Nabi itulah, dia yang terlalu menyayangi, Dan menginginkan keselamatan untuk ku,Dan membimbangkan kecelakaan menimpaku, Sanggup menangis 1000 tahun untuk nasib baiknya diriku.-------Untuk Tempahan Membuat Blog,Hubungi 011-2881 1726 atau Pin BB:7F2ED589

Saturday, August 13, 2011

Rindu - sebuah cerita cinta epik.


"Awak , awak kat mana? saya rindu awak lah"
satu mesej ringkas masuk ke handset si jejaka..

Si dara tidak habis2 mengucapkan kata2 cinta dan rindu pada si jejaka..
Maklumlah, alam bercinta..
Semua indah ..
yang buruk jadi lawa..
yang busuk pun jadi wangi..

mungkin ayat2 rindu ini sering kita lihat ditulis terang-terangan di laman sosial ataupun diblog-blog ..

kita sendiri bagaimana?
mungkin kita sendiri juga biasa ucapkan kata2 rindu tersebut pada kekasih..

Rindu itu tidaklah salah..

Rindu itu sendiri adalah hadiah daripada allah..
Perasaan rindu itu dituntut...

tapi rindu yang bagaimana..

Marilah kita bersama menghayati sebuah cerita rindu yang agung..

Satu cinta dan rindu yang luar biasa.

berlaku 1425 tahun yang lalu..
_____________________________________________________________________________


 Hari itu..
hari yang cukup indah
seorang insan mulia bernama Muhammad Rasulullah SAW menunggang untanya menuju ke Madinah selepas berehat 3 hari di Masjid Quba'.

Bijak si unta kepunyaan Rasulullah SAW, tidak perlu diarahkan lagi..

Di suatu kebun kurma si unta berhenti..

Berkenanlah hati Rasulullah SAW melihat kebun kurma tersebut..

Akhirnya Rasulullah SAW membeli tanah kebun kurma itu dari 2 pemuda walaupun keduanya pada mula ingin memberi tanah itu secara percuma tetapi ditolak baginda.

Di kebun itulah , didirikan sebuah masjid yang agung.. Masjid Nabawi..

Rasulullah SAW membina masjid itu cukup sederhana..
tiada batu marmar.
tiada kristal
tiada hiasan mewah..

hanyalah sebuah binaan empat segi yang mana dindingnya dari batu-bata dan tanah.
dan atapnya hanyalah dari timbunan daun kurma..

Dikawasan sekitar masjid terdapatnya pohon-pohon kurma menghiasi..

Di salah satu pohon kurma inilah Rasulullah SAW berdiri dan bersandar dan memberi khutbah pada umat islam ..
Rasulullah SAW berkhutbah berterusan di pohon kurma sehinggalah tahun ke 7 hijrah dimana Rasulullah mula menggunakan mimbar..

Disinilah berlaku peristiwa yang hebat dan aneh.

Ketika Rasulullah SAW berjalan melepasi pohon kurma menuju ke mimbar untuk tujuan memberi khutbah .

Tiba-tiba pohon kurma itu menangis merintih dengan amat kuat sehingga masjid itu bergoyang dan bergoncang..

Pohon kurma itu tidak dapat menahan perasaan dirinya..
pohon kurma itu rindu kan Rasulullah SAW ..
ia rindukan saat ketika rasulullah berdiri bersandar padanya sewaktu memberi khutbah.

Rasulullah SAW lalu turun dari mimbar dan memeluk dengan erat batang pohon kurma tersebut.
dengan perlahan Rasulullah SAW memujuk pohon kurma tersebut.
sehinggalah ia berhenti daripada tangisan..

Lalu, Rasulullah bertanya pada pohon kurma sama ada ia mahu menjadi pokok didalam syurga atau kekal didunia untuk memberi makan buahnya pada orang beriman..

Maka, si pokok memilih untuk berdamping dengan Rasulullah SAW di syurga kelak.
Baginya jika memilih dunia ,pastinya ia akan berpisah dengan Rasulullah SAW ketika ia mati kelak..
tapi disyurga.. ia tidak mati selama-lamanya dan tidak akan berpisah dari Rasulullah SAW..

Rasulullah SAW pernah bersabda.
"Demi Tuhan yang memegang nyawaku didalam tangan Nya. Jika aku tidak memeluknya dan memujuk pasti ia akan berterusan sebegini hingalah hari kiamat "

Begitulah hebatnya rindu dan cinta sepohon pokok kurma pada Rasulullah SAW.
Cerita hebat pohon kurma ini telah diriwayatkan daripada Anas, Jabir ,Ibnu Abbas, Aisyah R.A dan ramai lagi sahabat lain. cerita ini jua telah tercatat dalam Sahih Bukhari dan Muslim..

Subhanallah..

Sebatang kayu menangis dan bergoncang kerana begitu rindukan Rasulullah SAW..
Seharusnya kita, ummat Muhammad yang lebih layak rindukan baginda SAW.  Sebatang kayu tidak sanggup berpisah dengan Rasulullah SAW..

Astaghfirullah..

Apakah kita hari ini begitu cintakan dan rindukan Rasulullah SAW seperti mana pokok kurma tersebut?

Cuba kita tanya diri kita.. banyak mana sunnah yang kita ikut..

Pesan baginda , sesiapa yang mengamal sunnahku maka ia mencintai ku..

Kita hari ini bukan sahaja sunnah kita tinggal kan.. malah jarang sekali kita membasahkan bibir dengan selawat..

kita lebih senang menyanyikan lagu artis2 dari memuji dan berselawat keatas nabi..
kita lebih senang membaca cerita artis dari cerita Rasulullah SAW.

Ketika saat nyawa Rasulullah SAW hendak ditarik ,
dalam sakit kematian baginda masih ingatkan kita, ummat nya..

Malah dimintanya kepada Malaikat untuk dipikul semua sakit kematian ummatnya keatas diri baginda kerana sayangkan kita semua..

itulah cinta dan kasih seorang Nabi kepada kita..
tapi.
apakah kita membalas cinta kasih dan rindu rasulullah SAW..

si pohon kurma pun rindukan baginda..

kita yang berakal sering lupa akan baginda..

Apa jenis ummat kita ini?
Apa jenis manusia kita ini?

Ingatlah di akhirat kelak..
Baginda sahajalah yang akan memberi syafaat kepada kita..
Bagindalah yang akan menolong kita..

Hati manakah yang tidak teringin melihat wajah Rasulullah SAW..

Perhebatkanlah diri kita ..

Moga suatu hari nanti...
di gerbang syurga...

Rasulullah SAW akan tersenyum indah melihat kita ..
Mungkin itulah senyuman pengubat rindu kita selama ini..
Insya Allah


2 comments:

  1. pohon kurma pon merindui RSW sampai begitu skali...kita yg xprnh bersama RSW ni jika dpt merasai rindu tu pasti lebih hebat...hmm...sama2 lah kita usaha untk mendptkan kerinduan pd RSW...

    ReplyDelete