Nabi itulah, dia yang terlalu menyayangi, Dan menginginkan keselamatan untuk ku,Dan membimbangkan kecelakaan menimpaku, Sanggup menangis 1000 tahun untuk nasib baiknya diriku.-------Untuk Tempahan Membuat Blog,Hubungi 011-2881 1726 atau Pin BB:7F2ED589

Friday, March 4, 2011

Ummujah Wanita Luar Biasa-Norzah

Selain Umi Hafilda, ada seorang ‘ wanita lagi yang namanya tiba-tiba mendadak dalam bursa politik Malaysia iaitu isteri ketiga allahyarharh Ashaari Muhamad, Puan HatijahAam atau lebih mesra dengan panggilan keibuan Ummu lah. Ummu Jah merupakan isteri paling kanan yang sentiasa berada di sisi Ashaari atau Abuya dalam pertemuan-pertemuan dengan tokoh-tokoh agama, politik dan ahli perniagaan Asia dan seluruh dunia. Oleh kerana Abuya menghadapi sedikit kesukaran untuk berinteraksi secara normal akibat kesihatan maka Ummu Jahlah yang akan membantu Abuya memberikan informasi dan mengeluarkan idea suaminya untuk pengetahuan orang ramai dan tetamu-tetamu yang dijemput.  Malah Abu Ya sendiri dalam satu pertemuan mengiktiraf  Ummu Jah sebagai salah seorang pemimpin wanita yang cekal, berani dan mempunyai idea yang hebat. Tidak keterlaluan kalau kita katakan kalau dudukkan Abuya dan Ummu Jah sebelah
menyebelah, kedua-duanya mempunyai pandangan dan idea yang satu. Kedua-duanya memang serasi dalam membincangkan topik-topik besar berkaitan politik, ekonomi, pendidikan, sejarah perjuangan Rasulullah SA.W dan sebagainya. Ketika kedua-duanya berbual jarang menunjukkan ketidak sepakatan dan seolah-olah ada idea Abuya dalam kotak fikiran Ummu Jah dan ada idea Ummu Jah dalam kotak fikiran Abuya. Begitulah keserasian yang pernah dinampakkan semasa Abuya masih hidup.  Baru-baru ini heboh sesetengah pihak mengatakan termasuk disiarkan dalam blog kononnya Ummu Jah mengumpulkan semula semua bekas jemaah Al-Arqam dengan lain tujuan menjenamakansemula pergerakan itu atau dalam bahasa ringkas melakukan transformasi dalam pergerakan itu Ummu Jah juga diberitakan sudah menganjurkan 18 kali perjumpaan yang dinamakan Sidang Parlimen Roh yang diadakan di Thailand, Jordan, Mekah dan selebihnva di Country Homes, Rawang dan Sungai Penchala. Ini membuatkan menteri di JabatanPerdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak senang duduk sehingga terpaksa mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) membuat pemantaun tentang perkara ini. Yalah, mungkin suara lunak Ummu Jah boleh membuatkan lebih ramai yang tertarik kepada Islam berbanding suara Jamil Khir begitu lunak berpolitik?  Seharusnya sebelum mana-mana pihak mahu melabelkan mana-mana pertubuhan sesat dan seumpamanya buktikan dengan hujah dan nas yang bernas. Sebagai contoh dalam section yang mana Sidang Parlimen Roh itu boleh dianggap sesat? Berapa ramai pula yang terpengaruh dengan ajaran sesat ini atau benar Ummu Jah cuba menghidupkan kembali Al-Arqam kenapa tidak disoal siasat wanita besi ini? Adakah memberikan nafas baru Al-Arqam lama didakwa sesat dan mungkin nafas baru Al-Arqam lebih mengikut al-Quran menjadi satu kesalahan? Dalam konteks parti pula bagaimana UMNO dan PAS sendiri sentiasa memberikan nafas baru dalam perjuangan mereka agar sesuai dengan kehendak rakyat semasa. Mungkin daiam konteks ini Ummu Jah tidak terkecuali memberikan suntikan baru dalam perjuangannya agar jemaah dan penyokong tidak lari. Dengan adanya idea-idea baru Ummu lah akan menambat lebih ramai penyokong baru di luar sana mendekati perjuangannya.  Sebagaimana kita tahu, Al-Arqam boleh dikatakan terkenal sejak tahun 70an kerana memperkenalkan makanan halal sehingga pernah perniagaan jemaah itu disabotaj oleh pihak tidak bertanggunjawab. Siapa yang sabotaj itu biarlah menjadi rahsia. Boleh dikatakan produk-produk Al-Arqam antaranya kicap, sos, rempah, makanan basah mendapat sambutan umat Islam pada waktu itu. Ini salah satu kejayaan yang pernah Al-Arqam lakarkan di negara ini yang tidak boleh hta nafikan peranannya. Al-Arqam juga boleh dianggap sebagai antara pelopor menghasilkan produk penerbitan Islam di negara ini. Banyak buku-buku agama diterbitkan oleh anggota pergerakan ini sehingga mampu menarikminat orangramai agar mendekati Islam. Lihat muka 23  Muka surat 23:  Seperkara lagi tentang kelebihan jemaah Al-Arqam iaitu keatiflan inovatif mencipta nama aktiviti dan program yang dianjurkan dengan tujuan menambat hati orangramai. Sidang parlimen Roh bolehlah dianggap satu jenama program yang baru dikenalkan oleh Ummu Jah selepas penubuhan Kelab poligami lkhwan pada 2009. Malah Ummu Jah dan madunya Umu Ain pernah menganjurkan program,  Surat Kepada Rasulullah S.A.W dan sebagainya. Ummu Jah juga membuka langkah berani yang tidak disenangi oleh kebanyakan wanita di negara ini apabila menghasilkan buku.’lndahnya Poligami’. Jadi apalah yang kita nak hairankan pasal Ummu Jah antara lain kegemarannya suka bertukar-tukar pandangan dengan orang ramai pasal ideanya. Tiada sesiapa pun perlu takut atau merasa bimbang dengan Ummu Jah kerana terserlah watak keibuan dan kepemimpinan apabila berinteraksi dengan orang ramai.  Kebanyakan kita antaranya pernah menemui suami berpoligami yang keluarganya berantakan dan madu-madunya tidak boleh bertegur sapa. Berlainan dengan Abuya berjaya mendidik keempat-empat isterinya dengan baik sehingga mereka boleh duduk serumah bersama-sama. Malah Umrnu Iah sendiri dalam beberapa program boleh berdiri bersama-sama dengan madu-madunya yang lain. Inilah rnembuktikan salah satu kecekalan wanita bernama Ummu Jah. Tetapi bila pihak agama Islam mengatakan wujud tanda-tanda Ummu Jah menjenamakan semula AJ-Arqam tidak menjadi satu kesalahan kecuali dapat dibuktikan kebenarannya ianya sesat. Jika Ummu Jah berjaya mengumpulkan lebih 2,000 jemaah dalam satu program dan perjumpaan dinamakan Sidang Roh Parlimen ini membuktikan orang ramai masih yakin dengan bakat dan kepemimpinan wanita ini. Memang tidak dinafikan antara kelebihan Abuya dan Ummu Jah sendiri dari segi PRnya? Pernahkah UMNO bertanya dengan pemimpinnya berapa ramai sudah berjumpa dan minum teh dengan keluarga Abya? Malah Tan Sri Sanusi Junid sendiri pernah merasmikan salah sebuah sekolah bekas jemaah Al-Arqam iaitu Sekolah Menengah At-Tahali di Country Homes (sudah tutup) semasa Abuya hidup. Sanusi Junid juga mempuniai hubungan cukup akrab dengan Abuya, Ada juga beberapa pemimpin UMN0 antaranya si polan… si polan dan si polan juga pernah bersua muka dengan Abuya dan Ummu Jah. Selepas berjumpa dengan Abuya tidak pula pemimpin UMNO dimakudkan mendakwa Abuya atau Ummu Jah sesat?  Sememangnya selepas kematian Abuya pada 13 Mei 2010 tiada siapa mampu menjadi penggantinya kecuali Ummu Jah memiliki ilmu sehebat suaminya. Ummu Jah bukan sebarangan wanita pernah diuji dengan pelbagai cabaran termasuk pemah ditahan dibawah lSA. Namun semangatnya tidak pemah luntur untuk memperjuangkan Islam dan empayar pemiagaan yang pernah dibina oleh Abuya.  Kita kena ingat kalau roboh empayar perniagaan syarikat Rufaqa siapa yang akan menanggung ahli keluarga Abuya? Muktahir ini ada pihak mendakwa Ummu Jah menginap di salah sebuah banglo 18 bilik di Hararnain , Mekah bersama-sama lapan anaknya di sana dengan sewa bulanan sebanyak RM20,000. Hebat tak hebatnya Wanita ini sehingga mampu mencairkan hati-hati masyarakat tuab di sana. Yang peliknya kenapa pihak di sini terlalu beriya -iya mahu menyiasat UmmuJah. Jika benar beliau mempunyai Restoran Ashaari di Mekah dan Jordan apa salahnya daripada beliau mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menampung anak-anak tiri, cucu cicit yang ditinggalkanAbuYa. lebih baik beliau membuka restotan di Jordan dan Mekah dari di Malaysia sudah tentu terdapatnya halangan dan tentangan. Silap haribulan restoran diarahkan tutup kerana didapati mengembangkan ajaran sesat. Sesat yang bagaimana? ]awapan menteri biasalah akan memantau dan menyiasat. Itulah jawapan-jawapan stereo type yang selalu kita dengar. Namun tidak dijelaskan setakat mana pengajaran Ummu ]ah menyesatkan akidah dan sebagainya.  Dalam soal ini bukan kita berniat untuk mempertahankan Ummu Jah tetapi berasa hairan dan tertanda tanya selepas Al- Arqam diharamkan pada 1994 apakah usaha dan pendekatan dilakukan oleh Mailis Agama lslam dalam memberikan kefahaman Islam sebenar kepada jemaah Al-Arqam yang didakw’a sesat ini? Adakah JAKIM misalnya mengambil tanggungawab menjaga kebajikan bekas jemaah Al-Arqam ini? Bagaimana kehidupan jemaah Al-Arqam dan empayar perniagaan halal mereka selepas pertubuhan itu diharamkan? Kalau Ummu Jah berjaya membina empayar perniagaan di negara Timur tengah ini bermakna kejayaan orang Melayu di negara tersebut. Kenapa kita harus menyimpan perasaan dengki dan mahu merobohkan empayar perniagaan halal keluarga Abuya? Di mana sesatnya Ummu Jah ini?

2 comments:

  1. salam.. boleh tanya tak?? Asal Al-Arqam nie dari mana n kenapa anda mengagungkan Abuya n Ummu Jah?
    terima kasih n maaf jika terkasar bahasa.

    ReplyDelete
  2. Untuk keterangan lanjuta berhubung dengan fahaman terkini Ummu Jah sila layari:
    www.kebenaranitusatu.wordpress.com

    ReplyDelete