Nabi itulah, dia yang terlalu menyayangi, Dan menginginkan keselamatan untuk ku,Dan membimbangkan kecelakaan menimpaku, Sanggup menangis 1000 tahun untuk nasib baiknya diriku.-------Untuk Tempahan Membuat Blog,Hubungi 011-2881 1726 atau Pin BB:7F2ED589

Saturday, October 29, 2011

Abuya hanya mampu beri kamu Tuhan



HARI INI 30 OKTOBER 2011 sangat2 meriah di seluruh pelusuk dunia.Seluruh dunia menyambut hari kelahiran insan pilihan Tuhan yaitu Abuya.Terima Kasih Abuya kerana tidak jemu2 mendidik kami.Saya rasa sangat beruntung kerana dapat mengambil berkat Abuya dengan tarikh lahir kita yang sama





Beberapa hari lepas,kami di 'kidnap' oleh seorang kawan kami..Katanya nak belanja makan lah konon2.Tapi agak pelik hari tu,kerana secara tiba2,beliau nak belanja kami makan.Tanpa segan silu,kami terus je mengikut haluannya..Rupa2nya,kami di WAKANABEB kan oleh dia.Kami dibawa ke satu seminar usahawan..Hmm,agak pelik..Sepanjang seminar tu berjalan,berbagai ragam penceramah aku lihat.Semuanya menceritakan tentang dunia mereka.Nak kereta besar,rumah besar,duit banyak.Hmm,duit tak menjamin kita selamat dunia akhirat..Tiba2,aku agak tertarik dengan seorang penceramah ni,beliau memberikan ceramahnya dengan penuh nada sayu.Beliau menasihatkan kami,'muhasabahlah diri kita.'Katanya kenapa kita tidak boleh hantar duit setiap bulan ke kampung.Padahal mak kita mengandungkan kita 9 bulan.Katanya,saya siap hantar mak saya pergi haji lagi dengan wang beribu-ribu.Dalam hati ni aku berkata,"bolehlah kau kaya.Sambung penceramah itu lagi,beliau menawarkan kami meminjam duit dengan ah long untuk sertai kelab usahawan itu.Katanya,beliau sanggup menghadapi risiko meminjam duit dengan ah long....Hmm,dahsyat sungguh,untuk dunia mereka sanggup lakukan apa sahaja.Tapi untuk Tuhan???........ Dulu,ketika masih kecil,mak aku 'first time' memberitahuku tarikh kelahiran aku..Aku sangat terkejut kerana tarikh lahirku sama dengan Abuya.Rasa gembira sangat seperti orang yang baru mendapat hadiah besar.Maklumlah tak pernah dapat melihat muka abuya secara 'real'.Mak aku pun mengajar aku bagaimana nak berhadapan dengan Abuya nanti.Kot2 la kalau Abuya jemput hadir untuk sama meraikan..Kerana kata kakak aku yang pernah duduk di labuan bersama abuya,Abuya suka meraikan,lagi2 kalau ada orang yang sama tarikh lahir dengan Abuya..Dulu pon pada tahun 2009,aku dibawa oleh ustaz zawawi aman dan us jaafar(guru tahfizku zaman dulu)Aku dibawa mereka ke Nilai untuk sambut hai lahir Abuya.Kebetulan hari jadi aku jugak.Masya Allah,punya lah ramai orang menghadiahkan Abuya dengan pelbagai hadiah.Ada yang bagi kereta,rumah,hamper dan macam2 lagi.Maklumlah abuya ramai kenalan.Tetapi,abuya jenis tidak tamak dan cintakan dunia.Setiap hadiah itu diagih-agihkannya agar pengikutnya dapat merasakannya.Baiknya hati seorang pemimpin ini.Keutamaan hadiah2 ini diberikan kepada sesiapa yang tarikh lahir sama dengan Abuya.Kami pon diberi nombor2 untuk cabutan bertuah.Beruntungnya sesiapa yang dapat hadiah rumah,kereta dll daripada Abuya.Tapi nasib tidak menyebelahi aku.Belum sempat nombor cabutan betuah dibacakan,aku dibawa ustaz2 tahfiz aku tadi ke tempat lain atas tujuan tertentu.Kecewanya aku diwaktu itu.Nak tatap wajah abuya tak dapat,hadiah dari abuya pon x dapat. Tetapi tak mengapa.Mungkin ada hikmahnya..Akhirnya pada tanggal sebelum pemergian Abuya untuk dapatkan daulah,impian aku terlaksana.Di thailand,aku dapat memicit abuya sepuas hati..Sepanjang kuliah ummu tentang poligami itu,aku mengambil kesempatan mengambil power dari badan insan yang mulia itu..Di situ baru aku paham,abuya mampu berikan pengikut-pengikutnya Tuhan..Abuya yakinkan semuanya bahawa Tuhan itulah segala-galanya.Tanpa Tuhan,kita tidak boleh hidup..Tuhan mampu beerbuat apa sahaja terhadap kita.Mengalahlah dengan Tuhan.Semua ini miliknya,tiada milik kita..Kita hidup dan berpijak pon dibuminya.Kalau tak bersyukur,pergilah bumi lain yang bukan milik Tuhan.Allah,Hebatnya Allah..Kami terharu namaMu bergema kembali selepas kedatangan Abuya.Terima kasih Abuya beri kami Tuhan..
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN ABUYA



3 comments:

  1. selamat ulangtahun yang ke......? May Allah bless u..

    ReplyDelete
  2. siapa?? Abuya atau saya??huhu..saya ngan abuya sama tarikh lahir..

    ReplyDelete
  3. laa..kamu la wish tu saya ucapkan..Abuya saya tahu 73, kamu? :P

    ReplyDelete