Umur Lima Tahun
Abuya Ashaari Muhammad hidup dalam persekitaran dunia yang sangat susah. Sedangkan kehidupan keluarganya tidaklah susah sangat. Zaman itu zaman perang, iaitu sekitar tahun 1942 hingga 1945. Tanah Melayu waktu itu dijajah oleh Jepun. Waktu Jepun perintah, keadaan lebih susah. Tahun 1945, British perangi Jepun dan dapat menjajah semula Tanah Melayu. Waktu Jepun memerintah, bapa Abuya Ashaari Muhammad dilantik menjadi kerani beras di Lubok Cina. Bila British datang, dilantik jadi pegawai kastam semula. Mereka berperang di bumi ini merebut kuasa, sedangkan anak peribumi menjadi mangsanya.
Abuya Ashaari Muhammad disusahkan lagi dengan kematian ibu dan kematian Kiyai Syahid waktu pemerintahan Jepun. Seorang yang membesar tanpa ibu dan bapa (kerana jarang jumpa bapa disebabkan bapanya pergi kerja pagi-pagi lagi dan balik waktu tengah malam), jiwa dan fikirannya sangat berbeza dengan seorang yang membesar bersama ibu dan bapa.
Kata Abuya Ashaari Muhammad, dia tidak suka balik ke rumah lepas sekolah sebab tiada tempat bermanja seperti anak-anak orang lain yang bila balik, ada ibu dan ayah di rumah. Dia lebih banyak bermain-main di sungai dan lain-lain daripada di rumah. Hati anak yatim selalu pilu dan merajuk sebab itu perangainya lasak dan sukar difahami.
Rupanya segala kesusahan hidup yang dilaluinya itu memberi kesan yang mendalam pada peribadinya. Ia dapat difahami dengan menghayati sajak tulisan Abuya Ashaari Muhammad di bawah ini.
Kesusahanku
Kesusahanku di masa kecil
Mengenalkanku erti penderitaan
Kerana itulah aku tidak boleh mendengar orang menderita
Aku suka sekali menolong mereka
Kematian ibuku di waktu kecilku
Kematian ibuku di waktu kecilku
Menginsafkan aku betapa sedihnya orang tiada beribu
Kerana itulah aku simpati kanak-kanak yang tidak beribu
Inginnya aku menghiburkannya Ingin aku menggembirakannya
Kesusahanku di dalam kehidupan
Kesusahanku di dalam kehidupan
Di dalam semua aspek pengalaman
Di dalam makan minum,
di dalam tempat tinggal, di dalam berpakaian
di dalam tempat tinggal, di dalam berpakaian
Menjadikan aku sensitif dengan penderitaan orang
Rupanya pengalaman di dalam kehidupan
Rupanya pengalaman di dalam kehidupan
Banyak pengajaran dan didikan
Banyak menyedarkan dan menginsafkan
Sangat berguna buat perjuangan masa depan
Itulah hikmahnya aku tidak mendapat pelajaran tinggi
Kerana keadaan kehidupan yang susah selalu menghalang
Tapi aku berpeluang belajar dengan kehidupan
Di sinilah aku dapat ilmu dan pengalaman
– Malam, 20 Okt. 2002
– Malam, 20 Okt. 2002
Suatu hari waktu Maghrib; ketika itu ibunya sudah tiada (meninggal dunia); kerana merajuk dan takut sebab kena marah, dia lari masuk hutan. Sedangkan suasana malam gelap-gelita. Jenuh bapanya mencari dan memanggil-manggil namanya. Memujuk agar dia balik.
Besoknya, peristiwa itu telah memaksa bapanya menyerahkan Abuya Ashaari Muhammad kepada bapa saudaranya, Lebai Ibrahim. Oleh kerana Wak Ibrahim dan Wak Imai tiada anak, mereka gembira menerima Abuya Ashaari Muhammad dan adiknya Syarifah untuk dijaga.
Waktu itu umurnya sekitar enam hingga lapan tahun. Sudahlah susah, kena pula jaga adik. Kena memasak, kena angkat air dari perigi sebelah rumah, kena bersihkan halaman dan kena menjahit sendiri baju yang koyak-koyak. Waktu itu jahit pakai benang nenas. Kata Abuya Ashaari Muhammad, tidur malam di serambi rumah berdinding atap dengan satu bantal busuk. Kalau harimau yang biasa lalu-lalang hendak ambil dia, mudah sahaja. Jenguk sahaja ke serambi tanpa dinding itu, tarik ke bawah rumah. Pernah harimau beranak dua di belakang rumah Kiyai Syahid waktu beliau tinggal di sana ketika umurnya empat tahun.
Kesusahan sebenarnya adalah guru yang baik. Abuya Ashaari Muhammad diasuhnya untuk insaf dan bertanggungjawab. Masakan Allah membuat sesuatu yang sia-sia kepada hamba-hamba-Nya. Lebih-lebih lagi terhadap hamba yang istimewa.
Di persekitaran yang begitu teruk, Abuya Ashaari Muhammad lahir ke dunia bersama jiwa yang hendakkan Islam, di tengah keluarga yang beragama. Semua ahli keluarganya menunaikan sembahyang. Sesusah dan sesedih mana pun, namun dia tidak menjadi orang yang sakit jiwa. Sebab jiwanya dibekal dengan kekuatan untuk memperjuangkan Islam. Jiwa itu sudah disuburkan oleh Kiyai Syahid sendiri. Sebab, sejak berumur lima tahun, beliau tinggal di rumah Kiyai Syahid iaitu sekembali dari Pulau Pangkor. Pada tahun 1938, ayahnya membawa anak dan isteri ke Pangkor untuk bekerja sebagai pegawai kastam di sana di bawah pemerintahan British. Bila Jepun pula memerintah dari tahun 1942 hingga 1945, mereka kembali ke Pilin dan tinggal di rumah Kiyai Syahid.
Abuya sebenarnya pelarian perang dari Pulau Pangkor ke Pilin. Di hari berangkat meninggalkan Pulau Pangkor, sesampai mendarat ke Tanah Besar, Pulau Pangkor dibom. Sesampai di Pilin, tempat mereka mendarat itu pula dibom. Oleh kerana mereka selamat sampai ke Pilin, Kiyai Syahid menyambut Abuya yang ketika itu berumur lima tahun, ditatang-tatang dengan penuh kesyukuran.
Waktu bermain dengan kawan-kawan sama ada di sekolah atau di luar sekolah, Abuya Ashaari Muhammad menyusun ‘barisan perang’. Satu kumpulan jadi tentera Imam Mahdi, satu lagi kumpulan musuh. Abuya Ashaari Muhammad akan mengetuai pasukan tentera di pihak Imam Mahdi. Maka terjadilah ‘peperangan sengit’ di celah-celah pokok senduduk di Kampung Pilin dengan pistol buluh berpelurukan biji cenderai.
KENAPA IMAM MAHDI?
Sebenarnya di Tanah Melayu (Malaysia) ini di sekitar 1940an hingga tahun 1960-an, di mana-mana saja terutama di tempat-tempat pengajian Sunni, orang suka bercerita tentang Imam Mahdi. Pusatnya ialah di tempat Sayidi Syeikh Suhaimi. Melalui orang-orangnya, terdengarlah kepada anak cucu mereka perihal akan lahirnya Imam Mahdi itu.
Di surau Pilin, diceritakan oleh Abuya Ashaari Muhammad bahawa di sekitar tahun 1940-an hingga 1950-an; waktu Abuya budak-budak lagi; dia selalu mendengar orang tua-tua bercerita tentang Imam Mahdi akan datang mengislamkan dunia dan dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s.
Kata Abuya lagi, di mimbar-mimbar masjid masa itu, khatib-khatib mendoakan kerajaan Islam Turki Usmaniah yang sudah dijatuhkan oleh Wahabi. Zaman itulah Abuya dapat ilmu tentang Turki, sultannya yang terakhir ialah Raja Abdul Hamid. Sayidi Syeikh Suhaimi berjaya menghidupkan cerita-cerita tentang kebangkitan Islam semula kali kedua ke peringkat dunia di waktu British sedang menjajah Tanah Melayu. Di waktu yang sama, Wahabi sudah tawan Mekah dari kuasa kerajaan Usmaniah. Cita-cita Islam dinyalakan waktu itu agar umat Islam bangkit untuk memperjuangkan Islam di peringkat negara dan dunia dengan pemimpinnya Imam Mahdi.
Menurut Abuya, perjuangan Sayidi Syeikh Suhaimi yang mula diasaskan di Klang, Selangor itu sebenarnya perjuangan seorang Mujaddid kurun ke-13. Yang mana beliau berjaya menyelamatkan kefahaman sebenar tentang agama daripada dirasuk oleh fahaman yang dibawa oleh penjajah. Dengan konsep jemaah bukan pesantren itu, beliau berjaya melepasi usaha penjajah untuk memusnahkan perjuangan Islam yang hak.
Sayidi Syeikh Suhaimi telah melahirkan 40 orang khalifah dengan cawangan seluruh Asia, beliau betul-betul membentuk jemaah Ikhwan. Hatta panggilan kepada ahli jemaahnya ialah Ikhwan. Mulanya orang menyangka di tangannya berlakunya janji Allah, yakni Islam akan bangkit kali kedua pada masa itu. Beliau sendiri mulanya tentu tidak menyangka akan mengalami proses ghaib itu. Hinggalah bilamana penjajah begitu mengancam maka Sayidi Syeikh Suhaimi yang mempunyai segala ciri Imam Mahdi itu ghaib, seperti ghaibnya Nabi Isa a.s. Sehinggalah 60 tahun kemudian, barulah kebangkitan Islam benar-benar dirasai dan jemaahnya betulbetul dapat disalin oleh Abuya Ashaari Muhammad.
Khalifah-khalifah dan wakil-wakilnya dapat menghantar mesej perjuangan Sayidi betul-betul ke tangan Abuya Ashaari Muhammad. Satu passing yang baik dibuat oleh para ‘pemain’ kerana dapat melepasi semua halangan penjajah. Mesej Sayidi dapat sampai ke tangan Abuya Ashaari Muhammad dengan selamatnya. Demikianlah percaturan Tuhan.
Jiwa Abuya Ashaari Muhammad disuburkan dengan citacita perjuangan Islam. Sebab itu di umur lima tahun, Abuya Ashaari Muhammad sudah bercakap tentang Islam. Menurut cerita menantu Kiyai Syahid, Fatimah (isteri Syuhud), di Pilin, “Wa-i (panggilan orang kampung pada Abuya) waktu kecil, cakap pelat-pelat lagi kalau ditanya nak sekolah di mana, dia jawab sekolah Islam.” Walhal di Pilin, zaman perang pula, mana ada sekolah Islam. Itu menunjukkan Abuya Ashaari Muhammad dilahirkan bersama hati Islam dan iman. Sementelahan didikan yang diterima sangat berkesan membentuk hati dan fikirannya.
Semangat juang sentiasa berkobar-kobar dalam dirinya, hinggakan pantang tengok orang bukan Islam di Pilin. Abuya Ashaari Muhammad sanggup mencubit anak Cina yang sedang didukung ibunya. Tapi waktu itu Abuya masih budak, belum pandai berfikir lagi. Dilastiknya anjing-anjing dan babibabi Cina yang berkeliaran kerana semangat perjuangan.
Waktu Soekarno memerintah Indonesia, lantang suaranya mengancam Amerika. Kata Abuya Ashaari Muhammad, setiap kali Indonesia menyambut kemerdekaannya (pada setiap 17 Ogos), dia akan ponteng sekolah sebab hendak dengar siaran Radio Indonesia yang menyiarkan ucapan Soekarno. Abuya Ashaari Muhammad akan pergi ke satu-satunya kedai yang ada radio di Pilin dan duduk mendengar bersama-sama orang tua-tua kampung yang ada di kedai itu. Dia ikuti ucapan Soekarno, bahkan mampu menghafal dan menggayakannya sekali.
Bukan main-main cita-cita perjuangannya. Di surau Pilin, waktu itu malam-malam Isnin dan Jumaat ada tahlil dan kenduri. Sambil berkelubung badan dengan kain pelekat, beliau berbaring sambil mendengar orang-orang tua bercerita tentang perjuangan Imam Mahdi. Kanak-kanak lain, selepas makan terus balik. Tapi Abuya Ashaari Muhammad berminat sekali mendengar perbualan orang tua-tua yang diketuai oleh Lebai Ibrahim. Mereka berada di surau sampai Subuh.
Kata Abuya, memang stail orang Sayidi suka membuka cerita-cerita menarik waktu tengah malam hingga ke Subuh. Abuya Ashaari Muhammad sanggup pasang telinga sampai ke tengah malam untuk ‘midnight story’. Mereka sangka dia tidur. Memang dia buat-buat tidur sebab malu untuk dudukduduk di kalangan orang tua.
Di sanalah Abuya Ashaari Muhammad mengambil maklumat-maklumat tentang perjuangan akhir zaman. Pilinlah yang merekrut Abuya Ashaari Muhammad untuk bangkit sebagai pejuang Imam Mahdi sepanjang hidupnya. Sejarah Imam Ghazali dengan Imam Az Zahum, Abuya Ashaari Muhammad dengar dari Lebai Ibrahim waktu umur 6 tahun tapi melekat sampai sekarang. Waktu remaja, ada gerakan Hassan Bandung menghina-hina Imam Ghazali, Abuya sangat tidak bersetuju tapi ketika itu belum pandai berhujah.
Saya pernah bertanya kepada Abuya Ashaari Muhammad, fikirannya yang penuh dengan cita-cita memperjuangkan Imam Mahdi itu, jangan-jangan tersalah corak oleh suasana masyarakat Pilin yang terlalu mendoktrinkan konsep itu dalam dirinya. Begitu juga dengan sumber bacaannya yang begitu terhad, yang mana maklumat-maklumat tersebut hanya ada dalam kitab-kitab kuning kegemaran Abuya Ashaari Muhammad.
Inilah jawapan beliau: “Kiyai Syahid dihantar ke kampung terpencil Pilin oleh Sayidi Syeikh Suhaimi waktu itu adalah perancangan beliau untuk ciptakan environment Imam Mahdi. Untuk apa? Untuk mendidik kanak-kanak bernama Ashaari bin Muhammad agar tertanam di jiwa dan fikirannya perihal perjuangan akhir zaman oleh Al Mahdi. Ini bukan sesuatu yang tersilap, tapi adalah perancangan Tuhan untuk kebangkitan Islam.”
Kata Abuya lagi, di waktu Islam sedang jatuh di Turki dan Mekah, penjajah datang ke Timur Jauh untuk mengkafirkan orang di sini. Sepertilah kemasukannya ke negara-negara Timur Tengah, telah berjaya mengkafirkan atau mensekularkan semula Sepanyol, Mesir dan lain-lain negara Arab. Islam di Turki juga punah akhirnya. Penjajah tentu bawa misi Kristianisasi yang pekat untuk diterap di bumi ini. Sedangkan Islam di gugusan pulau-pulau Melayu belumlah begitu kuat.
Ramai penduduknya masih menganut ajaran animisme. Logiknya, akan Kristianlah bumi Malaysia ini. Paling tidak macam nasib Indonesia. Sama kuat Islam dan Kristian.
Tapi pelik, penjajah gagal di sini. Tanah Melayu akhirnya menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi. Sangat ajaib. Mereka cuma berjaya sekularkan agama tapi tidak mampu tukar agama. Sayidi Syeikh Suhaimi ada di Malaysia waktu itu. Beliau berjaya membentuk jemaah kecil-kecilan seperti di Pilin untuk selamatkan pengikutnya daripada sekularisme yang dibawa penjajah. Abuya dilahirkan dalam rumah yang dindingnya atap, lantai buluh, yang tiada siapa menduga itu ialah suatu kelahiran yang istimewa. Masakan boleh keluar dari hutan Pilin itu seorang yang boleh mencabar sekularisme?
Begitulah orang berfikir, lalu Abuya terlepas dari cengkaman penjajahan seperti bebasnya Nabi Musa a.s. dari dibunuh oleh Firaun. Maka selamatlah Abuya untuk menganut ajaran agama yang sangat tulen yang dikirimkan Sayidi Syeikh Suhaimi kepadanya melalui orang-orang tuanya.
Adapun mengapa Abuya hanya memilih kitab-kitab ‘kuning’ (kitab-kitab lama tulisan Jawi atau Arab yang dikarang oleh ulama-ulama dahulu) untuk bacaannya ialah: seperti ada suara hati yang membisik-bisikkan padanya bahawa buku-buku agama Islam yang ditulis oleh penulis sezaman, itu bukan lagi agama tapi berdasarkan akal. Tafsiran-tafsiran yang mereka buat tentang agama tidak lagi oleh ilham tapi semata-mata akal. Sedangkan mereka yang menulis kitabkitab kuning dengan tulisan Jawi kuno itu adalah ulama-ulama muktabar yang sudah lama meninggal dunia. Mereka mewarisi agama yang masih murni yang bersumberkan wahyu atau ilham dan sedikit sahaja dicampuri akal. Kata Abuya Ashaari Muhammad, “Lagi lama penulisnya meninggal dunia, lagi bagus. Sebab makin dekatlah dia kepada sumber sebenar agama.”
Sambung Abuya Ashaari Muhammad lagi, “Suara rohani yang dibisikkan ke hati itu seolah-olah guru yang sentiasa mengajar saya. Walhal tiada seorang guru lahir pun yang melakukannya untuk saya. Bahkan guru-guru agama sa-ya pada zaman itu pun fikiran mereka sudah banyak terpengaruh dengan agama sekular itu. Ulama-ulama Sunnah pun sudah tidak bercerita tentang perjuangan Islam dan kebangkitannya sekali lagi.” Penjajah berjaya menyapu bersih semangat perjuangan Islam dari umat Islam peribumi. Walhal seorang Islam sepatutnya adalah seorang yang sangat berjuang.
Perihal adanya ‘guru’ yang memahamkan beliau melalui talian roh ini adalah pengalaman Abuya Ashaari Muhammad sejak umur lima tahun. Banyak perkara yang tidak diajarkan oleh sesiapa tapi kefahaman yang diberikan ke hatinya telah membuatkan beliau mampu mengambil pendirian yang demikian itu.
Contohnya, waktu bersekolah rendah di Pilin (selama enam bulan) dan dua tahun di Segambut, petang-petang beliau mengaji agama di kampung. Tiga orang gurunya semuanya lulusan pondok di Padang, Indonesia. Mereka berfahaman Wahabi (kaum muda). Semua guru-guru itu sangat sayang padanya. Ketiga-tiganya orang Segambut, iaitu Ustaz Haji Arshad Khadiman, Ustaz Mokhtar Abdul Manaf dan Ustaz Mohd Amin Osman.
Abuya Ashaari Muhammad sedar, mereka ingin sekali Wahabikan beliau. Segala perhatian dan kasih sayang yang diberikan jelas membuktikannya. Namun Abuya Ashaari Muhammad tidak boleh terima semua itu. Apa yang ada di dalam hatinya menolak semua ilmu, ajaran dan amalan berbentuk Wahabi itu. Padahal waktu itu dia masih kanakkanak lagi.
Memang golongan Islam sekular akan menolak perihal adanya ilham sebagai sumber ilmu. Bahkan mereka sesatkan sesiapa yang terlibat. Katanya itu syaitan. Memang mereka beragama di peringkat akal semata-mata. Hal-hal di luar logik akal mereka nafikan. Seolah-olah pada mereka agama ciptaan akal, bukan oleh Tuhan. Kuasa Tuhan menurunkan wahyu dan ilham ke hati orang (perkara yang tidak logik itu), ditidakkan dengan erti bahawa Allah tidak mampu lakukan itu.
Pengalaman-pengalaman yang Allah takdirkan kepada orang lain disyaitankan. Seolah-olah syaitan pula lebih berkuasa dari Tuhan. Ilmu Allah yang direzekikan kepada sese-orang disesatkan, hanya kerana mereka tidak mengalaminya. Allah tidak rezekikan kepada mereka sebab mereka bukan orang Tuhan, lalu mereka karutkannya dengan mendakwa syaitan sahaja yang boleh buat macam itu. Allah tidak akan berbuat begitu kata mereka, hanya syaitan yang pandai berbuat begitu.
Padahal Allah itu lebih dekat pengetahuan, pendengaran, dan penglihatan-Nya kepada seseorang daripada dekatnya syaitan. Sesiapa yang Allah hendak lantik untuk hidupkan agama-Nya, mustahil Allah tidak ajar kepadanya. Sebab hanya Allah yang cukup tahu caranya untuk kembalikan agama-Nya. Setiap mujaddid sebenarnya adalah orang yang diilhamkan oleh Allah melalui roh Rasulullah SAW. Bacalah sejarah mereka, anda akan dapat melihatnya.
Pengalaman hidup Abuya tadi jelas membuktikan bahawa dirinya dilindungi dan dipelihara Tuhan. Seorang anak kampung yang terbiar begitu, sepertilah kawan-kawan Abuya yang lain sama ada di Pilin mahupun Segambut, hidup yang daif di zaman penjajahan telah menjadikan mereka golongan yang wujudnya tiada erti apa-apa pun pada bangsa dan negara. Di sudut dunia mahupun Akhirat. Kecuali Abuya, beliau bangun dari tempat yang sama tapi berjaya menjadi pemimpin Islam yang pengaruhnya bertaraf dunia. Bukankah kerana dipimpin Tuhan?
Almarhum Tun Ghafar Baba menceritakan kesusahannya lebih teruk dari Abuya, tapi akhirnya jadi pejuang UMNO yang cukup hebat. Kerana kebetulan terjumpa laluan untuk ke sana. Abuya pula terjumpa Islam, lalu jadilah pemimpin Islam yang bukan calang-calang. Demikian Tuhan menunjukkan kuasa-Nya.
Siapakah yang berkuasa menjadikan seorang yang tidak sekolah tinggi tapi ilmunya sangat tinggi? Hingga mampu mencetuskan sebuah jemaah yang dianggap oleh sebuah kerajaan sebagai satu ancaman. Abuya Ashaari Muhammad buat sistem di dalam sistem. Sampai ditakuti oleh kerajaan lalu dihancurkan. Kemudian dia bangun lagi dengan wibawa yang lebih besar. Kuasa siapakah ini kalau bukan kuasa Tuhan?
Seseorang yang berlaku di tangannya, semua usaha-usaha menghalangnya diambilnya untuk membesar dan menguatkan perjuangannya. Umpama najis yang dilemparkan telah menjadi baja perjuangan. Dan ingatlah bahawa semua keajaiban ini berlaku pada dirinya, adalah dimulai sejak umurnya 5 tahun di tahun 1942, dia sudah bercakap tentang Islam!
Keturunan
Keturunan yang baik-baik, suci lagi mulia, adalah satu standard (syarat-syarat) yang terlalu penting untuk lahirkan manusia yang baik-baik, suci dan mulia-mulia belaka. Itulah asasnya.
Kelahiran rasul-rasul terutama Rasulullah SAW itu sebenarnya sangat ditentukan oleh faktor keturunan. Dijaga sungguh oleh Allah mata rantai keturunannya yang dirangkaikan semuanya dari Nabi Ibrahim sampai lahirnya Nabi Muhammad itu, daripada kejadian zina. Sejauh beribu-ribu tahun, beratus-ratus generasi, laluan yang diambil semuanya selamat dari zina. Lihatlah nama-nama mereka yang berangkai ini:
Nabi Ibrahim – Nabi Ismail – ...... – Adnan – Maa’ad – Nizar – Mudhar – Ilyas – Mudrikah – Khuzaimah – Kinanah – Nadhar – Malik – Fihir – Ghalib – Lu‘ay – Ka’ab – Murrah – Kilab
– Qusai – Abdul Manaf – Hasyim – Abdul Mutalib – Abdullah – Nabi Muhammad SAW.
Datuk yang ke-15 adalah Nabi Ismail manakala datuk yang ke-16 ialah bapa manusia, Nabi Ibrahim. Semua mereka yang merupakan datuk-datuk atau nenda-nenda kepada baginda yang mulia adalah suci, baik-baik, mulia tanpa zina. Demikian juga keturunan sebelah ibu, sampai ke Nabi Ibrahim.
Dengan kenyataan di atas, fahamlah kita hendaknya bahawa faktor keturunan menjadi asas penting untuk kelahiran orang yang baik. Dan kalau benar dia pemimpin kebenaran, pasti punya keturunan yang suci dan mulia. Mari kita lihat ke sana.
– Qusai – Abdul Manaf – Hasyim – Abdul Mutalib – Abdullah – Nabi Muhammad SAW.
Datuk yang ke-15 adalah Nabi Ismail manakala datuk yang ke-16 ialah bapa manusia, Nabi Ibrahim. Semua mereka yang merupakan datuk-datuk atau nenda-nenda kepada baginda yang mulia adalah suci, baik-baik, mulia tanpa zina. Demikian juga keturunan sebelah ibu, sampai ke Nabi Ibrahim.
Dengan kenyataan di atas, fahamlah kita hendaknya bahawa faktor keturunan menjadi asas penting untuk kelahiran orang yang baik. Dan kalau benar dia pemimpin kebenaran, pasti punya keturunan yang suci dan mulia. Mari kita lihat ke sana.
Di Pilin, tahun 40-an hingga tahun 60-an adalah zaman kemunduran dan kemiskinan, sama ada dari segi dunia apalagi Akhirat. Surau-surau menjadi tempat tidur kambing. Masjid pun sama. Tahi-tahi kambinglah yang mengisinya.
Tapi di surau Lebai Ibrahim dan Kiyai Syahid (pak cik Abuya) yang dibuat dari kayu dan buluh, waktu itu cukup meriah terutamanya di malam-malam Isnin dan Khamis dengan ibadah tahlil dan maulid. Abuya membesar di rumah yang semua orang di dalamnya sembahyang dan bertarekat.
Bapanya, Muhammad bukan saja beragama bahkan bertarekat walhal waktu itu orang Melayu umumnya bukan saja tidak bertarekat, bahkan sembahyang pun tidak.
Bapa kepada bapanya iaitu Idris adalah murid pengajian di jemaah pengasas tarekat di Klang. Ertinya dia juga pengamal tarekat sufi.
Diceritakan oleh bapa Abuya bahawa datuknya iaitu Haji Ali datang dari Yaman, dari keturunan Bani Tamim.
Maimunah, ibu Abuya adalah sepupu kepada Syeikh Suhaimi, ahlul bait yakni dari keturunan Rasulullah. Ertinya mereka dari satu datuk, yang mana bapa atau ibu mereka adik-beradik. Datuk mereka yang datang dari Wonosobo, Indonesia, sebenarnya berdarah Arab Syria. Mereka berhijrah ke Timur untuk selamatkan iman dari kemasukan Wahabi di sana. Keturunan sebelah ibu Abuya itu berhijrah ke Malaysia dan akhirnya melahirkan Abuya di Pilin, Rembau, Negeri Sembilan.
Ertinya, melalui salasilah bapanya, Abuya Ashaari bin Muhammad bin Idris bin Ali bin Malek (Bani Tamim).
Melalui salasilah ibunya pula, Abuya Ashaari bin Maimunah binti Ilyas bin Omar (ahlul bait dari Bani Hasyim).
Kedua-dua ibu bapanya pengamal tarekat Muhammadiah. Oleh kerana bapanya dari Bani Tamim sedangkan ibu dari Bani Hasyim, maka Abuya dinilai sebagai Bani Tamim. Walhal darah keturunan dari Bani Hasyim juga ada dalam diri Abuya. Namun semuanya sudah nipis, kerana perkahwinan campur yang berlaku antara keturunan mereka.
Pernah disebut oleh Sayidi bahawa siapa-siapa yang direzekikan untuk beriman dan berjuang dalam jemaah kebenaran adalah seorang yang berketurunan baik, sama ada dari darah Bani Hasyim atau Sahabat Rasulullah.
Bukan senang untuk ikut pertahankan Allah dan Rasul di zaman jahiliah ini melainkan mereka-mereka yang ada kekuatan istimewa, yakni mendapat doa dari Rasul dan para Sahabat yang bilamana mendengar adanya Ikhwan di akhir zaman, mereka sangat cemburu lalu terus berdoa agar mereka atau keturunan mereka akan ikut terlibat dalam jemaah Ikhwan itu.
Pernah diejek-ejek orang tentang Abuya kononnya dia dari keturunan Boyan (Pulau Bawean yang terletak di utara Jawa). Memang diketahui umum, di Pulau Bawean itu ramai penduduknya dari keturunan Bani Tamim. Paling tidak, kebanyakan penduduknya orang Jawa yang mana orang Jawa ini terkenal sebagai keturunan mulia. Di Kuala Lumpur pun ada perkampungan Boyan. Anda boleh ke sana untuk melihat ciri-ciri kehidupan mereka yang unik (berjemaah).
Pernah seorang warga Mesir, Syeikh Muhammad Ali Al Muthowi’ (PhD Usuluddin dari Universiti Al Azhar), yang merupakan seorang Naib Syeikh Tarekat Rifa‘iah Syazaliah Mahmudiah, bila ditanya pendapatnya tentang Abuya itu berketurunan dari Bani Tamim, dia berkata ada dua kaedah untuk menilainya:
1 Nasabnya.
2 Ciri-cirinya.
Walaupun nasabnya tidak begitu jelas, namun ciri-ciri peribadi dan watak perjuangannya sangat membuktikannya.
Kita tentu setuju bahawa setiap orang yang berjaya dalam bidangnya, biasanya dia mempunyai latar belakang keluarga yang begitu. Seorang peniaga berjaya misalnya, adalah berketurunan peniaga. Seorang pemimpin itu lahir dari environment kepemimpinan.
Demikianlah sebenarnya kelahiran orang Tuhan, pemimpin kebenaran, mestilah dari sejarah yang bersifat kebenaran. Tanpa itu, mustahil Allah hendak hidupkan agama-Nya yang mulia, di tangan orang yang kotor! Orang Tuhan, orang Rasul yang akan diberi wahyu atau ilham tentulah dipersiapkan untuk mampu melakukannya.
Agama dibaharui oleh orang yang ada ilmu pakar tentang bagaimana reformasi agama itu berlaku. Wajib baginya untuk belajar langsung dengan Rasulullah. Bukankah baginda arkitek veteran yang mampu mengajar studentnya melalui talian roh?
Jadi bilamana di tangan Abuya lahir semula agama; dalam keluarganya, masyarakatnya dan sistemnya; walaupun berdepan dengan seribu satu halangan, tetap dapat dilepasinya maka orang-orang yang arif sangat tahu bahawa beliau datang dari keturunan yang dijanjikan.
Dan ketahuilah juga wahai umat Islam bahawa kemampuan Mustafa Kamal Attartuk menghancurkan agama yang dibangunkan oleh Muhammad Al Fateh (yang disebut Hadis) adalah kerana beliau itu dilahirkan oleh bapak-bapak syaitan yang teramat jahat. Yang kekuatan kejahatannya sanggup mencabar Allah dan Rasul. Program untuk melahirkan Mustafa berlangsung selama 200 tahun oleh Yahudi dengan mengahwinkan anak-anak zina sesamanya untuk ke sekian banyak generasi. Ertinya keturunannya cukup jahat.
Demikian jugalah halnya dengan orang yang membunuh agama Turki Usmaniah, iaitu seorang Wahabi di Mekah, sebenarnya seorang yang ‘dilahirkan’ oleh syaitan. Yang kejahatannya dibina dalam dirinya sampai sanggup jadi perosak agama atas nama agama. Ertinya keturunannya juga jahat.
Untuk mengesan keturunan Abuya Ashaari Muhammad lagi, kita boleh lihat siapa yang memeliharanya.
1. Muhammad bin Idris, ayah kepada Abuya
Ayah kepada Abuya disekolahkan di sekolah Inggeris tapi didikannya agama. Sebab itu dia bekerja sebagai seorang pegawai kastam tapi peribadinya beragama. Tidak pernah buka songkok. Waktu pergi kerja pun memakai songkok. Dia akan sanggup duduk di tikar sembahyang daripada Asar, Maghrib ke Isyak dengan satu wuduk. Anaknya tidak seorang pun bersekolah Inggeris. Bahkan beliau berpesan agar anakanak jangan kerja makan gaji tapi kerja sendiri. Kalau bercakap, mesti berkait dengan agama, dengan merujuk apa kata gurunya, Kiyai Syahid, yang dipetik dari Quran dan Hadis. Hampir setiap hari, lepas Asar, beliau bercerita-cerita atau memberi kuliah kepada keluarganya tentang serba-serbi hal agama, kebangkitan Islam dan pemimpin-pemimpin Islam yang bakal lahir. Dia seorang ahli tarekat yang kuat berwirid dengan Aurad Muhammadiah.
Abuya dididik dengan miskin. Di rumah, hidupnya agak mewah tapi di luar, dia miskin. Dia berjaya menanamkan rasa bertuhan ke hati Abuya. Muhammad tidak berhutang. Sakit, tidak pernah ke hospital. Walaupun boleh bercakap Inggeris tapi dia tidak berbahasa Inggeris. Kalau kawan-kawan datang ke rumah, mereka cakap Inggeris tapi bapa Abuya berbahasa Melayu. Kerana jiwa agamanya terlalu mendalam, maka terbentuklah peribadi pelik begitu.
Memang dia seorang yang pelik. Waktu kanak-kanak, ketika sedang bersekolah rendah dan menengah, terjadi pada dirinya tiga kali mati. Namun ketiga-tiganya itu, bila diuruskan pengebumiannya, dia hidup balik. Beliau benar-benar meninggal pada tahun 1973 di Segambut, di anak sungai sebelah rumahnya dalam keadaan duduk tahiyat akhir. Yakni ketika mandi dan berwuduk di air yang cetek, jernih itu. Dia dapat pertahankan dan selamatkan Abuya untuk membesar sebagai seorang ulama, pejuang Islam, tanpa terpengaruh dengan persekitaran yang rosak. Itu adalah jasa besar Muhammad. Bukan calang-calang orang boleh buat kerja ini.
2. Lebai Ibrahim (Penjaga dan Pengasuh Abuya)
Abuya berada di bawah jagaan Syeikh Lebai Ibrahim selama 5 tahun (1948-1952) di Pilin. Mengenali wataknya dari dekat, Abuya berani menyatakan peribadi ini adalah peribadi contoh salafussoleh yang hidup di zaman ini. Di antara watak Lebai Ibrahim itu ialah:
a. Ahli abid, ahli zikir yang jadual hidupnya banyak di tikar sembahyang dengan Allah.
b. Setiap hari dia akan masak tengah hari untuk sesiapa saja yang lalu di depan rumahnya. Bukan mesti ada lauk istimewa. Ada ikan masin dan sambal belacan pun cukup untuk dia tetap memanggil siapa saja yang lalu. Hingga ada orang bila time makan, memang sengaja lalu di situ.
c. Bila kenduri-kendara, dia mengetuai kerja memasak dan menyumbang sebahagian besar keperluan kenduri.
d. Kalau ada pesta di Kampung Pilin seperti ronggeng dan sebagainya, Lebai Ibrahim akan hilang selama seminggu. Dia akan pergi ke Lubok Cina, rumah adiknya. Alasannya tidak mahu subahat, takut bala Allah menimpanya.
e. Inilah orang yang buat jasa pada Abuya iaitu berjaya mendidik Abuya untuk jatuh hati dengan tarekat. Hingga akhirnya Abuya minta diijazahkan Aurad Muhammadiah. Maka pada tahun 1950, ketika umur 13 tahun, terjadilah sejarah di tangan Syeikh Lebai Ibrahim, Abuya Ashaari Muhammad diijazahkan Aurad Muhammadiah di Pilin. Ketika Abuya menziarahinya, mengenang jasanya yang besar inilah maka namanya dimuliakan dengan diletakkan di antara dua nama besar pemimpin Islam iaitu Abuya dan Sayidi dalam salasilah susur galur amalan tarekat ini yang dibacakan oleh pengamalnya, disebut-sebut di antara dua mujaddid seolah-olah dia juga sedarjat oleh kerana jasanya itu.
Bukan senang hendak buatkan anak didik mahu bertarekat. Di zaman itu, pengaruh sekitar sangat memungkinkan anak-anak remaja jadi liar, tidak sembahyang dan suka keluar berfoya-foya dengan kawan-kawan. Tahun 1960, mana ada remaja yang beragama waktu itu.
Maka kalau Lebai Ibrahim sampai mampu ijazahkan Aurad Muhammadiah kepada anak peliharaannya, sungguh dia telah membuat kerja yang sangat besar. Bagaikan kerja seorang mujaddid. Tidak hairan kalau Abuya namakan dia contoh salafussoleh yang hidup di zaman ini dan namanya disebut-sebut setiap waktu selepas sembahyang oleh seluruh pengamal Aurad Muhammadiah ini, sebagai seorang yang layak menerima hadiah pahala dari semua bacaan Aurad Muhammadiah itu.
3. Kiyai Syahid
Abuya juga pernah dijaga oleh Kiyai Syahid dari tahun 19411943 (3 tahun). Beliau bertaraf khalifah kepada Sayidi Syeikh Suhaimi. Yakni guru kepada Lebai Ibrahim juga. Lebai Ibrahim bertaraf wakil. Beliau juga boleh ijazahkan aurad. Tidak pernah tinggal puasa sunat Isnin Khamis. Pernah sekali dihempap dahan getah lantas dia berkata, “Eden lupa posa Senin.”
Di antara ramai-ramai khalifah Muhammadiah yang Sayidi lahirkan, hanya Kiyai Syahid yang diberi tauliah untuk mengajar kepada jin. Kata Kiyai Syahid, jin-jin itu masuk ke kelasnya. Semua dalam wajah perempuan dan cantik-cantik. Jasa besarnya ialah membangunkan Pilin sebagai sekolah Muhammadiah hingga menjadi kunjungan ramai. Yang terpenting ialah dapat membesarkan Abuya di sana, dengan dunia sembahyang, tahlil, maulid hingga tertanamnya citacita Islam tulen di hati kanak-kanak itu.
No comments:
Post a Comment