Nabi itulah, dia yang terlalu menyayangi, Dan menginginkan keselamatan untuk ku,Dan membimbangkan kecelakaan menimpaku, Sanggup menangis 1000 tahun untuk nasib baiknya diriku.-------Untuk Tempahan Membuat Blog,Hubungi 011-2881 1726 atau Pin BB:7F2ED589

Friday, June 5, 2015

Kisah Harga Senafas Oksigen


Maka, Nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kau Dustakan - surah ar rahman



Petang itu cukup indah, pelangi petang menghiasi langit tatkala setelah turunnya hujan.
Kelihatan asyraf sedang membaca akhbar sambil menghirup secawan air kopi dan 
menjamah pisang goreng yang dibelinya di hadapan rumah.Sedang dia membelek-belek 
akhbar yang dibacanya itu,tiba -tiba dia terpandang satu tajuk yang menarik perhatiannya.
Tajuk akhbar yang menceritakan tentang harga oksigen yang dijual di hospital.
Lintas di dalam hatinya "Ade jgak orang jual oksigen?" tersengih dia seorang diri sambil 
menghela nafas panjang.Selesai membaca info itu, dia mula menyelak helaian demi helaian 
akhbar itu.Kali ini dia ternampak pula artikel yang terpampang
' Bayi perlu Oksigen demi meneruskan hidup' ..Bisiknya di dalam hati " Kesiannya baby ni, 
kecil lagi dah diuji sebegini..Nasib baik la aku boleh bernafas lagi...Sedang sibuk dia membaca, 
tanpa disedari matahari sudah mula terbenam di ufuk barat. Hari sudah mulai gelap.............
"Ehh  dah nak maghrib rupanya.......



Malam itu asyraf sibuk menyiapkan kertas Kerja yang diberikan bossnya untuk disiapkan.
Suasana dalam rumah agak sunyi kerana dia tinggal berdua dengan kawan baiknya Luqman..
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.Kreeekkk........

Pintu dibuka.Ia dikejutkan kehadiran kawannya Luqman
"Asyraf,jom2 siap sembahyang,dah nak msuk waktu ni.Tak nampak ke jam tu dah pukul berapa".
tegur kawan baiknya sambil menjeling jam.
"Ala man..jap la,aku nak siapkan report ni.Esok aku nak tunjukkan kat bos laa.
Kalau tak siap,bos aku marah,kene buang keje.Mana aku nak cri duit oi..Takde duit tak boleh hidup bro..hehehe". selamba asyraf menjawab

"Astagfirullahala'zim"....istigfar si Luqman.."Apa yang kau cakap ni asyraf.Selama ni kau ingat
boss kau ke yang bagi rezeki tu.Boss kau tu manusia juga macam kita.Rezeki dia pon
Tuhan bagi.Bila-bila masa Tuhan boleh tarik balik..Sekarang ni, kita utamakan Tuhan dulu,
selesaikan urusan kita dengan Allah,barulah Allah selesaikan urusan kita" nasihat Luqman.

"Aduh..Kau ni selalu sangat membebel.Macam mak nenek la.Kau tak faham ke,esok aku kena
hantar report ni,kalau tak siap aku kene buang kerja.Bila kena buang kerja,duit takde.
Bila duit takde siapa nak bayar bil api,bil elektrik,sewa rumah semua ni?Ke selama ni kau yang
bayar sorang?? Haa..kan aku dah repeat ayat yang sama." balas asyraf.

Luqman menggelengkan kepalanya.Begitulah asyraf.Tiap kali dinasihat,bagai mencurah air
di daun keladi.Masuk telinga kanan keluar tinga kiri..Luqman melangkah keluar dari
bilik asyraf.Dia berdoa dalam hatinya agar asyraf diberikan petunjuk oleh Allah.

Jam menunjukkan 1.30 pagi.Di atas meja kelihatan penuh dengan file-file dan kertas kerja yang perlu disiapkan.Asyraf sudah mula tersengguk-sengguk menahan mengantuk.Akhirnya dia terlelap di hadapan komputernya.


.....................................................................................................................................................


Di luar rumah mereka terdapat seorang posmen sedang meletakkan surat dari rumah ke rumah.
Asyraf yang dari tadi memerhatikan posmen itu  berharap agar posmen menghantar ke peti surat 
rumah mereka juga.Entah mengapa kali ini beliau begitu teruja menunggu surat dari posmen.
Akhirnya harapan Asyraf tercapai juga.Posmen itu memasukkan beberapa keping surat ke dalam 
peti surat rumah mereka.Asyraf tergesa-gesa ke luar rumah untuk mengambil surat-surat itu.
Sebaik dia mengambil surat² itu,dia terus masuk ke dalam rumah.Kemudian dia membuka satu 
demi satu surat berkenaan.

"Surat bil api,bil air,bil astro............"
Tiba² dia tergamam...........terselit satu lagi bil.

"Bil oksigennnnn !!!?????"
Haaa !!!!?? Sejak bila ada bil oksigen??aku tak pernah dengar pon.."katanya dalam keadaan resah..

Dia mula merasa sesuatu yang tidak kena. Asyraf membelek-belek bil berkenan.Ternyata bil itu
sememangnya dihantar untuknya.Kos pembayarannya begitu tinggi.Terdetik di fikirannya tiap
oksigen yang dia hirup..
"Wow memang tak terkira..."Huh.. Merepek!!!!   Dia lantas mengeronyokkan 
bil itu dan dibalingnya ke tong sampah. ...

Namun begitu jauh di dasar hatinya merasa serba salah.
Malam itu, Asyraf dan Luqman pergi ke pasaraya besar untuk membeli barang² keperluan dapur.
Luqman memandu dan asyraf duduk disebelahnya. Di pertengahan jalan, enjin kereta mereka
tersemput-semput dan terberhenti di tepi jalan. Setelah diperiksa,rupanya kehabisan minyak.
Mereka buntu kerana jalan yang dilalui agak sunyi dan menyeramkan kerana di sekelilingnya hutan
dan semak samun..Hanya beberapa tiang lampu yang menerangi jalan yang suram..Ditambah lagi
bunyi cengkerik dan burung hantu ..Sekali sekala ada beberapa kereta melewati.Namun agak sukar
untuk meminta pertolongan.Nun jauh di hujung sana terdapat pondok telefon lama terpacak ..
Luqman tekad untuk pergi ke pondok telefon itu kerana telefon bimbit mereka berdua tiada line dek kerana kawasan pendalaman.Tinggalah Asyraf keseorangan di dalam kereta.

Asyraf memandang sekeliling.Dia merasakan dirinya diperhatikan sesuatu..Dalam keadaan samar² ,
dia melihat kelibat Luqman jauh di hujung sana mendekati pondok berkenaan.Kabus malam memenuhi
ruang permukaan jalan.Semakin lama kelibat Luqman lenyap dalam kepekatan malam dan kabus awan.
Asyraf mula merasa seram sejuk.Bulu romanya tiba² naik.Hujan mulai turun rintik²..Dia memandang
keadaan sekeliling yang menyeramkan itu.Tiba² dia terpandang di cermin sisi kereta kelibat dua makhluk berpakaian serba putih berjalan terawang-awang ditengah kepekatan malam mendekati keretanya.
Dia bertambah takut yang amat sangat dan segera mengunci keretanya.Dia kaku.Mulutnya bagai
terkunci untuk membaca ayat² suci Al-Quran.Dia melihat semakin lama semakin hampir.Dia tunduk dan menekap mukanya di kerusi kereta dan menjerit...

"Jangan ganggu aku!!!!"..Tiba² pintu kereta yang sudah dikunci tadi dibuka.Dia semakin kecut dan
tidak berani mengangkat muka....

Krekkkkkkk....dushhh.....bunyi itu di luar keretanya.Dia mula memberanikan diri.Sedikit demi sedikit kepalanya diangkat.Terlihat dua makhluk aneh berdiri di luar kereta yang memandangnya tajam...

"Engkau diberi tempoh 3 hari lagi untuk menyelesaikan bayaran oksigen yang kau hirup !!! Kalau engkau tak bayar , tunggulah akibatnya.Akan dihentikan udara ini untuk kau lagi !!!" Gertak mereka dengan suara yang penuh garau dan menakutkan.

Dia kembali tunduk kerana ketakutan.Kelibat itu menghilang secara tiba²...Bahunya disentuh seseorang.
"Aaaaaaaa tolong jangan ganggu aku lgi !!! " menjeritnya bagai histeria.Bahunya ditepuk²." Asyraf,kenapa ni? suara kawan baiknya Luqman memecah kesunyian.

" Mannn!! Aku takut..jom cepat kita gerak.

." Macammana nak gerak minyak takde" kata Luqman..Asyraf ketakutan sampai terlupa yang kereta mereka sudah kehabisan minyak..

"Takpe asyraf, aku baru dpt minyak ada dua orang pakcik tua bagi waktu di pondok telefon tadi..Alhamdulillah,jom tolong aku isi." Luqman mengajak asyraf keluar kereta.Asyraf bingung dalam ketakutan.Dia menyangka dua makhluk aneh tadi yang berjumpa dengan Luqman..

Kereta mereka terus berjalan mengharungi jalan yang sepi itu..Sampai di stesen minyak,
Luqman menyuruh Asyraf mengisi minyak kerana minyak yang diberi tadi tidak cukup untuk
menyambung perjalanan..Asyraf melangkah longlai ke kaunter pembayaran.Selesai membayar,dia terus menggapai pili pam dan memasukkanya ke dalam tangki minyak..Sambil menunggu isi minyak, dialihkan pandangannya ke meter minyak yang berjalan laju. Semakin lama semakin tinggi liter minyak yang diisi. .Fikirannya terbayang-bayang tiap liter hirupan oksigen yang dia hirup..Pasti lagi banyak dihirup 
dibandingkan minyak yang diisi di tangki kereta yang tidak seberapa itu. Dia takut, peristiwa tadi 
masih belum dapat dilupakannya..Kejadian siang tadi juga menghantuinya


Sampai di pasaraya besar, mereka terus masuk dan mencari barang keperluan dapur.Luqman memerhati
Asyraf yang tidak bersemangat itu.

" Ehh Asyraf, kau ni dah kenapa.Selalunya tangan kau laju je capai barang nak beli.Ni aku tengok 
muram,sedih je.Cuba cerita kat aku, apa yang dah jadi sebenarnya ". kata Luqman dalam bimbang. 

"Aku takde ape².Cuma aku penat sikit ".Asyraf cuba menyorokkan peristiwa yang menimpanya tadi. 

"Cepatla amik barang keperluan dapur rumah kita,barang² dapur dah nak kering tu.Selalunya macam² 
benda kau isi dalam troli selagi tak tergolek troli tu, ". usik Luqman sambil melihat dalam troli hanya ada beberapa barang..

"Takde lah man,mulai saat ni aku nak berjimat.Macam2 benda lagi aku nak bayar pakai duit.Nak bayar sewa rumah,bil air, bil api, (bil oksigen lagi) katanya dalam hati..

"Ooo sejak bila kau pandai berjimat ni.Kelakar pulak aku tengok.Hahaha..." ketawa Luqman.



Hari bersilih hari.Asyraf mulai takut menunggu hari esok dan seterusnya.Dia kembali teringat dua lelaki
yang datang kepadanya tempoh hari.Dia mencari semula bil oksigen yang dibuangnya.
Perasaanya berkecamuk.Dia terjumpa semula bil itu didalam tong sampah.Dia menggigil mencapai kertas
yang sudah berkeronyok itu.Diteliti elok² bil itu.Ksemua jumlah perlu dibayarnya sebanyak
RM RM56,060 .Satu jumlah yang sangat tinggi.Dia terduduk,seluruh badannya menjadi lemah.
Dia memandang jauh mengenangkan segala kelemahannya.Dia mula mendapat kesedaran diri merasakan dirinya begitu kerdil di hadapan Allah.Sayup² kedengaran azan berkumadang penuh syahdu.

Allahu akhbar.....Allahu akhbar...
Maha besarnya Allah terhadap dirinya.Perlunya Allah di dalam kehidupan insan.Sudi lagi Allah memanggilnya
di waktu ini..Dia bingkas bangun lalu berniat untuk ke masjid...

Selesai sembahyang dan berzikir, seorang ustaz mula memberikan kuliah ringkas.Kuliah yang membuat
jiwanya bergetar. Tajuk yang sentiasa membayanginya yakni tentang nikmat oksigen.

"Tahukah tuan², harga Oksigen di hospital?
RM10 per liter
Harga Nitrogen di hospital pula ?
Haa RM3 per liter.
Tuan² tahu?? Dalam sehari manusia mnghisap :
2880 liter Oksigen, 11376 liter Nitrogen.. 

Jika harus dihargai dengan ringgit Oksigen & Nitrogen yg kita hirup, akn mncapai RM56,060/hari /manusia. Kalau dikalikan sebulan RM56,060x 30hari = RM1,681,818/­org..

Org yg paling KAYA sekalipun tidak akan sanggup melunasi biaya nafas untuk hidupnya, apabila Allah SWT  mnggunakan rumus niaga manusia.
Baru nafas saja, kita sudah mesti membayar RM1,681,818 setiap bulan, dan itu Allah bagi PERCUMA.
Itupun sudah cukup terasa kasih sayang dan rahmat Allah.Itu belum nikmat mata,telinga,hidung.
Kalaulah salah satu nikmat ini dibandingkan dengan amalan kita,tak terkira nilaiannya.
Nafas yang kita hirup setiap pagi.Ada kita terfikir,tiba² Allah STOPkan untuk beberapa jam.
Akhirnya kita mati.Allah boleh buat.Betapa besar dan nikmatnya pemberian ini.Jangan kita mengeluh setiap pemberian Allah.Setiap anggota badan yang ada pada diri kita Allah sudah sediakan dengan sempurna.
Cuba kalau Tuhan buat hidung kita terbalik ke atas?Hujan boleh masuk.Kita sesak nafas dan lemas..
Terpaksa kita susah² nak buat awning pula nak tutup..Tapi tak,Tuhan tidak buat begitu.
Begitu kasihnya DIA pada hamba² NYA..Itupon salah satu rahmat dan kasih sayang Allah pada hambaNYA.Beruntungnya kita ada Allah dan bergantung dengannya.

Selama ini kita bergantung dengan boss kita,kita ingat dia yang bagi kita rezeki.Boss kita bagi kerja,kita kena buat.Tak buat kena marah.Lepastu siap kena buang lagi.Tapi kalau kita bergantung dengan Allah?
Apa kita dapat? Ya Allah mcam² kita dapat.Dapat kebahagiaan,ketenangan.Takde dia minta² apa dengan kita.DIA dah la boss kita.Siap DIA sediakan kita makan,tempat tinggal, rezeki,.FREE plak semua tu.
Dia menjaga kita di setiap saat.Dihantarnya pengawal utk kita yaitu malaikatNYA.Waktu tidur seekor semut pon DIA tak bagi masuk ke rongga kita.

Masihkah kita MALAS BERSYUKUR?

Asyraf segera keluar kerana tidak dapat menahan air matanya lagi.Kali ini dia benar² sedih.Air mata deras mengalir di pipi. "Dengan nikmat nafas sahaja,aku sudah terhutang besar dengan Tuhan.Selama ini aku tidak mempedulikan Allah"katanya sambil memandang langit yang terbentang luas.


Vroommmm....vromm...pinnnn...
Dushhhh.........

Bunyi dentuman dan hentaman yang kuat ke atas dirinya. .Sakit yang tidak terperi dilanggar dan diseret oleh
lori muatan penuh sejauh 80 meter.Kepala dan badannya parah akibat terhantuk kuat.Darah pekat
membasahi kepala dan baju.Kakinya terkulai lembik kerana patah.'Allahu akhbar' tiada kata² yang mampu diucapkan lagi.Matanya menjadi gelap hendak pitam.Saat itu dirasakan sakaratul maut menjengahnya.
Seluruh tubuhnya menggigil.Sebentar lagi nafasnya akan dihentikan.Nafasnya itu milik Allah dan perlu ditarik semula.Di kejauhan, ternampak dua lelaki yang datang kepadanya tempoh hari dengan muka yang menakutkan "Tempoh untuk kau sudah tamat.Tiada lagi masa untuk engkau..


Dia menjerit lemah "Tuhan ampunkan aku !!!"


.....................................................................................................................................................


Fajar pagi sudah mula menyinsing.Matahari semakin timbul di ufuk timur.Burung-burung sudah mula
berkicauan dan terbang mencari rezeki.

"Hei asyraf ! Bangun..dah pagi ni.Kau tak siap pergi kerja ke.Kenapa kau tidur kat meja komputer ni"...kejut Luqman

Asyraf terjaga dari tidur.Rupanya dia bermimpi.Dia menangis semahu-mahunya kerana kesal selama ini dengan sikapnya.Allah masih memberikannya peluang kesempatan untuk hidup.Tiada lagi bayangan dua manusia yang mengugutnya.




Maka, Nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kau Dustakan..
Sesungguhnya, Segala sesuatu adalah dari Allah SWT , dan kembali kepadaNya.
Semoga kita semua sebahagian dari hamba2 yang bersyukur.. Amin

No comments:

Post a Comment