Malaysia Indah
Tanah Tempat Tumpahnya darahku
Tempatku diasuh dan menerima ilmu
Negara di mana perjuanganku diasaskan
Kini Malayisa nun jauh dimata tapi
dekat dihati kerna tempat lahirnya cita
Ia akan jadi tapak ummah kedua
Ia pasti jadi kerna telah disabdakan (ulang rangkap 1 n 2)
Terbang bagai burung membawa cita
Timba pengalaman dengan sebanyaknya
Sampai masanya abuya pulang jua
Bila abuya dijadualkan pulangIa perantauan,pejuang pasti pulang (ulang rangkap 1 n 2)
Bila abuya dijadualkan pulang
Diwaktu itu tak siapa menghalang
Kemenangan yang gemilang
Anak abuya sabarlah menunggu,
Biarlah abuya merantau dahulu (ulang rangkap 1 n 2)
Memang sunnah orang berjuang
Terbuang dahulu baru pulang
Kepulangannya dengan kemenangan
Masa pulangnnya sudah hampir tiba
Cuma masanya yang belum tepat
Bila sampai nanti semua terperanjat (ulang rangkap 1 n 2)
Zaman itu hanya tinggal kenangan..
Mampu menulis posting sampai 2 – 4 seminggu itu sudah lama berlalu.
Begitulah dunia, cepat menjemukan. Walau yang ditulis adalah topik yang menghiburkan akal dan roh.
Sebab apa? Satunya mungkin dengan kehadiran orang baru dalam hidupku, tapi sebenarnya ada sebab yang lebih besar lagi.
Sejak Abuya ‘pergi’ beliau telah ‘mengajar’ kami merindui akhirat. Merindui alam ghaib. Bukan, bukan khurafat. bukan tahyul. Sedangkan Allah juga ghaib, Rasulullah juga ghaib. Jalan-jalan menuju Allah juga ghaib. Yang ghaib itu hanya dapat dirasa dengan roh.
Abuya masih dan terus-terusan mengajak kami dalam kuliah-kuliahnya ( yang diwakilkan oleh isterinya sebagai satu muslihat kepada Yahudi), agar ” Ayuh ! Akhirat itu kekal abadi, dunia ini hina, perjuangkanlah Tuhan kepada semua manusia, agar Tuhan dan Rasul dicintai”. Abuya menyuruh berselawat beribu-ribu kali sehari kalau mampu!
Lantas, hati menjadi terlalu rindu dengan Rasulullah SAW hingga tidak mampu lagi menampung kerinduan itu..
Abuya mengajar kami menjadi orang roh. Memanfaatkan roh yang selama ini kaku seolah tidak digunakan untuk menggapai Allah dan RasulNya. Abuya mengajar mensucikan dan meningkatkan roh manusia..
Lantas, hati sering gundah, sering terdetik adakah solatku diterima? Allah….. aduh! zikir yang belum selesai, muhasabah di atas sejadah belum cukup, bagaimana rasa hati hari ini, lalai dengan dunia atau merasa gundah dengan Tuhan? Solat malam, MasyaAllah, mujahadah sungguh untuk bangun malam, yang ini orang setahap diri ini belum lulus-lulus lagi untuk istiqamah….
Abuya mengajar supaya hati menangis selalu terkenangkan akhirat. Abuya mengajar merindui alam ghaib yang indah, dan alam akhirat, merindu kematian…
Aneh, sejak Abuya pergi, rasa-rasa tersebut lebih mudah dirasai, tawassul lebih mudah dijiwai…. Lagilah bila Abuya mengajar cara-cara praktikal melawan hawa nafsu dengan lebih efektif, jika sehari tidak menjiwainya, terasa kosong dunia ini.
Apabila jiwa ini sudah terpaut dengan yang ghaib, dunia terasa tidak lagi menghiburkan. Dunia cyber yang dulu wajib aku melayarinya setiap hari tidak lagi menjadi kesukaan. Dengar perkataan Facebook pun aku sudah tidak lalu nak menelan…
Abuya, kami merinduimu. Pulanglah. Dan Abuya memberitahu hal ini akan terjadi sedikit masa lagi. Di waktu itu, dunia akan terkejut, itulah sebesar-besar tsunami. Habis tercengang orang-orang akal serta mereka yang memperlekehkan hal ghaib. Terkedu bagaikan umat dahulukala yang diperlihatkan mukjizat Rasul mereka.
Pulanglah Abuya untuk menyelamatkan iman manusia, selamatkanlah dunia… bersama-sama Imam Mahdi dan Rasulullah SAW memenangkan Islam buat kali ke dua. Buktikanlah mukjizat Rasulullah SAW dalam diri Abuya…
Mukjizat Rasul akhir zaman terus berlaku. Bila kami berselawat, dapat kami rasakan betapa beratnya penanggungan Rasulullah dan teamnya sepertimana beratnya penanggungan Nabi Ibrahim dalam perjuangannya dahulu.
Sejak kecil sering tertanya. Mengapa bacaan Tahiyyat bila berselawat macam ada sesuatu yang tak kena. Kedudukan Rasulullah sangat tinggi tetapi kenapa dikatakan Nabi Ibrahim seolah-olah lebih tinggi dari Rasulullah ??
Dalam bacaan Tahiyyat, disebut Selamatkan dan berkati Nabi Muhamad sepertimana Tuhan menyelamatkan dan memberkati Nabi Ibrahim…..
Fahamilah bahawa keadaan Rasulullah SAW sekarang bagaikan seperti Nabi Ibrahim yang dibakar, umpama menunggu saat untuk dibebaskan dan umatnya diselamatkan. Rasulullah SAW terus merintih sejak 1400 tahun lalu. Ummati… ummati…
Walau umatnya memberi salam dalam tahiyyat, ” Assalamualaika ayyuhan nabiyyu” mereka tidak merasakan baginda menjawabnya, malahan mereka merasakan peranannya sudah selesai. Mereka merasakan rohnya terperangkap dalam jasadnya di bumi Madinah, sebagaimana orang biasa wafat.. Yang tinggal adalah jutaaan helaian-helaian naskah Al Quran dan Hadis sahaja.
Bukan begitu! Rasulullah tetap hidup secara rohnya! Sepertimana Sayyidina Umar menekankan dengan tegas sejurus kewafatan baginda!
Wahai kaumku…. Rasulmu masih berperanan, … Tidak adil umat ini ditinggalkan dengan helaian kertas Quran dan Hadis semata-mata bukan…? Walhal kerosakan umatmulah yang paling dahsyat, terutama di akhir zaman ini !
Hakikatnya roh Rasulullah masih tetap berperanan. Rohnya menjawab salam, rohnya boleh dijadikan wasilah untuk membantu umatnya. Nur Muhammad, adalah cahaya segala sumber cahaya. Rohnya memproses jiwa umatnya, bilamana mereka menggunakan alat komunikasi mengalahkan segala alat tercanggih di dunia, iaitu hati, dengan sebaik-baiknya … Abuyalah yang telah mengajar hati kami untuk menggunakan hati ini sebagaimana yang diajarkan di dalam Al Quran…
Sekarang roh Rasulullah aktif memproses hati para ikhwan dan asoib, agar terus merindui alam ghaib. Kerana merindui alam ghaib adalah pemangkin untuk mati syahid!
Abuya, datanglah, kenalkan Imam Mahdi kepada kami agar Rasululllah dapat terus membantu Imam Mahdi dan Abuya memenangkan umat Islam…
Abuya , tidak mampu rasanya melihat keadaan dunia yang sudah punah ranah…!… watak dunia hari ini menunjukkan bahawa masanya sudah terlalu hampir untuk kemenangan itu..
Abuya, teruslah pimpin tangan kami menuju Tuhan dan RasulNya…
Kami menunggu pemimpin tiga serangkai…!!
Allahu akbar!!
Malaysia Indah
No comments:
Post a Comment