Nabi itulah, dia yang terlalu menyayangi, Dan menginginkan keselamatan untuk ku,Dan membimbangkan kecelakaan menimpaku, Sanggup menangis 1000 tahun untuk nasib baiknya diriku.-------Untuk Tempahan Membuat Blog,Hubungi 011-2881 1726 atau Pin BB:7F2ED589

Friday, March 11, 2011

Indonesia keluar amaran tsunami selepas gempa Jepun

2011/03/11

 

JAKARTA: Indonesia hari ini mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduk Indonesia yang tinggal di kawasan timur negara itu termasuk Papua, Maluku dan Utara Sulawesi.

Penduduk kawasan itu dinasihatkan berjaga-jaga kemungkinan berlakunya tsunami susulan gegaran kuat di Jepun.
Gempa bumi bermagnitud 8.9 itu melanda Jepun hari ini, mencatatkan ketinggian ombak 10 meter yang mengakibatkan kapal dicampak ke pesisir pantai. - AFP



Ulasan:
Bila tentera2 Allah berupa ghaib bertindak,semuanya dihayunkan tidak terkecuali.Perhatian semua!!Mereka sedang ke seluruh dunia untuk menghayun..Dan ulasan mengenai kuda hijau di mesir itu adalah satu daripada berjuta tentera ghaib yg Allah tunjukkan pada kita.Tunggulah masa mereka yakni Rasulullah,Saidi,Abuya sedang berkerja dan untuk selamatkan dunia..Sila hayati lagu2 dibawah







Maha Suci Tuhan, mempunyai tentera yang banyak
Ada yang dapat dilihat
Ada juga yang sebaliknya
Ada tentera yang nyata
Ada yang tak dapat dilihat seperti malaikat
Dan juga rijalulghaibnya

Mereka itu bertaburan dan juga bertebaran
Jika diarah untuk bertindak
Tiada siapa yang dapat menghalang

Gunung-gunung yang gagah adalah tentera Tuhan
Angin petir juga, tentera yang memusnah apa sahaja
Air adalah tentera yang membawa kereta kebal
Yang merempuh apa yang dihadapannya

Tentera inilah
Yang telah menghapuskan kaum yang ingkar
Di zaman Rasul, Nabi dan juga umat dahulu
Yang telah memusnahkan kaum Lut yang derhaka
Yang telah menenggelamkan Firaun
Dan orangnya yang angkuh

Tentera ini akan bertindak
Apabila kaum membuat angkara
Hendaklah takut Tentera Tuhan
Kerana tiada yang dapat menghalang!

 

No comments:

Post a Comment