Nabi itulah, dia yang terlalu menyayangi, Dan menginginkan keselamatan untuk ku,Dan membimbangkan kecelakaan menimpaku, Sanggup menangis 1000 tahun untuk nasib baiknya diriku.-------Untuk Tempahan Membuat Blog,Hubungi 011-2881 1726 atau Pin BB:7F2ED589

Monday, September 12, 2011

Vokal Bukan Sekadar Rupa


Sebuah rangkaian televisyen telah mengadakan satu ujibakat yang bertemakan vokal bukan sekadar rupa.Seorang demi seorang peserta mempersembahkan bakat-bakat yang ada di depan juri.Tiba-tiba seorang wanita masuk untuk casting ujibakat...Kini tiba gilirannya pula untuk di uji bakat.Beliau pon mempersembahkan persembahan nyanyiannya berlatarbelakangkan muzik minus one dengan penuh semangat tanpa menghiraukan orang sekelilingnya.Selesai menyanyi beliau merasa aneh dengan wajah juri-juri yang merah padam.Beliau bertanyakan pada juri-juri "Kenapa kalian terpaku dan terus terkaku?adakah persembahan aku mengalahkan raihan,rabbani,hijjaz or the zikra?..Tanpa segan silu,dia ingin menyanyikan satu lagi lagu kegemarannya...Tiba-tiba,kedua-dua tangannya digari oleh dua orang pengawal yang tidak berupa dan tiada rupa..Wanita itu menjerit sekuat hati seperti halilintar membelah bumi.Katanya pada pengawal itu "Hei!!muka dah macam pedang starwars!!ade hati nak pegang aku!..Pang!!!!..Tiba-tiba sebuah penampar hinggap pada muka wanita itu..Hati pengawal itu cukup pedih kerana kata-kata wanita itu sangat-sangat makan dalam..Juri terasa sangat marah dengan wanita terbabit.Wanita itu terkejut dan terharu sangat-sangat apabila melihat kertas yang bertulisan besar di tangan juri yang berbunyi 'Awak tak diterima sebab pitching lari,tempo lari.Tapi suara dah bagus.Maaf kami tidak dapat ambil awak'..Wanita itu bertanyakan pada juri "kenapa,kenapa!!apa salah saya..Juri pon membisik ke telinganya.."'Awak tak diterima sebab pitching lari,tempo lari.Tapi suara dah bagus.Maaf kami tidak dapat ambil awak'(ayat sama diulang seperti pada kertas itu..Tetapi wanita itu tidak mendengar sebarang bisikan daripada juri itu..Kata wanita itu "apa jenis ni,cakap perlahan sangat.Konon-konon sopan santun..Kata juri "Sudahlah bawa dia keluar dari sini.Penat aku jerit kat telinga dia.Sah-sah pekak badak.Badak pon tak pekak macam dia..Wanita itu pon berkata dalam hatinya "Haish!!! kata vokal bukan sekadar rupa.mentang2 aq kurang upaya yg jenis pekak n x boleh bacaHmmmm...Begitulah kisahnya.Manusia sangat-sangat memandang luaran walau pada zahirnya,dia tidak mengatakan...ok kita lihat pula pandangan orang yang memandang hati/jiwa atau roh...sajak oleh Abuya Ashaari Muhammad :


Engkau Jaga Sangat Jasad Lahir

Engkau jaga sangat jasad lahir engkau
Engkau jaga dan belai muka engkau
agar licin dan cantik
Engkau gunakan berbagai-bagai jenis krim dan losyen
untuk menjaga kulit badan
Agar kulit sentiasa licin dan tegang

Engkau makan berbagai-bagai makanan awet muda
Untuk menjaga keteguhan dan kesihatan badan engkau
Semua yang engkau jaga itu adalah nilai dunia
Kerana badan lahir ini bukan ada perasaan mengenal Tuhan
Jauh sekali rasa kehambaan
Lantaran itu apabila mati dibaham oleh ulat dan jadi tanah
Ertinya ia tidak kekal abadi

Tapi malang sekali
Anggota batin engkau yang boleh jadi nilai Akhirat
engkau abaikan
Akal yang menjadikan engkau mukalaf
Jiwa atau hati yang boleh mengenal Tuhan
Engkau cuaikan
Nafsu yang boleh dididik dan dilatih untuk taat
Kepada Tuhan semesta alam
Engkau tidak ambil peduli pun
untuk bermujahadah terhadapnya

Padahal semuanya ada nilai Akhirat
Dia adalah kekal abadi di Akhirat kelak
Sama ada ke Syurga atau ke Neraka
Sebenarnya akal, jiwa, nafsu inilah hakikat diri engkau
Badan lahir kalau engkau abaikan
Hanya menderita di dunia sahaja
Tapi jasad batin iaitu hakikat diri engkau,
jika engkau abaikan Dia akan menderita di Neraka
Engkau abaikan hakikat diri engkau
Engkau termasuk orang yang sangat zalim
Tapi engkau tidak nampak engkau menzalimi diri engkau sendiri
Yang engkau nampak orang lain menzalimi diri engkau
Orang menzalimi diri engkau,
engkau dapat pahala
Tapi engkau menzalimi diri engkau sendiri,
dapat bala dan Neraka 



4 comments:

  1. awak ni anak ustaz hj Abd halim Abbas yg pernah pegang jawatan naib syeikhulArqam tu ke.

    ReplyDelete
  2. eh bukanlah..saya anak halim saintis dunia tuh

    ReplyDelete