini Allah telah mencipta satu malaikat utk saya menyerupai katak da dialah yg membawa saya menyelam ke dasar laut sehingga katak itu meletakkan saya diatas batu bsr itu. Batu itu akan terbuka sendiri dan ulat itu akan keluar utk mengambil makanannya. Setiap kali selesai makan ulat itu akan membaca "Maha suci Allah yg tlh menciptakan saya didlm laut. Dia tlh menghidupkan serta tidak lupa menganugerahkan saya rezeki. Adakah umat Muhammad akan lupa kpd rahmat Allah?" Begitulah kasihnya Allah kpd setiap makhluknya walau dimana sahaja yg terjamin rezekinya masing2...sekian utk renungan bersama. Mzb

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W



1. Barli Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepertita
rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
8. Cendawan Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
10. Delima Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
12. Air Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Thursday, April 19, 2012

Kenali 9 jenis anak syaitan.



 Kenali 9 jenis anak syaitan.

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Tuesday, April 10, 2012

Kisah Pelajar UIA bertemu Rasulullah SAW


Dipetik dari internet :
Hayatilah suatu kisah yang amat berharga ini, semoga ia mampu memberi pedoman & pengajaran buat kita
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Ya Allah, lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga dari seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Nama yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yang bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun untuk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Setiap hari beliau hafal dua mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dengan ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.Akak ini memang diuji dengan sakit yang tidak tahu apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari-hari yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang terus-terusan menyakiti diri. Diceritakan makhluk-makhluk halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor-doktor pakar, malah ulama’ yang faqih dalam ilmu perubatan Islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat untuk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dengan memapah dinding dan segala apa yang mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yang mungkin sudah tidak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan,“Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada Rasulullah s.a.w. sendiri.”
Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat-sahabatnya telah pun ‘forward message’ pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor-nombor ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa-apa berlaku, dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya Subhanallah, indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapakah orang ini? Cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yang ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan,
“Assalamu’alaikum, ana Rasulullah”
Subhanallah, baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dengan jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan
“Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata:
QalAllahu-ta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar).
Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl Arab, tetapi diterjemahkan di sini) ;
“Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana”
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah! Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah…
Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan lagi;
“Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..”
“Nabi s.a. w. kemudian melafazkan;
Ummati.. ummati..ummati…”
dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yang suci mengalir untuk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih,
“Jangan pergi Ya Rasulullah.”
tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tidak pernah bersua dengan Nabi yang mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dengan ummat akhir zaman ini? wallahua’lam.
Sedar daripada tidur yang amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan-rakan yang turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya
Jangan pergi Ya Rasululah!”
Beliau kemudian menceritakan kepada para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yang mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yang dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah, ketika itu, tiada kata yang lebih tinggi daripada kalimah Alhamdulillah untuk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tidak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini.Usai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri untuk tidak menangis.
“Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat yang Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi s.a.w.”
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yang biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu yang hina ini, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah” Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang berpakaian serba hijau.
Salah seorang daripadanya mengatakan;
“Assalamu’alaikum Ya Syamimi, Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu Khulafa’ ar-Rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘Affan dan Ali”
Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga Sahabat yang mulia. Beliau nampak sendiri, Sayidina Abu Bakr yang amat lembut perwatakannya, Sayidina Ummar dengan wajah tegasnya, Sayidina Uthman yang cantik sekali dan Sayidina ‘Ali yang agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan;“Kami diutuskan oleh baginda Nabi untuk membantu enti.”
Kemudian keempat-empat mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah :-
“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yang diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat itu, para Sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah! waktu itu terus terasa seolah-olah tubuhnya yang sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Sayidina Abu Bakr mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”
Kemudian, para Sahabat Nabi yang mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk. Rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah . Kemudian sahabat-sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan Alhamdulillah.. dengan mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t.“Ya Allah, kiranya diberi tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan..”
Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tidak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, hendak duduk sahaja di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak sahaja akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tidak mungkin bukan, mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tidak rugi kita bersabar.”
Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran, katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan.
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para Sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui Ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “Bukankah kami ini Ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah Sahabatku,  Ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.”
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)(Kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui, pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini)
Sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan di dunia ini sebagai ummat nabi Muhammad S.A.W. Banyakkanlah berselawat dan mendengar zikir, insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak, wallahu’alam.

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “ Barangsiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menjelma dengan rupaku “. {  Jami’e As-Soghir Imam Suyuthi : 8688 , Musnad Imam Ahmad : 3 / 269 , Sahih Al-Bukhari : 12 / 6994 , Sunan At-Tirmidzie : 4 / 2276 ) –HADIS HASSAN SAHIH.
Wallahu A’alam Bissowab


Surat Anak Haram Dari Syurga

Apa khabar bonda hari ini? Semoga bonda sihat selalu...anakanda juga di sini sihat bonda... Allah sayang sangat sama anakanda. anakanda menulis surat ini untuk bonda, sebagai bukti cinta anakanda pada bonda....

Bonda, izinkan anakanda luahkan perasaan pada perempuan yang telah merelakan rahimnya untuk anakanda berada walaupun hanya sesaat...

Bonda, sebenarnya anakanda ingin lebih lama hidup di rahim bonda, ruang yang kata Allah paling kukuh dan paling selamat di dunia ini... tapi rupanya bonda tidak menginginkan kehadiran anakanda, jadi sebagai anak yang baik, anakanda pun rela menukarkan kehidupan anakanda demi kebahagiaan bonda. Walaupun dulu, waktu bonda menggugurkan anakanda, sakit SANGAT bonda....badan anakanda rasanya seperti disiat-siat... dan keluar sebagai gumpalan darah yang menjijikkan apalagi hati anakanda, ngeri, rasa seperti aib yang tidak dihargai dan tidak diinginkan.

Tapi anakanda tidak kecewa bonda... kerana dengan begitu, bonda telah menghantarkan anakanda untuk bertemu dan dijaga oleh Allah bahkan anakanda dirawat dengan penuh kasih sayang di dalam syurga Nya.

Bonda, anakanda mahu cerita, dulu anakanda pernah menangis dan bertanya kepada Allah, mengapa bonda menggugurkan anakanda saat anakanda masih belum sempurna dan membiarkan anakanda sendirian di sini? Apa bonda tidak sayang sama anakanda?

Bonda tidak ingin mencium anakanda? Atau jangan-jangan kerana nanti anakanda nakal dan suka membuat sembarangan? Lalu Allah beritahu, bonda kamu malu sayang... kenapa bonda malu? Kerana dia takut kamu dilahirkan sebagai anak haram...

anak haram itu apa ya Allah? Anak haram itu anak yang dilahirkan tanpa ayah... anakanda bingung dan bertanya lagi sama Allah, ya Allah, bukannya setiap anak itu pasti punya ayah dan ibu? Kecuali nabi Adam dan Isa? Allah yang Maha Tahu menjawab bahawa bonda dan ayah memproses anakanda bukan dalam ikatan pernikahan yang sah dan Allah Redhai. anakanda semakin bingung dan akhirnya anakanda putuskan untuk diam.

Bonda, anakanda malu terus-terusan bertanya kepada Allah, walaupun Dia selalu menjawab semua pertanyaan anakanda tapi anakanda mahu bertanya kepada bunda saja, pernikahan itu apa ? Kenapa bonda tidak menikah saja dengan ayah? Kenapa bonda membuat anakanda menjadi anak haram dan mengapa bonda mengusir anakanda dari rahim bonda dan tidak memberi kesempatan anakanda hidup di dunia dan berbakti kepada bonda? Maaf ya bonda,anakanda banyak bertanya... nanti saja bonda beritahu bila kita bertemu.

Oh ya Bunda, suatu hari malaikat pernah mengajak jalan-jalan anakanda ke tempat yang katanya bernama neraka. Tempat itu sangat menyeramkan dan sangat jauh berbeza dengan tempat tinggal anakanda di syurga. Di situ banyak orang yang dibakar api ..minumnya dengan nanah dan makannya buah-buahan jijik, banyak durinya...yang paling parah, ada perempuan yang ditusuk dan dibakar seperti sate, ngeri sungguh anakanda melihatnya.

Tiba-tiba malaikat bertanya anakanda, Nak, kalau bonda dan ayahmu tidak bertaubat kelak di situlah tempatnya...di situlah orang yang berzina akan tinggal dan disiksa selamanya. Seketika itu anakanda menangis dan berteriak-teriak memohon agar bonda dan ayah jangan dimasukkan ke situ.... anakanda sayang bonda... anakanda rindu dan ingin bertemu bunda... anakanda ingin merasakan lembutnya belaian tangan bonda dan anakanda ingin kita tinggal bersama di syurga... anakanda takut, bonda dan ayah kesakitan seperti orang-orang itu...

Lalu, dengan lembut malaikat berkata... nak,kata Allah kalau kamu sayang, mahu bertemu dan ingin ayah bundamu tinggal di syurga bersamamu, tulislah surat untuk mereka... sampaikan berita baik bahawa kamu tinggal di syurga dan ingin mereka ikut, ajaklah mereka bertaubat dan sampaikan juga khabar buruk, bahawa jika mereka tidak bertaubat mereka akan disiksa di neraka seperti orang-orang itu.

Saat mendengar itu, terus anakanda menulis surat ini untuk bunda, menurut anakanda, Allah itu baik bonda.... Allah akan memaafkan semua kesalahan makhluk Nya asal mereka mahu bertaubat nasuha... bunda taubat ya? Ajak ayah juga, nanti biar kita boleh berkumpul bersama di sini... nanti anakanda jemput bonda dan ayah di padang Mahsyar ... .anakanda janji mahu bawa minuman dan payung buat ayah dan bonda, soalnya kata Allah di sana panas sangat bonda... barisannya juga panjang, semua orang sejak zaman nabi Adam kumpul disitu... tapi bonda jangan khuatir, Allah janji, walaupun ramai kalau bonda dan ayah benar-benar bertaubat dan jadi orang yang baik, pasti anakanda boleh bertemu bonnda dan ayahBonda, beri kesempatan untuk anakanda ya.... biar anakanda boleh merasakan nikmatnya bertemu dan berbakti kepada orang tua, anakanda juga mohon sama bonda...jangan sampai adik-adik anakandamengalami nasib yang sama dengan anakanda, biarlah anakanda saja yang merasakan sakitnya dipersia-siakan . Tolong ya bunda, kasih adik-adik kesempatan untuk hidup di dunia menemani dan merawat bunda saat bunda tua kelak.

sampai sini saja bonda... anakanda mahu main-main dulu di syurga.... anakanda tunggu kedatangan ayah dan bunda di sini... anakanda sayang sangat sama bonda....muach!