Nabi itulah, dia yang terlalu menyayangi, Dan menginginkan keselamatan untuk ku,Dan membimbangkan kecelakaan menimpaku, Sanggup menangis 1000 tahun untuk nasib baiknya diriku.-------Untuk Tempahan Membuat Blog,Hubungi 011-2881 1726 atau Pin BB:7F2ED589

Sunday, May 15, 2011

Bukti Abuya Pembawa Kebenaran

Salam Semua..
Di sini saya nak ceritakan pada anda semua satu kisah yang menarik
tentang kebenaran yang abuya bawa.
Cerita ini,saya rasa ramai yang sudah dengar.Jadi,janganlah ragu-ragu lagi dengan perjuangan ini.
Kisahnya bermula begini..
Pada zaman kegemilangan Al-Arqam dahulu,terdapat seorang simpati kepada Abuya.
Beliau ini seorang guru tahfiz.Tetapi beliau ini banyak mengikuti program yang dibuat jemaah.


Pada suatu hari,selepas isyak,si guru tahfiz ini berbaring-baring sambil menghafal ayat-ayat Al-quran.

Kemudiannya, datang seorang lelaki berpakaian jubah dan serban serba putih menghampirinya.
Lelaki yang berpakaian jubah dan serban serba putih ini  meminta guru tahfiz tersebut mengikutinya.
Lelaki berjubah putih tadi pon membawa guru tersebut  bertemu dengan Rasulullah saw
Rasulullah saw mengajak guru itu berjalan-jalan sehingga merentasi gurun, bukit bukau dan masjid-masjid.
Ditinjau lah masjid ke masjid, sehingga sampai disatu masjid yang serupa seperti masjid Al-Aqsa di Palestin.
Rasulullah saw pun mengajak guru tersebut masuk ke dalam masjid.
Apabila melangkah masuk saja ke dalam masjid tersebut, guru itu ternampak seorang lelaki berjubah, duduk dalam tahiyat akhir.
Bila guru itu terpandang,guru itu amati wajah yang dipandangnya dalam-dalam.
Alangkah terkejutnya dia, yang dilihatnya itu adalah Abuya.
Terlintas dihatinya untuk bertanya kepada Rasulullah saw, "Ya Rasulullah, adakah umat mu ini sesat dan menyesatkan umat baginda?'
Sebaik saja guru itu bertanya solan kepada baginda, Rasululullah tunduk lama dan sedih.
Selepas itu  Rasululullah menjawab " Tidak sama sekali, bahkan dia adalah benar,kamu bantulah dia,
Rasulullah menepuk bahu  guru tersebut dan lantas guru itu terjaga.

Kisah yang diceritakan diatas ini adalah kisah benar dan bukan rekaan semata-mata.Bahkan kisah ini mempunyai video sebagai bukti pengesahan dari guru tersebut.Dan pada sesiapa yang mempunyai video ini,saya harap anda berkongsi bersama kami disini untuk melihatnya..Salam.MZB

2 comments:

  1. Saya pernah melihat video pengakuan tersebut seingat saya nama beliau adalah Ustaz Abd.Rahman seorg hafiz berasal dr Patani atau kelantan dan bertugas sebagai Imam di negeri Pulau Pinang dgr ceritanya selepas pengakuan tersebut beliau tlh di lucutkan jawatan dan kembali kenegerinya semula

    memang dia bkn ahli Arqam saya amati dia cukup berhati2 dlm pengakuannya dan dia mengaku sudah menjadi amalannya akan mendirikan solat sunat sebelum tidur atau skrg2nya dia tidur dlm keadaan berwudhuk

    sebelum mimpi tersebut dia sebenarnya tlh mengalami mimpi berjumpa Rasulullah SAW lebih dr sekali

    mungkin ada sesiapa yg mengenali beliau boleh memberi komen disini

    Allah Lebih Mengetahui

    ReplyDelete
  2. so,cik ade video pengakuan tersebut??saya nak sangat nak jadikan bahan bukti..

    ReplyDelete