Abuya Ashaari Muhammad mula bersekolah kebangsaan (sekolah rendah) lewat sedikit dari umur sepatutnya dikeranakan zaman Jepun, iaitu ketika berumur sepuluh tahun (1947), dua tahun selepas Jepun balik. Sebenarnya sekolah sudah ada sebelum itu. Tapi Lebai Ibrahim pula tidak mahu hantar Abuya bersekolah. Menunggu sekolah Arab agaknya.
Kelas mengaji Quran Abuya bermula pada tahun 1945 tanpa menunggu Lebai Ibrahim. Atas keghairahannya mencari ilmu, terus sahaja beliau pergi sendiri mengaji ke
rumah Kak Tupin (guru Quran di Kampung Pilin) tanpa pengetahuan Lebai Ibrahim. Tersinggung jugalah Lebai Ibrahim yang juga imam di kampung itu. Bilamana anak saudara peliharaannya itu melanggar adab sehingga terkeluar dari mulutnya, “Bukan sahaja engkau aku boleh ajar, tapi bapa engkau pun boleh!” Abuya khatam Quran waktu berumur sembilan tahun. Oleh kerana kelancaran dan minatnya, dia juga turut mengajar kawan-kawan sebaya yang agak lambat. Mengaji Al Quran waktu malam di Kampung Pilin di rumah Kak Tupin adalah kenangan indah bagi Abuya. Di Pilin, Kak Tupin buat anak muridnya macam anaknya sendiri. Barangkali kerana dia tidak ada anak. Dia akan bagi makan, tidur di rumahnya dan kalau salah dia pun akan marah atau hukum. Abuya selalulah tunjuk muka lapar supaya dapat makan. Pernah sekali waktu Maghrib dalam hujan lebat Abuya dan kawan-kawan lari ke hutan ikut orang-orang tua tembak babi. Kak Tupin dengan sebatang kayu datang mengejar mereka. Akhirnya dapat dan dibawa balik. Begitulah rasa tanggungjawab seorang guru kampung.
rumah Kak Tupin (guru Quran di Kampung Pilin) tanpa pengetahuan Lebai Ibrahim. Tersinggung jugalah Lebai Ibrahim yang juga imam di kampung itu. Bilamana anak saudara peliharaannya itu melanggar adab sehingga terkeluar dari mulutnya, “Bukan sahaja engkau aku boleh ajar, tapi bapa engkau pun boleh!” Abuya khatam Quran waktu berumur sembilan tahun. Oleh kerana kelancaran dan minatnya, dia juga turut mengajar kawan-kawan sebaya yang agak lambat. Mengaji Al Quran waktu malam di Kampung Pilin di rumah Kak Tupin adalah kenangan indah bagi Abuya. Di Pilin, Kak Tupin buat anak muridnya macam anaknya sendiri. Barangkali kerana dia tidak ada anak. Dia akan bagi makan, tidur di rumahnya dan kalau salah dia pun akan marah atau hukum. Abuya selalulah tunjuk muka lapar supaya dapat makan. Pernah sekali waktu Maghrib dalam hujan lebat Abuya dan kawan-kawan lari ke hutan ikut orang-orang tua tembak babi. Kak Tupin dengan sebatang kayu datang mengejar mereka. Akhirnya dapat dan dibawa balik. Begitulah rasa tanggungjawab seorang guru kampung.
Minat Abuya kepada ilmu besar sekali. Sesuai dengan besarnya cita-cita Islamnya. Ketika belum dapat masuk sekolah, Abuya begitu tidak sabar hendak bersekolah. Dia selalu ke pagar sekolah untuk mengintai orang belajar. Dan bila dia bersekolah, punyalah sukanya hingga tidak mahu cuti. “Mengapa ada hari-hari cuti pulak. Sekolahlah terus,” kata hatinya. Sebab itu hari-hari cuti pun Abuya pergi bermain di sekolah. Abuya tidak setuju sekolah adakan cuti. Dia mengharap sekolah jadikan 7 hari seminggu semuanya hari pengajian. Cuti tidak perlu baginya.
Sebab itu waktu sekolah di Maahad Hishamuddin, Abuya sanggup pagi sekolah, petang sekolah dan malam pun tuisyen, dari pukul 12.00 tengah malam hingga 1.00 pagi. Dan sikapnya ini hanya dia seorang saja yang mampu melakukannya. Mengapa? Menurut kata Embah Mahmud (ahli abid yang jadi penghubung zaman Sayidi Syeikh Suhaimi dan Abuya sekaligus pembawa berita itu), “Abuya mempunyai kekuatan fikiran, umpama 10 orang punya kekuatan otak.” Dengan kata lain, kalau orang biasa ada 1 otak, Abuya ada 10 otak. Fikirannya sama dengan 10 fikiran orang-orang biasa. Semua adik-beradiknya agak lemah fikirannya. Menurut Embah Mahmud, Abuya bijak adalah kerana semuanya diambil oleh Abuya dari bapanya.
Demikian juga kekuatan jiwanya. Dia tahan terhadap ujian, 10 kali ganda dari kekuatan orang biasa!
Maka orang begini, makanan otak dan jiwa yang perlu disiapkan kepadanya memang 10 kali ganda dari biasa. Itulah sebab mengapa dia gila mengaji dan gila berjuang, memang lain dari yang lain. Oleh kerana Abuya memang seorang yang pintar, rekod persekolahannya sangatlah cemerlang. Tentulah dia menjadi kesayangan guru. Berkawan dengan guru sekolah rendah di Pilin dari sekolah sampailah tua dan sampai guru itu meninggal dunia. Abuya sangat menghormati, mengasihi dan mengenang jasa guru-gurunya.
Semasa Abuya Ashaari Muhammad menjadi pemimpin Darul Arqam, sekurang-kurangnya setahun sekali mesti dibawa anak isteri ziarah Cikgu Abdullah, guru sekolah rendahnya itu. Kak Tupin, guru Quran itu sudah tentulah dibuat macam ibunya. Dibelanjanya menunaikan haji ke Mekah. Abu-ya sangat mengenang jasa dan hatinya begitu direndahkan terhadap gurunya. Seorang lagi guru sekolah yang dia berkawan sampai dewasa ialah Cikgu Bujang namanya.
Sebelum merdeka, sekolah-sekolah banyak mengajar pelajaran praktikal. Kata Abuya, pagar sekolah dibuat sendiri oleh pelajar. Masuk hutan cari kayu untuk tiang kemudian tarik kawat sekeliling sekolah. Selain itu mereka buat senduk dan penyapu.
Pelajar-pelajar juga berkebun hingga sayur-sayur boleh dibawa balik untuk dimasak. Aktiviti lain ialah buat barangbarang tembikar dari tanah liat. Bolehlah dijual sebagai produk sekolah.
Orang kampung Pilin waktu itu sampai tahu buat senapang untuk tembak monyet dan kera di hutan yang makan buahbuahan. Tapi sayang, semua kreativiti orang Melayu itu dibunuh oleh penjajah dengan memasukkan sistem pelajaran khas anak jajahan. Peribumi hanya disuruh jadi pembeli dan makan gaji.
Dengan sistem baru itu, terbunuh jugalah budaya dan cara hidup agama yang mulia. Abuya terkejut sungguh ketika mula pindah ke Kuala Lumpur kerana melihat ikan-ikan darat seperti keli dan haruan itu dijual orang. Sebab di kampung, masyarakat hanya saling memberi dan menerima rezeki pemberian Allah. Terutama buah-buah durian, rambutan, langsat, manggis dan lain-lain itu dianggap pokok bersama. Semua orang boleh makan bila-bila masa dengan percuma. Durian boleh sama-sama tunggu bila jatuh. Siapa dapat dia punya. Jadi Abuya terkejut manggis dijual orang di bandar.
Rasa persaudaraan dan perikemanusiaan sangat tinggi di dalam sistem beragama. Manusia diikat oleh rasa bersama dan kasih sayang. Harta dunia tidak boleh menipu kerana dijadikan milik bersama.
Abuya kerana dibesarkan oleh sistem itu, jiwanya penuh dengan kecintaan pada sistem tersebut. Lalu telah berjaya menghidupkan sistem itu di dalam jemaah perjuangannya. Rumah, kereta, makanan, minuman dan lain-lain boleh dikongsi. Susah sama susah. Senang sama senang.
Di Pilin, sekolah rendah hanya sampai darjah lima (19471952). Jadi untuk menyambung persekolahan, dia dipindahkan ke Segambut, Kuala Lumpur. Maka berpisahlah Abuya dengan Pilin yang baik. Tinggallah sungai tempat melupakan masalah. Tiga kali Abuya hampir-hampir lemas di dalamnya. Tinggallah kereta lembu yang mengheret Abuya ke Lubok Cina. Tinggallah surau yang bersejarah. Tinggallah tanah yang sering bersatu dengan kakinya tanpa kasut. Tinggallah segala makhluk keling keliak, lipan, penyengat, tebuan, ular, kera, kala jengking dan harimau yang sekampung. Semuanya pernah menggigit Abuya (kecuali ular dan harimau) dan meninggalkan parut-parut yang bakal dipindahkan ke Kuala Lumpur. Tinggallah pokok-pokok senduduk yang kena lanyak di waktu ‘peperangan’ yang Abuya lancarkan. Tinggallah sekolah Pilin dan institusi Pilin paling bersejarah kerana di sana Abuya Ashaari Muhammad dilahirkan dan dididik untuk jatuh cinta kepada Imam Mahdi. Wira, idola yang bakal memenangkan dunia Islam itu untuk kali kedua.
Abuya Ashaari Muhammad ialah Pilin yang akan putar (Pilin ertinya putar) Kuala Lumpur, tempat di mana mula berangkatnya kebangkitan Islam itu, untuk sampai memutar dunia jahiliah kepada dunia kebenaran dan keamanan.
Maka pada tahun 1952 berpindahlah Abuya untuk mula bersekolah di bandar. Pindah ke Segambut tinggal di rumah datuk tiri dan nenek tiri pada tahun 1952 yang keadaan hidup mereka cukup miskin.
Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Segambut dalam darjah enam. Petangnya bersekolah agama. Abuya ingat lagi nama guru beliau yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Segambut iaitu Cikgu Sani.
Manakala guru agama di Sekolah Agama Segambut ialah Ustaz Mohd Amin Osman dan Ustaz Mokhtar Abdul Manaf. Kedua-duanya orang Segambut dan kelulusan Pesantren Imam Bonjol, Padang, Sumatera, Indonesia.
Seorang lagi guru agama, orang Segambut, kelulusan Padang, juga turut pernah mengajar Abuya pada tahun 1952 di Pilin. Yakni 6 bulan sebelum Abuya pindah ke Segambut, Ustaz Haji Arsyad Khadiman telah pindah ke Pilin. Buka sekolah agama di sana. Sampailah hajat Abuya hendak belajar sekolah Islam di Pilin dengan adanya sekolah agama itu. Tapi cuma sempat 6 bulan.
Bila pindah, sambung mengaji Arab di Segambut dengan dua orang ustaz yang disebut di atas. Dengan merekalah yang Abuya ceritakan dia terasa disayangi dan ingin sekali meyakinkan Abuya tentang ajaran Kaum Muda yang diambil di Padang. Tapi hati Abuya menolak.
Penulis sungguh terkejut ketika Abuya menceritakan perihal salah seorang guru agama sekolah rendahnya yang bernama Ustaz Haji Arsyad Khadiman. Kejadian yang berlaku 60 tahun dulu dapat diingat dengan terperinci sekali, walhal saya sendiri sudah lupa semua maklumat-maklumat semasa saya di sekolah rendah dahulu, yang tempohnya lebih pendek. Kata Abuya, Ustaz Haji Arsyad Khadiman itu termasuk manusia pelik. Sebelum dia membuka sekolah agama sendiri, dia bekerja sebagai wartawan Utusan. Sekolah agama miliknya bila maju diserahkan pada orang. Dia buka yang lain. Bila maju serah lagi. Begitulah wataknya.
Lebih ajaib lagi dengan guru agama Abuya ini, di mana sahaja pergi, dia akan berniaga. Bila maju, dia serah pada orang. Dia buka yang lain. Bila sudah maju, dia serah pada orang. Terakhir sebelum dia meninggal, sempat menjadi bintang filem. Wataknya lagi, kalau dia ada duit, dia pemurah tapi waktu dia tidak ada duit dia akan meminta-minta pada orang. Haji Arsyad kawan bapa Abuya, sebab itu Abuya kenal wataknya.
Kelihatannya persekolahan Abuya lebih banyak bersifat tidak formal dari yang formalnya. Boleh dikatakan dunia kehidupan Abuya 24 jam dalam sehari itu semuanya persekolahannya. Apa yang ditemuinya terutama dalam peristiwa yang berlaku akan dikaji, dikenang, difikirkan, diambil natijah dan diambil sebagai panduan atau peringatan. Ringkasnya dia mampu dan banyak berguru dengan alam.
Pilin itu dibacanya habis, watak sungai, watak manusia, watak binatang, watak hutan, pokok-pokok, ikan-ikan, watak alam dan lain-lain. Abuya kalau makan dengan anak-anak, dia tanya nama ikan yang digulaikan. Katanya, “Kalau hal dunia depan mata, hari-hari makan, pun tak diambil tahu, dengan hal-hal Akhirat lagi jauhlah.” Itulah contoh kecil, betapa prihatin dan minatnya beliau dengan ilmu.
Sebab itu fikirannya sangat tajam dan ke depan. Ketika di soal Dr Mahathir Mohamad waktu jadi PM, “Kamu kata perjuangkan iman sedangkan kalau orang Melayu miskin, ada iman pun nak makan apa?”
Abuya menjawab, “Brunei, Saudi dan Negara Teluk kaya raya, jadi ceti dunia. Tapi negara dan bangsa itu lemah juga.”
Kata Mahathir, “Hujah ini saya tak pernah dengar.”
Kali kedua dipanggil Mahathir tahun 2001 ke Putrajaya. Mahathir berkata, “Mengapa kamu suka mengaku sebagai itu dan ini?”
Abuya jawab, “Orang nak puji ke, orang nak keji ke, saya tak boleh halang. Rasanya waktu ini lebih ramai orang yang keji saya daripada puji, sama ada saya mengatakannya atau tidak.”
Marahnya Mahathir kerana Abuya mematahkan cakapnya. Lalu dia berkata, “Kerajaan akan bertindak kepada kamu.”
Abuya bangun dan berkata, “Allah akan bertindak kepada kamu.”
Itulah hasil persekolahan awal di Pilin. Seorang Perdana Menteri yang bijak, tewas berhujah dengannya. Bila dia ditangkap oleh Mahathir, dia kata Mahathir akan jatuh kerana menghalang kebangkitan Islam. Betul, Mahathir jatuh waktu Abuya dalam ISA lagi.
Pilin bagaikan sebuah universiti untuk Abuya. Ijazah yang diterima di sana, rupanya bukan setakat untuk dapat cari makan dan tempat tinggal. Tapi sampai membolehkan Abuya menjadi pencetus sistem Islam di Malaysia. Pengaruhnya bertaraf dunia dan ramai orang dapat hidup bersamanya. Bahkan potensinya waktu ini dilihat mampu selamatkan Malaysia dari segala bentuk ancaman.
No comments:
Post a Comment