Apa khabar bonda hari ini? Semoga bonda sihat selalu...anakanda juga di
sini sihat bonda... Allah sayang sangat sama anakanda. anakanda menulis
surat ini untuk bonda, sebagai bukti cinta anakanda pada bonda....
Bonda, izinkan anakanda luahkan perasaan pada perempuan yang telah
merelakan rahimnya untuk anakanda berada walaupun hanya sesaat...
Bonda, sebenarnya anakanda ingin lebih lama hidup di rahim bonda, ruang
yang kata Allah paling kukuh dan paling selamat di dunia ini... tapi
rupanya bonda tidak menginginkan kehadiran anakanda, jadi sebagai anak
yang baik, anakanda pun rela menukarkan kehidupan anakanda demi
kebahagiaan bonda. Walaupun dulu, waktu bonda menggugurkan anakanda,
sakit SANGAT bonda....badan anakanda rasanya seperti disiat-siat... dan
keluar sebagai gumpalan darah yang menjijikkan apalagi hati anakanda,
ngeri, rasa seperti aib yang tidak dihargai dan tidak diinginkan.
Tapi anakanda tidak kecewa bonda... kerana dengan begitu, bonda telah
menghantarkan anakanda untuk bertemu dan dijaga oleh Allah bahkan
anakanda dirawat dengan penuh kasih sayang di dalam syurga Nya.
Bonda, anakanda mahu cerita, dulu anakanda pernah menangis dan bertanya
kepada Allah, mengapa bonda menggugurkan anakanda saat anakanda masih
belum sempurna dan membiarkan anakanda sendirian di sini? Apa bonda
tidak sayang sama anakanda?
Bonda tidak ingin mencium anakanda? Atau jangan-jangan kerana nanti
anakanda nakal dan suka membuat sembarangan? Lalu Allah beritahu, bonda
kamu malu sayang... kenapa bonda malu? Kerana dia takut kamu dilahirkan
sebagai anak haram...
anak haram itu apa ya Allah? Anak haram itu anak yang dilahirkan tanpa
ayah... anakanda bingung dan bertanya lagi sama Allah, ya Allah,
bukannya setiap anak itu pasti punya ayah dan ibu? Kecuali nabi Adam dan
Isa? Allah yang Maha Tahu menjawab bahawa bonda dan ayah memproses
anakanda bukan dalam ikatan pernikahan yang sah dan Allah Redhai.
anakanda semakin bingung dan akhirnya anakanda putuskan untuk diam.
Bonda, anakanda malu terus-terusan bertanya kepada Allah, walaupun Dia
selalu menjawab semua pertanyaan anakanda tapi anakanda mahu bertanya
kepada bunda saja, pernikahan itu apa ? Kenapa bonda tidak menikah saja
dengan ayah? Kenapa bonda membuat anakanda menjadi anak haram dan
mengapa bonda mengusir anakanda dari rahim bonda dan tidak memberi
kesempatan anakanda hidup di dunia dan berbakti kepada bonda? Maaf ya bonda,anakanda banyak bertanya... nanti saja bonda beritahu bila kita
bertemu.
Oh ya Bunda, suatu hari malaikat pernah mengajak jalan-jalan anakanda ke
tempat yang katanya bernama neraka. Tempat itu sangat menyeramkan dan
sangat jauh berbeza dengan tempat tinggal anakanda di syurga. Di situ
banyak orang yang dibakar api ..minumnya dengan nanah dan makannya
buah-buahan jijik, banyak durinya...yang paling parah, ada perempuan
yang ditusuk dan dibakar seperti sate, ngeri sungguh anakanda
melihatnya.
Tiba-tiba malaikat bertanya anakanda, Nak, kalau bonda dan ayahmu tidak
bertaubat kelak di situlah tempatnya...di situlah orang yang berzina
akan tinggal dan disiksa selamanya. Seketika itu anakanda menangis dan
berteriak-teriak memohon agar bonda dan ayah jangan dimasukkan ke
situ.... anakanda sayang bonda... anakanda rindu dan ingin bertemu
bunda... anakanda ingin merasakan lembutnya belaian tangan bonda dan
anakanda ingin kita tinggal bersama di syurga... anakanda takut, bonda
dan ayah kesakitan seperti orang-orang itu...
Lalu, dengan lembut malaikat berkata... nak,kata Allah kalau kamu
sayang, mahu bertemu dan ingin ayah bundamu tinggal di syurga bersamamu,
tulislah surat untuk mereka... sampaikan berita baik bahawa kamu
tinggal di syurga dan ingin mereka ikut, ajaklah mereka bertaubat dan
sampaikan juga khabar buruk, bahawa jika mereka tidak bertaubat mereka
akan disiksa di neraka seperti orang-orang itu.
Saat mendengar itu, terus anakanda menulis surat ini untuk bunda,
menurut anakanda, Allah itu baik bonda.... Allah akan memaafkan semua
kesalahan makhluk Nya asal mereka mahu bertaubat nasuha... bunda taubat
ya? Ajak ayah juga, nanti biar kita boleh berkumpul bersama di sini...
nanti anakanda jemput bonda dan ayah di padang Mahsyar ... .anakanda
janji mahu bawa minuman dan payung buat ayah dan bonda, soalnya kata
Allah di sana panas sangat bonda... barisannya juga panjang, semua orang
sejak zaman nabi Adam kumpul disitu... tapi bonda jangan khuatir, Allah
janji, walaupun ramai kalau bonda dan ayah benar-benar bertaubat dan
jadi orang yang baik, pasti anakanda boleh bertemu bonnda dan ayahBonda, beri kesempatan untuk anakanda ya.... biar anakanda boleh
merasakan nikmatnya bertemu dan berbakti kepada orang tua, anakanda juga
mohon sama bonda...jangan sampai adik-adik anakandamengalami nasib
yang sama dengan anakanda, biarlah anakanda saja yang merasakan sakitnya
dipersia-siakan . Tolong ya bunda, kasih adik-adik kesempatan untuk
hidup di dunia menemani dan merawat bunda saat bunda tua kelak.
sampai sini saja bonda... anakanda mahu main-main dulu di syurga....
anakanda tunggu kedatangan ayah dan bunda di sini... anakanda sayang
sangat sama bonda....muach!
No comments:
Post a Comment